Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Unit-unit tentera disusun di dalam organisasi bagi melicinkan pentadbiran semasa aman atau perang. Organisasi ini mungkin terdiri daripada sejumlah tentera, kapal, kenderaan atau kapal terbang. Tentera darat, laut dan udara diatur mengikut susunan dalam kumpulan pelbagai saiz bagi tujuan fungsi, taktik atau pentadbiran.
Secara teknikal, sebuah unit adalah organisasi tentera tunggal yang homogenus; tidak bercampur dengan elemen atau pasukan lain, seperti sebuah batalion (infantri) atau sebuah rejimen (kavalri) secara berasingan menjalankan fungsi pentadbiran dan pemerintahan "pada tahap unit". Organisasi lebih kecil seperti kompeni, platun dan seksyen disebut "unit kecil". Di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai unit dan minor unit.
Apabila unit-unit bergabung di bawah satu pemerintahan (command, atau Angkatan Tentera Malaysia lazimnya menggunakan kata "markas"), ianya disebut formasi. Justeru formasi bermula dengan briged, divisyen, kor dan seterusnya ke atas.
Senarai komposisi spesifik unit-unit dan formasi-formasi yang terdapat di dalam sesuatu pasukan tentera dikenali sebagai "Senarai tempur" atau Order of Battle.
Artikel ini memberi satu gambaran keseluruhan beberapa istilah yang digunakan bagi menggambarkan unit-unit tentera dalam angkatan bersenjata di seluruh dunia. Mungkin terdapat perbezaan dalam penggunaan istilah-istilah dalam angkatan bersenjata yang datang daripada negara-negara yang berbeza. Kebanyakan unit-unit diterima-pakai berdasarkan contoh daripada Tentera Darat British dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Para pembaca yang berminat dengan maklumat-maklumat lebih terperinci disyorkan agar merujuk terus pada rencana-rencana yang berkaitan dengan negara tersebut.
APP-6A Simbol | Nama | Jumlah anggota | Jumlah unit bawahan | Pegawai Memerintah |
---|---|---|---|---|
XXXXXX | Markas Bersepadu[1] atau setaraf Rantau Kancah |
1,000,000–10,000,000 | 4+ kumpulan tentera darat | OF-10: Fil Marsyal, Jeneral Tentera Darat (AS) OF-9: Jeneral, Jeneral ketumbukan atau Kolonel Jeneral |
XXXXX | Kumpulan tentera darat atau setaraf Barisan |
400,000–1,000,000 | 2+ tentera darat | OF-10: Fil Marsyal, Jeneral Tentera Darat (AS) OF-9: Jeneral, Jeneral ketumbukan atau Kolonel Jeneral |
XXXX | Tentera Darat | 100,000–200,000 | 2-4 kor | OF-10: Fil Marsyal, Jeneral Tentera Darat (AS) OF-9: Jeneral, Jeneral ketumbukan atau Kolonel Jeneral |
XXX | Kor | 20,000–50,000 | 2+ divisyen | OF-9: Jeneral ketumbukan[a] OF-8 atau OF-9: Jeneral atau Jeneral kor OF-8: Leftenan Jeneral atau Kolonel Jeneral[b] |
XX | Divisyen | 6,000–25,000 | 2-4 briged atau rejimen | OF-7 or OF-8: Leftenan Jeneral atau Jeneral divisyen OF-7: Mejar Jeneral |
X | Briged, Legion | 3,000–5,000 | 2+ rejimen atau 3–6 batalion atau rejimen Komanwel |
OF-6 or OF-7: Mejar Jeneral atau Jeneral Briged OF-6: Brigedier, Brigedier Jeneral OF-5: Kolonel (sesetengah negara dalam beberapa situasi sahaja) |
III | Rejimen | 1,000–3,000 | 2–4 batalion atau skuadron kavalri AS | Kolonel |
II | Batalion atau Rejimen | 300–1,000 | 2–6 kompeni atau skuadron | Leftenan Kolonel |
I | Kompeni, Skuadron atau Bateri artileri | 80–250 | 2–8 platun atau trup | Kapten atau Mejar |
••• | Platun atau Trup | 26–55 | 2+ skuad atau seksyen | Leftenan Muda atau Leftenan |
•• | Seksyen | 8–12 | 2+ pasukan penyerang | Koperal sehingga Staff Sarjan |
• | Skuad or krew | 8–12 | 2+ pasukan penyerang | Koperal hingga Staf Sarjan |
Ø | Tim penyerang | 4–5 | Tidak berkaitan | Lans Koperal hingga Sarjan |
Ø | Tim peninjau | 2 | Tidak berkaitan | Sebarang |
Susunan unit ini mungkin melangkau turutan; sebagai contoh dalam sebuah batalion di UK mungkin satu formasi bersaiz rejimen. Hanya negara yang mempunyai kekuatan tentera yang kuat yang mungkin mempunyai susunan unit sehingga ke tingkat paling atas, sebagai contoh, unit tentera bagi negara Kanada yang paling besar adalah briged.
Tentera dan negara berbeza mungkin juga mempunyai nama-nama unit tradisi yang berbeza, menjadikan kekeliruan: sebagai contoh, rejimen berperisai (batalion) Britain dan Kanada (batalion) dibahagikan kepada skuadron (kompeni) dan trup (platun), manakala skuadron kavalri (batalion) Amerika Syarikat terdiri dibahagikan kepada trup (kompeni) dan platun.
Oleh kerana saiznya yang kecil, Tentera Darat Malaysia sebenarnya hanya bersaiz kor yang mempunyai empat divisyen infantri. Di dalam Tentera Darat Malaysia pemerintahan (kor) ini dipanggil Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat ataupun Markas Medan Tentera Darat dan dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral. Pemerintahnya dipanggil Panglima Medan Tentera Darat.
