From Wikipedia, the free encyclopedia
Lee Sun-mi (Hangul: 이선미; Hanja: 李宣美 ; lahir 2 Mei 1992) lebih dikenali sebagai Sunmi ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau dikenali sebagai bekas ahli kumpulan K-Pop wanita, Wonder Girls.
Sunmi | |
---|---|
이선미 | |
Kelahiran | Lee Sun-mi 2 Mei 1992 |
Pendidikan | Universiti Dongguk |
Pekerjaan | Penyanyi |
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Instrumen |
|
Tahun aktif | 2007–2010 2013–kini |
Syarikat rakaman | JYP Entertainment (2006–2017) Abyss Company (2017–sekarang) |
Pengkarya berkait | |
Tandatangan | |
Hangul | 이선미 |
---|---|
Hanja | 李善美 |
Perumian Semakan | I Seon-mi |
McCune–Reischauer | Yi Sŏn-mi |
Sunmi membuat kemunculan pertama pada tahun 2007 sebagai ahli Wonder Girls sebelum meninggalkan kumpulan ini pada bulan Januari 2010 untuk menyambung pelajaran. Sunmi menyambung kembali kerjayanya sebagai penyanyi solo pada bulan Ogos 2013 menerusi lagu "24 Hours". Pada tahun 2015, Wonder Girls kembali selepas dua tahun dan Sunmi juga disahkan akan menyertai semula kumpulan ini. Kumpulan ini kemudiannya dibubarkan pada tahun 2017 selepas beliau dan Yeeun membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka bersama JYP Entertainment.
Sunmi lahir pada 2 Mei 1992 di Iksan, Jeolla Utara, Korea Selatan. Beliau menghadiri Sekolah Rendah Hwangnam, Sekolah Menengah Chung Dam dan Sekolah Tinggi Chung Dam. Beliau menyambung pengajian tinggi di Universiti Dongguk dalam jurusan teater muzikal. Beliau menggunakan nama keluarga bapa tirinya ketika di universiti dan menggabungkan nama asalnya menjadi Lee Sun-mi.
Pada bulan Mei 2006, Sunmi telah didedahkan sebagai ahli keempat Wonder Girls, sebuah kumpulan wanita dibawah JYP Entertainment. Kumpulan ini membuat kemunculan pertama menerusi lagu "Irony" di dalam rancangan muzik MBC, Show! Music Core pada 10 Februari 2007. Kumpulan ini mencapai populariti dalam tempoh yang singkat menerusi lagu "Tell Me", "So Hot" dan "Nobody" tidak sampai 2 tahun selepas kemunculan pertama mereka.
Pada bulan Januari 2010, JYP mengumumkan bahawa Sunmi akan menangguhkan kerjaya muzik beliau untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran tetapi beliau akan meneruskan aktiviti bersama kumpulan ini sehingga bulan Februari untuk menyelesaikan acara yang telah dijadualkan.[1]
Pada 13 Januari 2012 seorang wakil JYP berkata: "Sunmi masih bersama label rakaman ini dan terus untuk mengembangkan bakat muziknya." JYP Entertainment kemudiannya berkata bahawa tiada perancangan untuk Sunmi kembali sebagai ahli Wonder Girls.[2]
Pada bulan Ogos 2013, Sunmi telah diumumkan akan kembali menyambung kerjaya muzik beliau sebagai artis solo.[3] Sunmi membuat kemunculan solo pertamanya pada 22 Ogos di dalam rancangan muzik Mnet, M! Countdown. Lagu single pertamanya, "24 Hours" dikeluarkan pada 26 Ogos 2013.[4]
Album mini pertama beliau, Full Moon dikeluarkan pada 17 Februari 2014.[5] Lagu dengan tajuk yang sama menampilkan bekas pelatih JYP, Lena Park, menduduki tempat kedua di dalam Carta Digital Gaon dan ketiga di dalam Carta Billboard 100 Terhangat K-pop.
