From Wikipedia, the free encyclopedia
Kim Chung-ha (Hangul: 김청하; Hanja: 金請夏 , lahir Kim Chan-mi [김찬미 ]; 9 Februari 1996)[6] lebih dikenali dengan nama pentas, Chungha (digayakan sebagai CHUNG HA) ialah seorang penyanyi pop, penari dan koreografer wanita Korea Selatan. Dia menduduki tempat keempat di dalam rancangan realiti Mnet Produce 101 dan menjadi ahli kumpulan projek I.O.I. Berikutan pembubaran I.O.I pada tahun 2017, Chungha memulakan debutnya sebagai artis solo dengan album mini Hands on Me.
Chungha | |
---|---|
![]() Chungha pada Radio SBS pada tahun 2022 | |
Kelahiran | Kim Chan-mi 9 Februari 1996 Seoul, Korea Selatan |
Nama lain |
|
Pusat pendidikan | Universiti Sejong |
Pekerjaan |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2016–sekarang |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | chunghaofficial |
Hangul | 김청하 |
Hanja | 金請夏 |
Perumian Semakan | Gim Cheong-ha |
McCune–Reischauer | Kim Ch'ŏngha |
Hangul | 김찬미 |
Hanja | 金燦美 |
Perumian Semakan | Gim Chan-mi |
McCune–Reischauer | Kim Ch'anmi |
Tandatangan | |
![]() |
Chungha lahir dengan nama Kim Chan-mi (김찬미 ) pada 9 Februari 1996 di Korea Selatan. Di bawah nama Inggerisnya Annie Kim,[7] Chungha menetap di Dallas, Texas, Amerika Syarikat selama lapan tahun sebelum kembali ke Korea Selatan untuk menjadi seorang penyanyi. Chungha fasih berbahasa Inggeris dan Korea.[8] Chungha menamatkan pengajian dalam jurusan tarian dari Universiti Sejong, [9] Chungha mengikuti uji bakat untuk YG Entertainment dan merupakan pelatih JYP Entertainment sebelum menyertai MNH Entertainment.[10][11] Chungha berlatih selama tiga tahun sebelum memulakan debutnya, dan telah menari selama 6-7 tahun. Dia mendedahkan bahawa dia hampir berhenti menghadiri kelas tarian pada suatu ketika kerana masalah kewangan.[12]
Pada 22 Januari sehingga 1 April, Chungha mewakili M&H Entertainment di dalam rancangan realiti kumpulan wanita Produce 101.[13] Beliau menduduki tempat ke–4 dan membuat kemunculan pertama bersama I.O.I pada 4 Mei menerusi album mini Chrysalis.[14] Pada 10 Jun, YMC Entertainment mendedahkan Chungha sebagai salah seorang daripada tujuh orang ahli kumpulan unit I.O.I untuk mempromosi lagu Whatta Man semasa musim panas tahun 2016.[15] Ia telah didedahkan bahawa tiga pasukan telah dihubungi untuk membuat koreografi lagu ini tetapi koreografi Chungha telah dipilih kerana ia dianggap paling berkualiti.[16] Single ini merupakan kejayaan komersial dengan memuncak pada nombor 2 pada Carta Digital Gaon dan pada Carta Album Gaon, masing-masing untuk jualan digital (muat turun dan penstriman) dan fizikalnya.[17]
Pada 30 Jun, Chungha telah didedahkan akan membuat penampilan kameo di dalam drama Korea Entourage bersama ahli I.O.I, Lim Na-young.[18] Pada 24 Julai, Chungha telah didedahkan sebagai ahli rancangan tarian, Hit The Stage.[19] Pada 17 Ogos, Chungha telah diumumkan akan berkolaborasi bersama ahli I.O.I, Choi Yoo-jung dan Jeon So-mi serta ahli DIA, Ki Hui-hyeon untuk lagu "Flower, Wind and You" yang diterbitkan oleh Boi B.[20][21][22] Video muzik telah dikeluarkan pada saluran YouTube MBK Entertainment. Pada 21 Disember, MNH Entertainment mengesahkan bahawa Chungha akan memulakan debut sebagai artis solo pada awal tahun 2017 selepas menamatkan promosi I.O.I.[23] Pada 23 Disember, Chungha berkolaborasi bersama Heo Jung-eun dan Ooon dari HALO untuk lagu "Snow In This Year" yang ditampilkan di dalam drama My Fair Lady.[24]
Pada 10 Januari, Chungha telah dipilih untuk menjadi pengacara rancangan EBS Ah! Sunday - A Running Miracle. Chungha akan menunjukkan kepada orang ramai cara meningkatkan kecergasan fizikal mereka melalui berjoging dan akan membawa sepasukan pencabar di bawah sayapnya untuk persembahan itu.[25] Pada 21 April, Chungha mengeluarkan lagu pra-debut bertajuk "Week" di dalam akaun Youtube M&H Entertainment.[26] Pada 7 Jun, Chungha mengeluarkan album mini pertamanya bertajuk Hands on Me bersama lagu utama, "Why Don’t You Know".[27][28] Pada 17 Julai, Chungha telah didedahkan akan muncul di dalam album solo debut Samuel Kim bertajuk Sixteen menerusi lagu "With U" dan serta dalam single Babylon, "La La La".[29][30] Mulai 3 September, dia mengambil alih tugas Kisum sebagai DJ untuk program radio EBS Listen[31] dan pada 19 September, diumumkan bahawa dia akan menjadi MC untuk Please Take Care of My Vanity FashionN bersama LeeteukSuper Junior dan Han Chae-young.[32] Pada 22 November, episod pertama rancangan realiti dia, "Chung Ha's Free Month" dikeluarkan di Youtube dan NaverTV.[33]
