From Wikipedia, the free encyclopedia
Park Jin-young (Hangul: 박진영, Hanja: 朴軫永, lahir 13 Disember 1971[upper-alpha 1]) juga dikenali sebagai J.Y. Park dan The Asiansoul (atau JYP sahaja) ialah seorang penyanyi, penulis lagu, penari, penerbit rakaman di Korea Selatan dan CEO semasa serta pengasas JYP Entertainment, salah satu agensi hiburan yang paling besar di Korea Selatan.[1] Sepanjang tempoh 11 tahun beliau telah menjadi seorang penerbit, komposer, dan artis yang terkenal, menjadi satu-satunya penerbit dari Asia yang berjaya memembusi pasaran AS. Sebagai ketua JYP Entertainment, Beliau telah mengembangkan dan menguruskan artis K-pop yang sangat berjaya termasuk Rain, Wonder Girls, 2PM, Miss A, Got7, Suzy, Stray Kids, Day6, Twice, Itzy, Boy Story dan NiziU.[2][3][4]
J. Y. Park | |
---|---|
Kelahiran | Park Jin-young 13 Disember 1971[upper-alpha 1] Seoul, Korea Selatan |
Pendidikan | Universiti Yonsei |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1992–sekarang |
Kerjaya muzik | |
Juga dikenali sebagai |
|
Genre | |
Instrumen |
|
Tahun aktif | 1992–sekarang |
Syarikat rakaman | JYP |
Pengkarya berkait |
|
Hangul | 박진영 |
Hanja | 朴軫永 |
Perumian Semakan | Bak Jin-yeong |
McCune–Reischauer | Pak Chinyŏng |
Laman web rasmi | JYP.jype.com |
Park Jin-young dilahirkan di Seoul pada 13 Disember 1971. Ayahnya adalah wartawan berita yang berpusat di Amerika Syarikat. Pada usia 9 tahun, Park Jin-young berpindah bersama ibunya ke New York berikutan perkerjaan ayahnya. Mereka tinggal di sana selama tiga tahun sebelum Park kembali ke Seoul untuk ke sekolah menengah. Dia kemudian belajar di Universiti Yonsei, selama itu dia mengeluarkan dua album pertamanya. Dia lulus dengan sarjana geologi pada tahun 1996.[5] Dia mempunyai seorang kakak perempuan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.