genre muzik yang berasal dari Korea Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia
K-pop atau Pop Korea (کي-ڤوڤ atau ڤوڤ کوريا) (Inggeris: Korean Pop) ialah sejenis aliran muzik popular yang berasal dari Korea Selatan. Kebanyakkan artis dan kelompok pemuzik dari Korea menggunakan aliran muzik ini. K-Pop ini mengandungi campuran genre hip-hop, elektro, pop, rock dan R&B. Aliran ini telah menjadi satu cabang kebudayaan dalam kalangan remaja dan orang dewasa di seluruh dunia yang menimbulkan minat terhadap gaya dan fesyen daripada penyanyi dan kumpulan muzik Korea.[1]
K-Pop کي-ڤوڤ | |
---|---|
Maklumat am | |
Nama asli | 케이팝 |
Asalan gaya | Pop • Elektropop • Hip hop • Rock • R&B |
Asalan budaya | Bermula 1990-an di Korea Selatan |
Asal usul | Korea Selatan |
Dicipta | 1990 |
Alat muzik tipikal | Vokal • Pad dram • Dram • Bes elektrik • Papan kekunci • Piano • Pensampel • Sequencer • Synthesizer • Penggunaan pelbagai alat muzik lain |
Sebahagian daripada | A-pop, music of South Korea |
sunting · sunting di Wikidata |
Melalui kehadiran halaman peminat Facebook, ketersediaan iTunes, profil Twitter dan video muzik di YouTube, kemampuan K-pop untuk mencapai penonton yang sebelum ini tidak dapat dicapai melalui Internet telah memacu satu anjakan paradigma dalam pendedahan dan kepopularan genre ini.[2] Budaya popular Korea Selatan pada hari ini merupakan pemacu utama budaya belia di seluruh Lingkungan Pasifik terutamanya di Tanah Besar China, Hong Kong, Jepun, Taiwan dan Vietnam. Genre ini sedang mengembangkan pengaruhnya di rantau ini, sama seperti muzik Amerika di Eropah pada tahun 1980-an dan 1990-an.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.