Terbuka Perancis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Terbuka Perancis, juga dikenali sebagai Roland Garros (rasmi: Internationaux de France de Tennis, Roland Garros; juga dipanggil Tournoi de Roland Garros) merupakan sebuah pertandingan utama tenis yang dianjurkan selama dua minggu diantara lewat bulan Mei dan awal bulan Jun di Stade Roland Garros, Paris, Perancis. Dinamkan selepas juruterbang Perancis Roland Garros, ia merupakan pertandingan tenis gelanggang tanah liat utama di dunia dan pertandingan kedua daripada empat acara Grand Slam tenis setiap tahun;[1] tiga yang lain adalah Terbuka Australia, Wimbledon dan Terbuka AS. Roland Garros merupakan satu-satunya acara Grand Slam yang diadakan di atas gelanggang tanah liat dan mengakhiri musim gelanggang itu.
Internationaux de France de Tennis, Roland-Garros | |
---|---|
Ditubuhkan | 1891 |
Lokasi | Paris (XVIe) Perancis |
Venue | Tennis Club de Paris, di Auteuil (sesetengah tahun dari 1895–1908) Île de Puteaux (sesetengah tahun dari 1891–1908) Racing Club de France (sesetengah tahun dari 1891 sehingga 1908 dan semua tahun dari 1910–1924, 1926) Société Athlétique de la Villa Primrose in Bordeaux (1909) Stade Français (1925, 1927) Stade Roland Garros (1928–sekarang) |
Permukaan | Pasir – Île de Puteaux Tanah liat – Semua venue lain (Terbuka) |
Hadiah wang tunai | €28,028,600 (2015) |
Undi | 128S / 128Q / 64D |
Juara semasa | Stan Wawrinka (perseorangan) Ivan Dodig Marcelo Melo (beregu) |
Juara perseorangan terbanyak | 9 Rafael Nadal |
Juara beregu terbanyak | 13 Max Decugis |
Undi | 128S / 96Q / 64D |
Juara semasa | Serena Williams (perseorangan) Lucie Safarova Bethanie Mattek-Sands (beregu) |
Juara perseorangan terbanyak | 7 Chris Evert |
Juara beregu terbanyak | 7 Martina Navratilova |
Undi | 32 |
Juara semasa | Bethanie Mattek-Sands Mike Bryan |
Juara terbanyak (lelaki) | 7 Max Decugis |
Juara terbanyak (wanita) | 7 Suzanne Lenglen |
| |
Terbuka Perancis 2015 |
Oleh kerana permukaan permainan-perlahan dan perlawanan lima set perseorangan lelaki tanpa tiebreak dalam set terakhir, Acara ini dianggap secara meluas sebagai kejohanan tenis yang paling fizikal di dunia.[2][3]
Sejarah
Secara rasminya dinamakan dalam Bahasa Perancis Internationaux de France de Roland-Garros dan Tournoi de Roland-Garros ("French Internationals of Roland Garros" atau "Roland Garros Tournament" dalam Bahasa Inggeris), pertandingan ini kerap dirujuk dalam Bahasa Inggeris sebagai "French Open" atau nama alternatif "Roland Garros", yang merupakan gelaran yang digunakan oleh kejohanan itu sendiri dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Inggeris. Peraturan ejaan Perancis menentukan bahawa dalam nama tempat atau peristiwa yang dinamakan selepas seseorang, unsur-unsur nama dihimpunkan bersama dengan sempang.[4] Oleh itu nama stadium dan pertandingan adalah disebut sebagai Roland-Garros.
Pada tahun 1891, sebuah pertandingan tenis kebangsaan mula diadakan, hanya terbuka kepada pemain tenis yang merupakan ahli kelab-kelab Perancis. Pemenang pertama adalah orang Britain, Briton—H. Briggs yang bermaustatin di Paris. Ia dikenali sebagai Championnat de France, yang kerap dirujuk dalam Bahasa Inggeris sebagai French Championships. Acara perseorangan wanita pertama diadakan pada tahun 1897. Acara beregu campuran ditambah pada tahun 1902 dan beregu wanita pada tahun 1907. Pertandingan "untuk ahli kelab Perancis sahaja" ini dimainkan sehingga tahun 1924. Pertandingan ini mempunyai empat venue sepanjang tahun itu (1891-1924):
- Île de Puteaux, di Puteaux, bermain di atas pasir diletakkan di atas sisa runtuhan.
- Racing Club de France (di Bois de Boulogne, Paris), bermain di atas tanah liat.
- Untuk tahun 1909, ia dimainkan di Société Athlétique de la Villa Primrose di Bordeaux, atas tanah liat.
- Tennis Club de Paris (dibuka pada tahun 1895), di Auteuil, Paris, bermain di atas tanah liat.