Chungha mengeluarkan album mini kedua beliau bertajuk Offset pada 17 Januari 2018. Album mini ini mengandungi lima buah lagu termasuk single utama "Roller Coaster".[34] Pada 26 Jun, MNH Entertainment mengesahkan bahawa Chungha akan kembali pada 18 Julai bersama album mini ketiga beliau bertajuk Blooming Blue dengan single utama "Love U".[35] Chungha menjadi duta untuk Festival Filem Seni Bina Antarabangsa Seoul pada bulan Oktober tahun yang sama.[36] Ia diumumkan pada 8 Ogos bahawa dia akan menyertai kumpulan projek yang terdiri daripada Seulgi Red Velvet, Soyeon (G) I-dle dan SinB GFriend dipanggil SM Station X 0 untuk album projek SM Entertainment. Mereka mengeluarkan single "Wow Thing" pada 28 September.[37] Chungha bekerjasama dengan Yesung Super Junior dengan lagu "Whatcha Doin'" dengan video muzik yang dikeluarkan pada 16 Disember.
Pada 2 Januari 2019, Chungha telah mengeluarkan album single Gotta Go.[38] Pada 9 Januari, dia memenangi trofi program muzik pertama di MBC Music Show Champion.[39] Chungha telah berkolaborasi dengan ahli VIXX iaitu Ravi untuk single "Live", yang dikeluarkan pada 18 Februari 2019.[40] Chungha mengeluarkan album mini keempatnya Flourishing pada 24 Jun 2019, di samping video muzik single utama "Snapping".[41] "Snapping" menduduki tempat pertama pada Show Champion pada 3 Julai 2019.[42][43] Pada bulan Ogos, dia menyertai barisan runut bunyi untuk drama tvN Hotel del Luna.[44] Lagu ini, bertajuk "At the End", dikeluarkan pada 3 Ogos 2019.[45][46] Chungha berkolaborasi dengan Grizzly dalam single "Run" yang dikeluarkan pada 22 Ogos,[47] dan bersama Mommy Son di single "Fast", dikeluarkan pada bulan September untuk JTBC Maraton Seoul.[48] Pada bulan Oktober 2019, Chungha bekerjasama dengan rapper Indonesia Rich Brian di single "These Nights".[49] Lagu ini berfungsi sebagai single untuk album kompilasi kedua 88rising, Head in the Clouds II.[50] Chungha tampil dalam lagu penyanyi rap Changmo "Remedy" untuk albumnya "Boyhood" yang dikeluarkan pada 25 Disember 2019.[51][52] Atas pencapaiannya pada tahun 2019, Chungha dianugerahkan Producer of the Year dan Hot Performance Award of the Year dengan "Gotta Go" di 2019 Gaon Chart Music Awards.[53][54] Pada 12 Disember 2019, Billboard menerbitkan senarai "25 Lagu K-pop Terbaik 2019", dengan single Chungha "Gotta Go" berada di tangga ketiga.[55] Billboard menggambarkan yang terakhir sebagai "Chungha merangkul sepenuhnya sisi yang lebih kuat dan lebih yakin; sisi yang terus konsisten sepanjang tahun utama dan dapat membimbingnya ke tahap yang lebih tinggi lagi dalam dekad yang baru". Single ini juga berada di kedudukan ke-100 pada Billboard's "The 100 Greatest K-Pop Songs of the 2010s".[56]
Pada Januari 2020, Chungha berkolaborasi dengan Paul Kim untuk single "Loveship", yang dikeluarkan pada 21 Januari 2020.[57][58][59] Dia adalah sebahagian daripada barisan runut bunyi untuk drama SBS Dr. Romantic 2 dengan lagu "My Love" yang dikeluarkan pada 4 Februari 2020.[60][61][62] Chungha membuat comeback pertamanya pada tahun 2020 dengan single baru, "Everybody Has" pada 29 Februari sebagai sebahagian daripada projek MNH Entertainment New.wav.[63][64][65] Pada 10 Mac, MNH Entertainment mengumumkan bahawa Chungha telah menandatangani perjanjian dengan agensi Amerika, ICM Partners, untuk promosi Amerika dan globalnya.[66][67][68]