Berbeza dengan pasukan darat, organisasi tentera laut, pada kebanyakan masa secara amnya, hampir tidak statik. Ini sering berlaku terutama bagi formasi flotilla dan formasi yang lebih besar darinya. Formasi-formasi kadangkala mengalami perubahan dengan cepat sama ada diceraikan atau digabungkan untuk memenuhi objektif atau tugasan tertentu yang ditetapkan oleh tentera laut. Bagaimanapun wujud organisasi yang dapat dikenalpasti dan dianggarkan saiznya walaupun tidak tetap malahan bukan untuk jangkamasa yang panjang.
Nama Unit | Jenis kapal | Jumlah kapal | Pegawai memerintah |
---|---|---|---|
Tentera laut atau Admiralti | Semua kapal dalam tentera laut | 2+ Armada | Laksamana Armada, Laksamana Besar atau Laksamana |
Armada | Semua kapal di lautan atau wilayah umum | 2+ Armada Tempur atau Pasukan petugas | Laksamana atau Laksamana Madya |
Armada Tempur atau Pasukan petugas | Sejumlah besar kapal dari semua jenis | 2+ Kumpulan Petugas | Laksamana Madya |
Kumpulan Petugas[2] | Himpunan kapal-kapal pelengkap | 2+ Unit petugas atau Skuadron | Laksamana Muda (kanan) atau Laksamana Muda |
Skuadron atau Unit Petugas | Biasanya kapal utama | Sejumlah kecil kapal | Laksamana Muda (rendah), Komodor, atau Laksamana Flotila |
Flotila atau Unit Petugas | Biasanya bukan kapal utama | Sejumlah kecil kapal, biasanya dari jenis yang sama atau serupa | Laksamana Muda (rendah), Komodor, atau Laksamana Flotila |
Elemen Petugas | Sebuah kapal | Satu | Kepten atau Komander |
Tentera Laut Diraja Malaysia bukanlah sebuah pasukan tentera laut yang besar sepertimana Tentera Laut Amerika dan tidak mempunyai formasi sebesar kumpulan tugasan atau Task Group. Di dalam TLDM terdapat Markas Wilayah Laut yang bertindak seperti Task Group tetapi kedudukannya lebih bersifat tetap atau statik. Ianya ialah markas atau command di daratan tidak di kapal laksamana atau kapal induk sebagaimana kumpulan tugasan. Sesebuah Markas Wilayah Laut lazimnya diletakkan di bawah pemerintahan seorang Laksamana Pertama.
Organisasi tentera udara adalah lebih bersifat statik daripada tentera laut dan disusun mengikut kawasan pemerintahan. Struktur organisasi tentera udara berbeza-beza antara negara: sesetengah tentera udara (seperti Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Diraja British atau RAF) telah dibahagikan kepada markas pemerintahan, grup dan skuadron; lain-lain (seperti Tentera Udara Soviet) mempunyai sebuah struktur organisasi gaya Tentera Darat. Tentera Udara Diraja Kanada yang moden menggunakan Divisyen Udara sebagai formasi antara Wing dan seluruh pemerintahan udara. Seperti RAF, Wing Kanada terdiri daripada skuadron.
Simbol (untuk perbandingan struktur Tentera Darat) | Nama Unit (USAF/RAF/Tentera Udara lain) | Jumlah anggota | Jumlah pesawat | Jumlah unit bawahan (USAF/RAF) | Pegawai memerintah (USAF/RAF) |
---|---|---|---|---|---|
XXXXXX + | Markas bersepadu[3] atau Tentera udara nasional | Seluruh tentera udara | Seluruh tentera udara | Semua Markas Utama / Markas | GA / MRAF atau Air Chf Mshl |
XXXXX | Markas Utama/Markas atau Tentera udara taktikal / Ketumbukan udara[4] | Berbeza-beza | Berbeza-beza | Mengikut Wilayah atau Tugas (unit bawahan berbeza-beza) | Gen/Air Chf Mshl atau Air Mshl |
XX | Tentera Udara Bernombor/Tiada persamaan RAF/Divisyen Penerbangan /Divisyen Udara/Briged Udara | Mengikut Wilayah (unit bawahan berbeza-beza) | Berbeza-beza | 2+ Wing/Grup | Maj-Gen / N/A |
X | Wing/Grup (termasuk EAG)/Briged udara Rusia | 1,000–5000 | 48–100 | 2+ Grup/Wing | Brig-Gen/AVM atau Air Cdre |
III | Grup/Wing (termasuk EAW) atau Pangkalan/Rejimen udara Rusia | 300–1,000 | 17–48 | 3–4 Skuadron/3–10 Flight | Col/Gp Capt atau Wg Cdr |
II | Skuadron | 100–300 | 7–16 | 3–4 Flight | Lt Col atau Maj/Wg Cdr atau Sqn Ldr |
••• | Flight | 20–100 | 4–6 | 2 Seksyen campur penyelenggaraan dan kru sokongan | Capt/Sqn Ldr atau Flt Lt |
•• | Elemen atau Seksyen | 5–20 | n/a–2 | n/a | Pegawai Muda atau PTT Kanan |
• | Detail | 2–4 | n/a | n/a | PTT Muda |
Di dalam Tentera Udara Diraja Malaysia, organisasinya lebih mirip Tentera Darat Malaysia. TUDM mempunyai tiga divisyen udara yang diletakkan di bawah Markas Operasi Udara. Menyamai TDM sesebuah divisyen udara dipimpin oleh Mejar Jeneral TUDM dan Markas Operasi Udara dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral TUDM. TUDM tidak menggunakan formasi yang lebih besar ini, justeru pangkat TUDM yang disertakan dalam jadual di atas hanya sebagai perbandingan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.