Sekolah Menengah Sains Alam Shah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sekolah Menengah Sains Alam Shahmap
Remove ads

Sekolah Menengah Sains Alam Shah (SMSAS, juga singkatan ASiS dari nama dalam bahasa Inggeris, Alam Shah Science School) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Cheras, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur).

Fakta Segera Lokasi, Maklumat ...
Remove ads

ASiS merupakan antara sekolah yang hanya menerima kemasukan pelajar Tingkatan 4, berdasarkan keputusan cemerlang sahaja daripada peperiksaan awam, Penilaian Menengah Rendah (PMR), seperti SM Sains Tuanku Munawir (SASER), SM Sains Seri Puteri (SESERI) dan juga MRSM Program Bitara (MRSM Taiping, MRSM Pengkalan Chepa dan MRSM Tun Ghafar Baba).

Namun pada 2016, ASiS telah mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan 1 berdasarkan keputusan cemerlang di peringkat sekolah rendah.

Remove ads

Sejarah

Kampus Sekolah Menengah Sains Alam Shah terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Kedudukannya sangat kondusif dan strategik dari segi peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan putera. Kampus Sekolah Menengah Sains Alam Shah terletak di atas tapak seluas 34 hektar menampung 3 blok bangunan sekolah dan pentadbiran, 4 blok asrama, 1 dewan makan, 1 apartmen guru, 1 apartmen staf sokongan, sebuah banglo pengetua dan 6 kuaters guru. Sekolah ini juga bersebelahan dengan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Teknik dan berdekatan dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Dari tahun 2003 hingga 2018, pemilihan pelajar adalah berdasarkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Pentaksiran Tingakatan 3 (PT3) dari seluruh negara. Pada ketika itu, ASiS hanya menawarkan pelajaran untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5. Kelompok pelajar pertama ASiS telah menduduki perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004. Mulai tahun 2016, ASiS mula melakukan pengambilan pelajar-pelajar Tingkatan 1. Pada tahun 2018, barisan pelajar ASiS telah lengkap dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Tahun 2018 juga merupakan tahun pertama peperiksaan PT3 dijalankan di ASiS. [bila?]

Sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, ASiS telah mengukir pelbagai kejayaan sehingga bukan sahaja dikenali di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa.[perlu rujukan] Pada tahun 2007, ASiS berjaya memenangi Piala Perdana Menteri, pertandingan paling berprestij antara SBP, dalam bahas bahasa inggeris. Pada tahun 2011 pula, pasukan yang terdiri daripada Amier Zaryff, Kudrat Lokman, Al Imran Kamarudzaman dan Rizal Razak berjaya mendapat naib johan dalam Tan Sri Paduka Hajah Saleha National Debate Competition. Pada tahun 2012 pula, pasukan ragbi ASiS, yang diketuai kapten Ameroul Ashraf, berjaya memenangi Naib Johan Plate dalam pertandingan PowerBar Annual International Rugby Championship yang diadakan di SM Sains Selangor.

Selain itu, pada tahun 2013, ASiS telah mencipta sejarah apabila kedua-dua pasukan bahas bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ASiS telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Perdana Menteri 2013. Dalam pertandingan tersebut, sejarah pada tahun 2007 berulang kembali apabila pasukan bahas bahasa Inggeris ASiS telah menjadi johan bagi Piala Perdana Menteri 2013 mengalahkan Sekolah Seri Puteri. Pasukan bahas bahasa Melayu ASiS pula menjadi naib johan apabila dikalahkan oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.[1]. Pada tahun 2016, pasukan bahas Bahasa Inggeris ASiS telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri tahun tersebut. Pada tahun 2022, selepas pandemik COVID-19, pasukan bahas Bahasa Melayu Sekolah Menengah Sains Alam Shah berjaya mara ke peringkat akhir Piala Perdana Menteri. Namun, pasukan bahas Bahasa Melayu Asis dinobatkan sebagai naib johan setelah ditewaskan oleh Sekolah Sultan Alam Shah. Menjelang tahun 2023, Sekolah Menengah Sains Alam Shah mengulangi sejarah yang tercipta pada tahun 2013 dengan kedua-dua pasukan bahas Bahasa Melayu dan bahas Bahasa Inggeris melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Perdana Menteri. Namun, sejarah yang terukir lebih manis apabila kedua-dua pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris meraih kejohanan Piala Perdana Menteri yang ke-46. Kejayaan yang diulangi setelah sedekad menjadi lebih bermakna apabila penantian pasukan Bahas Bahasa Melayu untuk meraih Piala Perdana Menteri akhirnya tertunai.


