Remove ads
Sekolah Menengah Kebangsaan di Kuala Lumpur, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa yang sering dikenali sebagai SMKTD merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Desa Bakti, Taman Desa, Kuala Lumpur.
SMK Taman Desa | |
---|---|
Alamat | |
Jalan Desa Bakti, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Berilmu dan Berbakti |
Ditubuhkan | 5 Januari 1981 |
Pengetua | Pn. Mas Ayu Binti Dahalan |
Tenaga pengajar | 100 |
Jumlah penuntut | 1237 (632 lelaki, 605 perempuan) |
Nisbah penuntut ke guru | 12:1 |
Saiz kampus | 40,294 meter persegi |
Slogan | Desarian Cemerlang (sebelumnya Kami Cemerlang, SMKTD Terbilang!) |
Lagu | Berilmu dan Berbakti |
Yang Dipertua PIBG | En Low Chee Leong |
Kod Sekolah | WEA0212[1] |
Telefon | 0379823058 |
Faksimili | 0379847314 |
Laman sesawang | https://www.facebook.com/smktamandesa |
SMK Taman Desa merupakan sekolah menengah pertama yang ditubuhkan di kawasan perumahan Taman Desa.
Pelopor dan perintis utama SMK Taman Desa ialah Drs. Hanapiah bin Sudin, En. George F. Menezes sebagai penolong kanannya berserta 10 orang guru di samping seorang kerani dan dua orang pekerja am. SMK Taman Desa dibuka pada 5 Januari 1981 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Overseas Union Garden selama 5 bulan 9 hari kerana bangunan sekolah SMK Taman Desa masih belum siap dibina. Bilangan murid ketika itu adalah seramai 348 orang dan bilangan kelas pula adalah sebanyak 9 kelas (7 kelas peralihan dan 2 kelas tingkatan 1). 99% daripada murid adalah daripada aliran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina).
Walau bagaimanapun pada 15 Jun 1981, sekolah telah mendapat pertambahan sejumlah 67 orang murid dari SMK Sri Sentosa dan ini meningkatkan jumlah bilangan muridnya ke angka 415 orang. Pertambahan bilangan murid telah menyebabkan peningkatan satu kelas tingkatan 1. Pada 15 Jun 1981, SMK Taman Desa dibuka secara rasmi untuk memberi perkhidmatan pendidikan di bangunan sekolah sendiri. SMK Taman Desa mempunyai keluasan kira-kira 40,294 meter persegi dengan keluasan kawasan berumput seluas 8,185 meter persegi.
Pada asalnya, SMK Taman Desa mempunyai 7 bangunan utama yang dinaik taraf dari semasa ke semasa. Encik Hoong Siew Cheong merupakan Yang Dipertua PIBG yang pertama.
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
SMKTD berpegang kepada prinsip PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN ke arah melahirkan anak didik yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi sejajar dengan FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.
Kami warga sekolah SMKTD dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menawarkan perkhidmatan pendidikan cemerlang dengan:
Lagu rasmi sekolah ‘BERILMU DAN BERBAKTI’ telah diilhamkan oleh bekas pengetua SMK Taman Desa, Drs. Hanapiah b. Sudin dengan gubahan muziknya oleh En. Wazata Zain. Logo sekolah yang bercogankatakan ‘BERILMU DAN BERBAKTI’ juga hasil reka bentuk Pengetua sendiri dan menjadi lambang identiti kebanggaan dan keagungan warga sekolah.
Warna putih, biru, kelabu dan bendera Malaysia melambangkan tiga kaum yang terbesar di negara ini. Selain itu, lambang bendera mendukung semangat bekerjasama dan bersatu padu dalam menjunjung dan mempertahankan kedaulatan negara.
Warna biru melambangkan keharmonian yang wujud antara guru, murid dan kakitangan SMKTD.
Warna putih melambangkan kemurnian ilmu pengetahuan sebagai wadah pendidikan kepada generasi muda yang masih suci jiwa dan pemikirannya.
Jalur Gemilang melambangkan keagungan dan kedaulatan.
Buku melambangkan pendidik yang penuh berilmu dan buku sendiri sebagai sumber ilmu bergabung untuk membangunkan insan (murid) yang kamil.
Reka bentuk lencana ini dihiasi oleh tiga pancaran simbol iaitu buku, pemisahan rona warna putih dan biru serta lingkaran bujur sireh melambangkan keagungan negara yang berdaulat dan merdeka.
Tahun | Pengetua |
---|---|
1981–1984 | Drs. Mohd Hanapiah b. Sudin |
1985–1986 | En. Phua Ser Chew (Memangku) |
1986–1991 | Tuan Hj. Senan b. Hj. Wahid |
1991–1992 | En. A. Ratnam |
1992–1995 | Tuan Hj. Wan Mohd Kasim b. Wan Abu Bakar |
1995–1999 | En. Ibrahim b. Hj. Hamid |
1999–2004 | Pn. Ong Guan Siew |
2004 | Pn. Phoon Pooi Lan (Memangku) |
2004–2007 | En. Chan Beng Tuan |
2007–2012 | En. Gan Peng Kheang |
2012-2016 | Pn. Sumarni bt. Junin |
2017 | En. Mohd Aminudin B Abu Bakar |
2018---2021 | En. Mohd Yusof B Ibrahim |
2021 | Pn. Mas Ayu Binti Dahalan |
Tahun | Yang Dipertua PIBG |
---|---|
1982–1983 | En. Hoong Siew Cheong |
1984–1988 | Pn. Jannie Chew Kar Sin |
1988–1992 | Pn. Helen Chua Hung Jua |
1992–1994 | En. Mok Kam Seng |
1994–1996 | Pn. Leong Poh Geok |
1996–2003 | Dato' Ho See Sin |
2003–2004 | Pn. Tan Lin Sing |
2004–2006 | En. Christie R. Daniels |
2006–2011 | En. Chang Kim Loong AMN |
2011–2012 | Dr. Tiew Chew Ming |
2012–2013 | En. Chang Kim Loong AMN |
2013–2014 | En. Philip Phang Kin Ming |
2014— | En. Chang Kim Loong AMN |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.