From Wikipedia, the free encyclopedia
One the Woman (Korea: 원 더 우먼; RR: Won Deo Umeon) adalah merupakan drama bersiri Korea Selatan yang diarahkan oleh Choi Hyeong-hun dan ditulis oleh Kim Yoon. Dibintangi oleh Lee Ha-nee yang memerankan dua watak, Lee Sang-yoon, Jin Seo-yeon dan Lee Won-geun. Drama ini disiarkan di SBS TV pada 17 September 2021 dan akan bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 10 malam (KST).
One the Woman | |
---|---|
Genre | Aksi Romantik Komedi |
Pencipta | StudioS (SBS) |
Dibangunkan oleh | Wavve (production investment) |
Ditulis oleh | Kim Yoon |
Pengarah | Choi Hyeong-hun |
Dibintangi oleh | Lee Ha-nee Lee Sang-yoon Jin Seo-yeon Song Won-seok |
Penggubah | Jin Ha-di |
Negara asal | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 70 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | SBS |
Penyiaran | |
Saluran asal | SBS TV |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 17 September – 6 November 2021 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Kehidupan Jo Yeon-joo (Lee Ha-nee), seorang pendakwa raya dan juga penyangak, berubah sepenuhnya selepas sedar dari koma dan mendapati dia mengalami amnesia akibat kemalangan kereta. Dia telah disalah anggap sebagai Kang Mi-na (Lee Ha-nee), seorang wanita yang kelihatan seperti dia. Mi-na ialah anak bongsu Kumpulan Yumin dan menantu kedua keluarga Han, pemilik Kumpulan Hanju. Disebabkan status Kang Mi-na yang tidak sah, maka kedua-dua keluarganya dan keluarga mertuanya kini menganiayanya. Walau bagaimanapun, apabila Yeon-joo hidup sebagai Mi-na dalam keluarga Han, dia tahan terhadap penganiayaan keluarga itu untuk dirinya sendiri, malah berani menghina mereka dengan kejam. Namun Yeon-joo kini sedar dia mempunyai misi iaitu ingin mencari dalang sebenar disebalik kematian neneknya dan ingin membebaskan ayahnya daripada tuduhan palsu yang membuatkannya meringkuk didalam penjara selama ini.
Han Seung-wook (Lee Sang-yoon) ialah seorang konglomerat, yang masih menghargai cinta pertamanya. Dia meninggalkan Korea Selatan kerana ingin mengelakkan konflik perebutan warisan, tetapi kembali untuk menemui kebenaran di sebalik kematian kejam bapanya. Namun, apabila dia bertemu cinta pertamanya secara kebetulan, dia tidak mahu kehilangannya lagi. Seung-wook juga kini membantu Yeon-joo dan sekaligus ingin mencari Mi-na yang sebenar setelah dia sedar identiti sebenar Yeon-joo.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.