Pada 24 Jun 2015, JYP Entertainment mengumumkan bahawa Sunmi akan menyertai semula Wonder Girls selepas keluar pada tahun 2010 untuk kemunculan kembali kumpulan ini. Kumpulan ini kembali dengan konsep band dimana Sunmi memainkan alat muzik bass.[6] Pada bulan Ogos, album kumpulan ini, REBOOT dikeluarkan dengan Sunmi menulis dan menerbit tiga buah lagu.[7]
Pada tahun 2016, Sunmi menulis dan menerbit dua lagu Wonder Girls di dalam album mini Why So Lonely.[8]
Pada 26 Januari 2017, Wonder Girls telah diumumkan akan dibubarkan selepas Sunmi dan Yeeun membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka. Kumpulan ini mengeluarkan single terakhir mereka, "Draw Me" pada 10 Februari dan single itu ditujukan juga sebagai perayaan untuk ulang tahun kesepuluh mereka.[9][10] Pada 14 Mac 2017, MakeUs Entertainment mengumumkan bahawa Sunmi telah menandatangani kontrak bersama syarikat itu pada bulan Februari.[11] Beliau mengeluarkan lagu "Gashina", diterbitkan oleh Teddy Park dari The Black Label pada 22 Ogos.[12] Lagu ini muncul di nombor 2 di Carta Single Gaon sebelum menduduki tangga teratas pada minggu berikutnya dan dinobatkan sebagai lagu k-pop ketiga terbaik tahun 2017 oleh Billboard.[13]
Sunmi kembali dengan single bertajuk "Heroine" pada 18 Januari 2018. Dia menggambarkan single itu sebagai prequel untuk "Gashina".[14] Pada 4 September, Sunmi mengeluarkan album mini keduanya bertajuk WarningWarning bersama dengan single utama "Siren"..[15] "Siren" received an all-kill on six local music charts.[16] Warning dinobatkan sebagai album k-pop ketiga terbaik tahun 2018 oleh Billboard dan Bravo.[17][18] "Addict" dinobatkan sebagai k-pop b-side terbaik kelapan tahun ini oleh MTV.[19]
Dari Februari hingga Jun 2019, Sunmi mengadakan lawatan dunia pertamanya yang dinamakan "Warning".[20] Dia membuat persembahan di 18 bandar di seluruh Asia, Amerika dan Eropah. Di tengah lawatan pada 4 Mac 2019, Sunmi meneluarkan single bertajuk "Noir".[21] Setelah menamatkan lawatan dunia, dia meengeluarkan single "Lalalay" pada 27 Ogos 2019.[22]
Pada 6 Februari 2020, Sunmi mengeluarkan single "Gotta Go" bersama dengan instrumentalnya sebagai sebahagian daripada trek suara asal siri web XX di mana beliau membuat Kameo dalam siri tersebut.[23][24] Dua hari kemudian, persembahan tarian untuk lagu itu dikeluarkan yang kemudian menjadi video saluran paling popular setelah mendapat lebih dari 4 juta tontonan. Pada 21 Mei, terungkap bahwa Sunmi akan membuat comeback pada akhir bulan Jun.[25] Single terbaru beliau "Pporappippam" dikeluarkan pada 29 Jun.[26][27] Pada 12 Ogos, Sunmi dan J. Y. Park mengeluarkan lagu duet bertajuk "When We Disco".[28] Beliau juga tampil di lagu untuk label pasangan Park Won "Oh Yeah" dari albumnya My Fuxxxxx Romance.[29]
Sunmi mengeluarkan album single terbarunya Tail pada 23 Februari 2021, dengan single utama dengan nama yang sama.[30]