Selain daripada kejayaan dalam bidang bahas, Sekolah Menengah Sains Alam Shah juga terkenal dengan pasukan Caklempongnya, yang telah memenangi kejohanan HKSBP Caklempong Kebangsaan sebanyak empat kali berturut-turut daripada tahun 2020 hingga 2024

Remove ads

Misi dan Visi

Misi

Sekolah Menengah Sains Alam Shah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang membangunkan modal insan yang berkualiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Visi

Menzahirkan pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Senarai Pengetua

Maklumat lanjut Bil., Tempoh ...

Senarai Pentadbir (semasa)

Maklumat lanjut Bil, Nama ...
Remove ads

Rumah sukan

Warga ASiS dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, kokurikulum, sukan dan sebagainya. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sukan setiap tahun. Untuk rekod, rumah Syahbandar telah memecahkan tradisi dengan menjuarai Rumah Terbaik selama 4 tahun berturut-turut.

Maklumat lanjut Rumah, Warna ...
Remove ads

Lagu sekolah

Marilah pelajar kita semua
Menuntut ilmu amalan mulia
Samalah kita usaha sampai berjaya
Itulah harapan semua

Kamilah penuntut yang setia
Rajin usaha asas kita semua
Bersatu kita teguh usaha bersama
Majulah Sains Alam Shah

Dengarlah dan ingatlah
Pesanan semua
Harapan ayah bonda
Semoga berjaya

Kamilah penuntut yang setia
Rajin usaha asas kita semua
Bersatu kita teguh usaha bersama
Menuju cita semua

Remove ads

Akademik

ASiS kekal dalam kelas tersendiri apabila menduduki kalangan 5 sekolah terbaik atau 10 sekolah terbaik melalui peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[perlu rujukan]Walau bagaimanapun, prestasi SPM ASiS sejak SPM 2020, ASiS dilihat kurang berjaya meneruskan tradisi kecemerlangannya kerana tidak ditempatkan dalam kalangan sekolah terbaik seperti tahun sebelumnya. Setakat ini, pada SPM 2023, ASiS menduduki tempat ke-11 daripada 72 SBP di seluruh negara.

Maklumat lanjut Batch, Nama Batch ...
Remove ads

Peng

antarabangsaan

Semenjak penubuhannya, ASiS aktif menjalankan program pengantarabangsaan melibatkan para guru dan pelajar. Program yang lebih dikenali sebagai ASiS Internationalization Programme ini setakat ini telah membawa warga ASiS menjejakkan kaki ke pelbagai buah negara.

Antara program pengantarabangsaan yang pernah dianjurkan:

Maklumat lanjut Bil, Negara ...

Melalui program pengantarabangsaan inilah ASiS berkongsi idea mengenai sistem pembelajaran bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2008, ASiS menjadi sekolah pertama dari Malaysia yang menandatangai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Mahidol-Wittayanusorn School yang merupakan sekolah khas naungan kerajaan Thailand untuk intelek-intelek terbaik negara itu.[perlu rujukan]

Persatuan Bekas Pelajar SM Sains Alam Shah (OASiS)

OASiS (Old Boys of Alam Shah Science Schools, Bekas Penuntut SM Sains Alam Shah) merupakan satu alumni yang ditubuhkan pada 7 Januari 2012 oleh bekas pelajar ASiS sendiri untuk menyatupadukan pelajar-pelajar ASiS tidak kira daripada kelompok pertama (PIONEER) hinggalah ke kelompok yang akan datang.

Berikut merupakan senarai Presiden OASiS.

Maklumat lanjut il, Sesi ...
Remove ads

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads