Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Brussel (bahasa Perancis: Bruxelles, bahasa Belanda: Brussel, bahasa Jerman: Brüssel, bahasa Inggeris: Brussels) merupakan ibu negara Belgium, serta ibu pejabat banyak institusi Kesatuan Eropah sehingga diberi gelaran "Ibu Kota Eropah". Bandarnya mempunyai penduduk seramai 1,024,492 manakala kawasan metropolitan mempunyai jumlah penduduk 2,100,000.
Brussel Bruxelles / Brussel |
|||
La Grand Place / Grote Markt | |||
|
|||
Kedudukan Brussel di Belgium | |||
Koordinat: 50°50′48.22″N 4°21′8.94″E | |||
---|---|---|---|
Negara | Belgium | ||
Wilayah | Wilayah Ibu Negara Brussel | ||
Diasaskan | 979 | ||
Wilayah Ibu Negara Brussel diasaskan | 18 Jun 1989 | ||
Kerajaan | |||
- Datuk bandar | Freddy Thielemans | ||
Kawasan | |||
- Wilayah | 62.5 batu persegi (162 km²) | ||
Ketinggian | 43 kaki (13 m) | ||
Kepadatan (2005) | |||
- Wilayah | 1,024,492 | ||
- Kepadatan | 16,391/batu persegi (6,324/km²) | ||
- Metro | 1,975,000 | ||
Zon masa | CET (UTC+1) | ||
- Musim panas (DST) | CEST (UTC+2) | ||
Laman web: www.brussels.irisnet.be |
Brussel juga merupakan ibu pejabat NATO.
Brussel merupakan bandar dwibahasa. Bahasa Perancis dan bahasa Belanda merupakan bahasa rasmi di Wilayah Ibu Negara Brussel. Bandar ini mempunyai lebih daripada 100 muzium sebagai lambang kekayaan sejarahnya.
Petempatan manusia di kawasan Brussel bermula pada 695. Biskop Saint-Gery dari Cambrai tinggal di sebuah chapel di kawasan itu. Pada abad ke-12, pekan kecil ini menjadi kota penting di jalan perdagangan antara Brugge dan Ghent dengan Cologne. Brussel juga menjadi pusat pemerintahan Duci Brabant.
Pada 1695, Raja Louis XIV dari Perancis telah menyerang kota Brussel dan mengakibatkan kemusnahan yang teruk kepada binaan-binaan. Istana Coudenberg Brabant yang ternama di seluruh Eropah telah dimusnahkan oleh kebakaran pada 1731.
Revolusi Belgium yang berlaku di Brussel pada 1830 telah membebaskan kerajaan Belgium daripada Belanda. Leopold I menjadi raja pertama negara Belgium dan telah mengarahkan pembinaan semula prasarana bandar Brussel. Pada Perang Dunia Kedua, bandar ini telah dibom berkali-kali oleh tentera Jerman.
Wilayah Ibu Negara Brussel telah diasaskan pada 1989.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.