Satu lagi pertandingan, World Hard Court Championships dimainkan di atas gelanggang tanah liat di Stade Français, Saint-Cloud dari tahun 1912 sehingga tahun 1914, kemudiannnya pada tahun 1920, 1921 dan 1923, dan di Brussels, Belgium pada tahun 1922, kadang-kadang dianggap sebagai pelopor kepada Terbuka Perancis kerana ia adalah terbuka kepada pemain antarabangsa. Pemenang pertandingan ini termasuk pemain no.1 dunia seperti Tony Wilding dari New Zealand (1913, 1914) dan Bill Tilden dari AS (1921). Pada tahun 1924, tiada World Hard Court Championships kerana tenis dimainkan di Sukan Olimpik Paris.
Pada tahun 1925, French Championships dibuka kepada semua pemain amatur antarabangsa dan pada masa yang sama pertandingan itu bermula menjadi kejuaraan utama (ditetapkan oleh ILTF). Pertandingan ini diadakan di Stade Français, Saint-Cloud (tapak bekas pertandingan World Hardcourt Championships) pada tahun 1925 dan tahun 1927, di atas tanah liat. Pada tahun 1926, Racing Club de France mengadakan acara di Paris, sekali lagi di atas (tapak bekas pertandingan "untuk ahli kelab Perancis sahaja"). Pada tahun 1928, stadium Roland Garros stadium dibuka dan pertandingan itu diadakan di sana sehingga sekarang.[5] Selepas Mousquetaires atau Philadelphia Four (René Lacoste, Jean Borotra, Henri Cochet, dan Jacques Brugnon) memenangi Piala Davis di tanah Amerika pada tahun 1927, Perancis memutuskan untuk mempertahankan piala itu pada tahun 1928 di stadium baru di Porte d'Auteuil. Stade de France telah menawarkan pihak berkuasa tenis tiga hektar tanah dengan syarat bahawa stadium baru mesti dinamakan sempena juruterbang Perang Dunia I, Roland Garros. Stade de Roland Garros yang baru dan Gelanggang Pusat mereka, yang dinamakan Court Philippe Chatrier pada tahun 1988, menjadi tuan rumah cabaran Piala Davis.
Semasa Perang Dunia II, pertandingan itu diadakan dari tahun 1941 sehingga tahun 1945 di tempat yang sama tetapi edisi ini tidak diiktiraf oleh badan pentadbir Perancis, Fédération Française de Tennis.[6] Dari tahun 1946 sehingga tahun 1947, French Championships diadakan selepas Wimbledon, menjadikan ia acara Grand Slam ketiga tahunan. Pada tahun 1968, French Championships menjadi pertandingan Grand Slam pertama untuk menjadi terbuka, membenarkan pemain amatur dan profesional beraksi.[5]
Sejak tahun 1981, hadiah baru telah diberi: Prix Orange (untuk pemain yang menunjukkan semangat kesukanan terbaik dan sikap kerjasama dengan media), Prix Citron (untuk pemain yang mempunyai karakter dan personaliti terkuat) dan Prix Bourgeon (untuk pemain tenis yang memberi inspirasi pada tahun itu). Sejak tahun 2006, pertandingan ini bermula pada hari Ahad dengan 12 perlawanan perseorangan dimainkan di tiga gelanggang utama. Selain itu, pada malam pembukaan kejohanan, hari pameran Benny Berthet tradisional diadakan, di mana keuntungan diberi kepada persatuan kebajikan yang berbeza. Pada bulan Mac 2007, ia telah diumumkan bahawa pertandingan itu akan memberi hadiah wang tunai sama rata untuk lelaki dan wanita dalam semua pusingan buat pertama kali. Pada tahun 2010, ia telah diumumkan bahawa Terbuka Perancis telah mempertimbangkan untuk berpindah dari Roland Garros sebagai sebahagian daripada peremajaan berterusan kejohanan.[7] Walau bagaimanapun, sehingga tahun 2015, pertandingan itu masih dilansungkan di Roland Garros.
Hadiah wang tunai dan mata ranking
Acara | M | A | SA | SA | P4 | P3 | P2 | P1 | |
Perseorangan | Mata (L/W) | 2000 | 1200 / 1300 | 720 / 780 | 360 / 430 | 180 / 240 | 90 / 130 | 45 / 70 | 10/10 |
Hadiah wang tunai | €1,800,000 | €900,000 | €450,500 | €250,000 | €145,000 | €85,000 | €50,000 | €27,000 | |
Beregu | Mata (L/W) | 2000 | 1200 / 1300 | 720 / 780 | 360 / 430 | 180 / 240 | 90 / 130 | – | – |
Hadiah wang tunai* | €450,000 | €225,000 | €112,500 | €61,000 | €33,000 | €18,000 | €9,000 | – | |
Beregu Campuran |
Mata | NA | NA | NA | NA | – | – | NA | NA |
Hadiah wang tunai* | €114,000 | €57,000 | €28,000 | €15,000 | – | – | €8,000 | €4,000 |
*setiap pasukan
Juara
Juara semasa
- Stan Wawrinka merupakan juara Perseorangan Lelaki pada tahun 2015. Ia merupakan kejuaraan perseorangan Grand Slam keduanya dan yang pertama di Roland Garros.