Tajuk | Butiran | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | |
---|---|---|---|---|
KOR [31] |
US World [32] | |||
Full Moon |
|
12 | 12 |
|
Warning |
|
9 | — |
|
Tajuk | Butiran | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [35] | |||
Gashina |
|
16 |
|
Tail |
|
— | — |
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Jualan (DL) |
Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
KOR [37] |
KOR Hot [38] |
US World [39] |
SGP [40] | ||||
Sebagai artis utama | |||||||
"24 Hours" (24시간이 모자라 ) | 2013 | 2 | 3 | — | — |
|
Full Moon |
"Full Moon" (보름달 ) (feat. Lena) |
2014 | 2 | 3 | 13 | — |
| |
"Gashina" (가시나 ) | 2017 | 1 | 24 | 3 | — | Warning | |
"Heroine" (주인공 ) | 2018 | 2 | 2 | 3 | — |
| |
"Siren" (사이렌 ) | 1 | 1 | 5 | — | — | ||
"Noir" (누아르 ) | 2019 | 8 | 9 | 3 | — | Single bukan-album | |
"Lalalay" (날라리 ) | 8 | 1 | 4 | 22 |
| ||
"Pporappippam" (보라빛 밤 ) | 2020 | 5 | 4 | 5 | 15 | — | |
"When We Disco" (bersama J. Y. Park) |
3 | 2 | 22 | — | J.Y. Park Best | ||
"Tail" (꼬리 ) | 2021 | 25 | 82 | 13 | — | Tail | |
Sebagai featuring | |||||||
"You" (B1A4 feat. Sunmi) |
2014 | 63 | 91 | — | — | — | Solo Day |
"Oh Yeah" (Park Won featuring Sunmi) |
2020 | — | — | — | — | My Fuxxxxx Romance | |
Runut bunyi | |||||||
"Gotta Go" (가라고 ) | 2020 | 123 | 65 | 17 | — | — | XX OST Part 1 |
Lagu carta lain | |||||||
"Burn" | 2014 | 159 | — | — | — | — | Full Moon |
"Who Am I" (feat. Yubin dari Wonder Girls) |
112 | — | — | — | |||
"Stopped Time" (feat. Jackson dari Got7)) |
100 | — | — | — | |||
"If That Was You" | 118 | — | — | — | |||
"What The Flower" | 2021 | — | — | 18 | — | Tail | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran | Nota |
---|---|---|---|---|
2015 | The Producers | Diri sendiri | KBS2 | Kameo (Ep. 3) |
2018 | YG Future Strategy Office | Diri sendiri | Netflix | Kameo (Ep. 4) |
2020 | XX | Pelanggan | MBC TV | Kameo (Teaser) |
Tahun | Tajuk | Saluran | Notes |
---|---|---|---|
2014 | Fashion King Korea | SBS TV | Peserta (Musim 2) |
2018 | Secret Unnie | JTBC | bersama Kang Seul-gi (Ep. 3–9) bersamaKim Hyo-yeon dan Han Chae-young (Ep. 9) bersama Han Chae-young, Kang Seul-gi dan Kim Ye-ri (Ep. 16) |
2020 | RReal World | YouTube | Regular host with her two brothers |
Running Girls | Mnet | Ahli pelakon bersama Hani, YooA, Chungha dan Chuu |
Tahun | Tajuk | Pengarah | Ref. |
---|---|---|---|
2013 | "24 Hours" | Naive Creative Production | [47] |
2014 | "Full Moon" | [48] | |
2017 | "Gashina" | Choi Yongseok (Lumpens) |
[49] |
2018 | "Heroine" | [50] | |
"Siren" | [51] | ||
2019 | "Noir" | [52] | |
"Lalalay" | [53] | ||
2020 | "Gotta Go" (Dance Performance) | NOVVKIM (NOVV) | [54] |
"Pporappippam" | Ziyong Kim (Fantazy Lab) |
[55] | |
"BORDERLINE" | NEWSTONE (KAK STUDIO) | [56] | |
"When We Disco" | Naive Creative Production | [57] | |
2021 | "Tail" | Paranoid Paradigm (VM Project Architecture) |
[58] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.