Pada bulan April, Chungha berkolaborasi dalam lagu pop "Lie" dengan penyanyi Max Changmin TVXQ. Lagu ini ditampilkan di dalam album mini debut Changmin Chocolate dan membincangkan tentang emosi yang bertukar antara pencinta yang merasakan cinta dalam pelbagai intensiti.[69][70] Pada 27 April, "Stay Tonight" dikeluarkansebagai single pra-rilis dari album penyanyi yang akan datang.[71] Lagu ini debut dan berada di nombor 9 di Carta Digital Gaon Digital dan berada di nombor 4 di Billboard carta World Digital Songs.[72][73]
Chungha mengeluarkan single "My Friend" yang menampilkan ph-1 dan dihasilkan oleh Zion.T pada 30 Mei 2020.[74][75][76] Chungha kemudian bekerjasama dengan Sprite untuk single promosi "Be Yourself" pada 9 Jun , 2020.[77] Single itu juga merupakan sebahagian daripada projek New.wav MNH.[78][79] Pada 6 Julai, Chungha mengeluarkan single kedua pra-rilisnya "Play".[80][81][82] Single maxi yang terdiri daripada dua single pra-rilis, memuncak di nombor 7 di Carta Album Gaon dengan 12,613 penjualan.[83][84] Diumumkan bahawa Chungha akan menjadi tetamu dalam Law of the Jungle in Wild Korea, penggambaran domestik pertama dalam sejarah program disebabkan oleh pandemik COVID-19.[85][86]
Chungha membuat penampilan runut bunyi untuk drama tvN Record of Youth dengan lagu "You In My Soul" yang dikeluarkan pada 14 September 2020.[87][88] Chungha kemudian berkolaborasi dengan penyanyi Denmark, Christopher dalam single "Bad Boy". Versi langsung dikeluarkan pada 23 September sementara video muziknya dikeluarkan pada 25 September.[89][90] Chungha menandatangani kontrak dengan 88rising pada bulan November 2020. Chungha kemudian berkolaborasi dengan R3hab pada single "Dream of You" yang dikeluakan pada 27 November 2020.[91][92]
Pada 7 Disember, disahkan bahawa Chungha telah positif COVID-19. Semua aktivitinya dihentikan buat sementara waktu untuk menjalani kuarantin seperti ditetapkan dalam protokol kesihatan.[93][94] Dia juga terlepas dari sidang media langsung untuk rancangan baru "Running Girls", tetapi tampil ketika bahagian-bahagiannya ditayangkan semasa tayangan perdana.[95] Pada 21 Disember, disahkan bahawa Chungha adalah pembawa tanpa gejala dan telah keluar dari pusat kuarantin selepas 10 hari dan sedang berehat di rumah sejak 18 Disember.[96] Chungha telah dijadualkan untuk mengeluarkan album studio pertamanya Querencia pada 4 Januari 2021, tetapi pelancaran album tersebut terpaksa ditangguhkan hingga 15 Februari 2021.[97][98] Single utama "Bicycle" dengan video muzik dikeluarkan pada hari yang sama.[99] Chungha tampil pada lagu "Why Don't We" oleh Rain, yang merupakan single utama untuk album mini ketiga Rain Pieces by Rain. Album mini dan video muzik dikeluarkan pada 3 Mac 2021.[100] Chungha dan ahli I.O.I meraikan ulang tahun debut mereka yang ke-5 dengan rancangan siaran langsung perjumpaan yang dipanggil "Yes, I love it!" pada 4 Mei 2021.[101]
Pada 8 Jun 2021, Chungha berkolaborasi dengan Colde pada single "My Lips Like Warm Coffee".[102] Dia kemudian mengambil bahagian dalam runut bunyi One the Woman dengan single "Someday".[103] Pada bulan Oktober 2021, Chungha membuat kolaborasi istimewa dengan krew tarian LACHICA pada single "Bad Girl" untuk "Street Woman Fighter Special.[104]
Pada 29 November 2021, Chungha mengeluarkan single istimewa "Killing Me".[105]
Pada 11 Julai 2022, Chungha mengeluarkan bahagian pertama album penuh kedua beliau Bare & Rare dengan single utama "Sparkling".[106]
Pada Januari 2023, agensi itu mengesahkan bahawa Chungha telah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya yang akan berakhir pada bulan Mac.[107]
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota | Ref. |
---|---|---|---|---|
2016 | Produce 101 | Peserta | Rancangan survival yang menentukan ahli I.O.I Ditempat ke-4 |
[14][112] |
Hit the Stage | [19] | |||
2017 | Ah! Sunday – A Running Miracle | Pengacara | [25] | |
King of Masked Singer | Peserta | [113] | ||
Please Take Care of My Vanity | Pengacara | [114] | ||
Chungha's Free Month | Dokumentari | [115] | ||
2018 | Real Life Men and Women | Ahli | [116] | |
The Call | [117][118] | |||
2020 | Law of the Jungle in Wild Korea | [119][120][121] | ||
Running Girls | [122] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.