- Serena Williams merupakan juara Perseorangan Wanita pada tahun 2015. Ia merupakan kejuaraan perseorangan Grand Slam ke-20 nya dan yang ketiga di Roland Garros.
- Ivan Dodig merupakan sebahagian daripada juara Beregu Lelaki pada tahun 2015. Ia merupakan kejuaraan beregu lelaki Grand Slam pertamanya.
- Marcelo Melomerupakan sebahagian daripada juara Beregu Lelaki pada tahun 2015. Ia merupakan kejuaraan beregu lelaki Grand Slam pertamanya.
- Bethanie Mattek-Sands merupakan sebahagian daripada juara Beregu Wanita pada tahun 2015. Ia merupakan kejuaraan beregu wanita Grand Slam keduanya dan yang pertama di Roland Garros.
- Lucie Šafářová merupakan sebahagian daripada juara Beregu Wanita pada tahun 2015. Ia merupakan kejuaraan beregu wanita Grand Slam keduanya dan yang pertama di Roland Garros.
- Bethanie Mattek-Sands merupakan sebahagian daripada juara Beregu Campuran pada tahun 2015. Ia merupakan kejuaraan beregu campuran Grand Slam keduanya dan yang pertama di Roland Garros.
- Mike Bryan merupakan sebahagian daripada juara Beregu Campuran pada tahun 2015. Ia merupakan kejuaraan beregu campuran Grand Slam keempatnya dan yang kedua di Roland Garros.
Acara | Juara | Naib-juara | Skor |
Perseorangan Lelaki 2015 | ![]() | ![]() | 4–6, 6–4, 6–3, 6–4 |
Perseorangan Wanita 2015 | ![]() | ![]() | 6–3, 6–7(2–7), 6–2 |
Beregu Lelaki 2015 | ![]() ![]() | ![]() ![]() | 6–7(5–7), 7–6(7–5), 7–5 |
Beregu Wanita 2015 | ![]() ![]() | ![]() ![]() | 3–6, 6–4, 6–2 |
Beregu Campuran 2015 | ![]() ![]() | ![]() ![]() | 7–6(7–3), 6–1 |
Rekod
Rekod | Era | Pemain | Num. | Years |
---|---|---|---|---|
Lelaki sejak 1891 | ||||
Pemenang perseorangan lelaki terbanyak | Sebelum 1925: (acara ahli kelab Perancis sahaja) |
![]() |
8 | 1903, 1904, 1907, 1908, 1909, 1912, 1913, 1914 |
1925–1967: | ![]() |
4 | 1926, 1928, 1930, 1932 Nota: Juga menang World Hard Court Championship pada tahun 1922 | |
Selepas 1967: | ![]() |
9 | 2005, 2006, 2007, 2008, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 | |
Pemenang perseorangan lelaki berturut-turut terbanyak | Sebelum 1925: (acara ahli kelab Perancis sahaja) |
![]() |
4 | 1897, 1898, 1899, 1900 |
1925–1967: | ![]() ![]() ![]() ![]() |
2 | 1948, 1949 1951, 1952 1954, 1955 1959, 1960 | |
Selepas 1967: | ![]() |
5 | 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 | |
Pemenang beregu lelaki terbanyak | Sebelum 1925: (acara ahli kelab Perancis sahaja) |
![]() |
13 | 1902, 1903, 1904, 1905, 1906, 1907, 1908, 1909, 1911, 1912, 1913, 1914, 1920 [8] |
1925–1967: | ![]() |
6 | 1960, 1962 bersama Neale Fraser; 1961 bersama Rod Laver; 1963 bersama Manuel Santana; 1964 bersama Ken Fletcher; 1965 bersama Fred Stolle | |
Selepas 1967: | ![]() ![]() |
4 | 2007 bersama Mark Knowles; 2010 bersama Nenad Zimonjić; 2011, 2012 bersama Max Mirnyi 2005, 2006 bersama Jonas Björkman; 2011, 2012 bersama Daniel Nestor | |
Pemenang beregu lelaki berturut-turut terbanyak | Sebelum 1925: (acara ahli kelab Perancis sahaja) |
![]() |
10 | 1906, 1907, 1908, 1909, 1910, 1911, 1912, 1913, 1914, 1920 [8] |
1925–1967: | ![]() |
6 | 1960, 1961, 1962, 1963, 1964, 1965 | |
Selepas 1967: | ![]() |
3 | 2010, 2011, 2012 | |
Pemenang beregu campuran terbanyak – Lelaki | Sebelum 1925: (acara ahli kelab Perancis sahaja) |
![]() |
7 | 1904, 1905, 1906, 1908, 1909, 1914 and 1920 bersama Suzanne Lenglen |
1925-sekarang: | ![]() ![]() |
3 | 1963–1965 bersama Margaret Court 1968, 1971, 1973 bersama Françoise Dürr | |
Pemenang keseluruhan terbanyak (Jumlah:perseorangan, beregu lelaki, beregu campuran) – Lelaki | Sebelum 1925: | ![]() |
28 | 1902–1920 (8 perseorangan, 13 beregu, 7 campuran) |
Pemenang keseluruhan terbanyak (Jumlah:perseorangan, beregu lelaki, beregu campuran) – Lelaki | 1925-sekarang: | ![]() |
9 | 1926–1932 (4 perseorangan, 3 beregu, 2 campuran) |
Pemenang keseluruhan terbanyak (Jumlah:perseorangan, beregu lelaki, beregu campuran) – Lelaki | 1925-sekarang: | ![]() |
9 | 2005-2008, 2010-2014 (9 perseorangan) |
Wanita sejak 1897 | ||||
Pemenang perseorangan wanita terbanyak | Sehingga 1967: (termasuk era ahli kelab Perancis sahaja) |
![]() |
6 | 1920, 1921, 1922, 1923, 1925, 1926 Nota: Juga menang World Hard Court Championship pada tahun 1914, 1921, 1922 & 1923 |
Selepas 1967: | ![]() |
7 | 1974, 1975, 1979, 1980, 1983, 1985, 1986 | |
Pemenang perseorangan wanita berturut-turut terbanyak | Sehingga 1967: (termasuk era ahli kelab Perancis sahaja) |
![]() ![]() |
4 | 1909, 1910, 1911, 1912 1920, 1921, 1922, 1923 |
Selepas 1967: | ![]() ![]() ![]() |
3 | 1990, 1991, 1992 2005, 2006, 2007 | |
Pemenang beregu wanita terbanyak | Sehingga 1967: (termasuk era ahli kelab Perancis sahaja) |
![]() |
6 | 1933, 1934 bersama Elizabeth Ryan; 1936, 1937, 1938 bersama Billie Yorke; 1939 bersama Jadwiga Jędrzejowska |
Selepas 1967: | ![]() ![]() |
7 | 1975 (bersama Chris Evert); 1982 bersama Anne Smith; 1984, 1985, 1987, 1988 bersama Pam Shriver; 1986 bersama Andrea Temesvári | |
Pemenang beregu wanita berturut-turut terbanyak | Sehingga 1967: (termasuk era ahli kelab Perancis sahaja) |
![]() |
5 | 1967, 1968, 1969, 1970, 1971 |
Selepas 1967: | ![]() ![]() ![]() |
5 | 1984, 1985, 1987, 1988 bersama Pam Shriver; 1986 bersama Andrea Temesvári 1991 bersama Jana Novotná; 1992–95 bersama Natasha Zvereva | |
Pemenang beregu campuran terbanyak – Wanita | Sehingga 1967: (termasuk era ahli kelab Perancis sahaja) |
![]() |
7 | 1914, 1920 bersama Max Decugis; 1921, 1922, 1923, 1925, 1926 bersama Jacques Brugnon |
Selepas 1967: | ![]() |
3 | 1968, 1971, 1973 bersama Jean-Claude Barclay | |
Pemenang keseluruhan terbanyak (Jumlah:perseorangan, beregu wanita, beregu campuran) – Wanita | Sehingga 1967: (termasuk era ahli kelab Perancis sahaja) |
![]() |
15 | 1919–1926 (6 perseorangan, 2 beregu, 7 campuran) |
Selepas 1967: | ![]() ![]() |
11 | 1974–88 (2 perseorangan, 7 beregu, 2 campuran) | |
Pelbagai | ||||
Pemenang termuda | Lelaki: | ![]() |
17 tahun dan 3 bulan | |
Wanita: | ![]() ![]() |
16 tahun dan 6 bulan | ||
Pemenang tertua | Lelaki: | ![]() |
40 tahun dan 9 bulan | |
Wanita: | ![]() |
33 tahun dan 10 bulan | ||
Pemenang pemain bukan pilihan | Lelaki: | ![]() ![]() ![]() ![]() |
1946 1982 1997 2004 | |
Wanita: | ![]() |
1933 |
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.