Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell
Remove ads

Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell (English: Maxwell School) ialah sekolah menengah semua lelaki, terletak di utara Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada tahun 1916,[1] sekolah itu dipercayai sekolah tertua di utara Kuala Lumpur serta salah satu sekolah tertua di Kuala Lumpur dan Malaysia. Kedua-dua pelajar dan alumni semasa dikenali sebagai Maxwellian. Majlis seratus tahun, meraikan ulang tahun ke-100 sekolah itu sejak penubuhannya, telah diadakan pada 30 September 2017.[2]

Fakta Segera Maxwell School SMK Maxwell, Alamat ...
Remove ads
Remove ads

Kampus

Sekolah ini kekal di tapak asalnya. Ia pada asalnya terdiri daripada dua blok, blok utama masa kini dan blok gimnasium, yang kini merupakan bilik mesyuarat. Reka bentuk dan ciri-ciri dua blok adalah tipikal struktur zaman penjajah dan mempunyai beberapa persamaan dengan stesen kereta api dan bangunan Sultan Abdul Samad, yang kedua-duanya mempunyai seni bina Moorish. Sekolah itu kemudiannya diperluaskan kepada blok pembinaan batu pepejal dengan bukaan melengkung di sepanjang koridor. Terdapat beranda di kedua-dua belah setiap tingkat blok utama, siling tinggi dan tangga yang luas. Bentuk 'H' bagi blok utama adalah ciri khas setempat. Sekolah ini telah berkembang, dan kini sekolah itu mempunyai dua blok utama tambahan. Yang pertama terletak di belakang blok asal 1917, menempatkan kebanyakan bilik darjah dan makmal, dan menara 6 tingkat baharu yang menempatkan kebanyakan bilik darjah Tingkatan Enam dan perpustakaan sekolah.

Remove ads

Sejarah

Maxwell School telah ditubuhkan pada tahun 1916, dan dinamakan sempena sebuah jalan untuk menghormati Sir William George Maxwell. Ia membuka pintu kepada 110 pelajar dan lima tenaga pengajar pada 1 Jun 1922. Semasa zaman sebelum perang, ia berfungsi sebagai sekolah pengumpan (sekolah rendah) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution). Menjelang 1933, sekolah itu ditutup kepada orang ramai kerana kemelesetan, tetapi dibuka sebagai sekolah swasta dari 1934 hingga 1938. Ia kemudiannya diberikan kepada Sekolah Perdagangan (Trade School) untuk kegunaan mereka.

Semasa Pendudukan Jepun, ia digunakan sebagai kem untuk Kempeitai Jepun. Selepas perang, sekolah itu digunakan sebagai asrama oleh Maktab Teknik yang baru ditubuhkan sehingga 1953, apabila, pada bulan September, sekolah itu dibuka semula sebagai sekolah menengah moden pertama Malaya. Hari ini, Maxwell School masih ditempatkan di bangunan yang sama dan kekal sebagai sekolah menengah sejak itu.

Remove ads

Latar belakang seni bina bangunan sekolah

Maxwell School merupakan diantara sekolah yang terawal dibina di Kuala Lumpur dan juga diantara sekolah yang mempunyai reka bentuk banggunan yang unik dan menarik. Pada awalnya, Maxwell School hanya mempunyai banggunan dua tingkat biasa yang selepas itu diubahsuai kepada bangunan konkrit dengan mengunakan batu-bata merah yang unik dengan koridor dan tingkap berkubah-kubah yang pada masa itu amat lazim dibina sebagai suatu ciri unik sekolah Inggeris. Tanggam-tanggam kayu yang masih kukuh juga dapat dilihat pada bahagian bumbung dan siling. Terdapat Veranda yang lebar dan luas pada kedua-dua sisi banggunan utama Blok A yang bersiling tinggi dan mempunyai tangga besar dan lebar yang juga bercirikan gaya Moorish yang menempatkan Dewan Utama dan Blok B yang penempatkan Bilik Gerakan dan Dewan Kuliah 7 Dekad sekarang,

Warna asal merah batu-bata pada bahagian luar dinding banggunan telah lama menjadi ikon unik bagi sekolah yang telahpun mencapai usia lebih setengah abad ini. Maxwell School merupakan di antara sejumlah sekolah Inggeris yang tidak pernah berpindah daripada kedudukan asalnya. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun membina beberapa buah banggunan moden seperti kebanyakan sekolah moden sekarang, reka bentuk huruf "H" yang dapat dilihat dari pandangan udara tetap menjadi mercu tanda kebanggaan sekolah dan juga akan menjadi suatu ciri menarik bagi bandaraya Kuala Lumpur dan sekaligus mengekalkan kemegahan nama Maxwell School untuk bangsa dan negara.

Thumb
Maxwell School, 1954
Thumb
Maxwell School, 1984
Thumb
Maxwell School, 2013
Thumb
Bangunan Utama, Maxwell School
Thumb
Gerbang berkubah-kubah Maxwell School
Thumb
Kaki lima yang luas dan bersiling tinggi, Maxwell School
Thumb
Tangga gaya Gothic pada banggunan utama, Maxwell School
Thumb
Bahagian Tangga Maxwell School yang bercirikan Gaya Moorish
Thumb
Clarestory, Maxwell School
Thumb
Dewan Kuliah 7 Dekad, Maxwell School

Pentadbiran

Pengetua Terdahulu

Maklumat lanjut Nama Pengetua, Mula Berkhidmat ...

Pengetua Berbangsa Eropah

Maklumat lanjut Nama Pengetua, Mula Berkhidmat ...
Thumb
Sir Donald Priestly, Pengetua tahun 1950-an, Maxwell School
Thumb
Tenaga Pengajar, 1954, Maxwell School
Remove ads

Prasarana sekolah

Dengan berpandukan misi dan visi sekolah, iaitu untuk menjadi sebuah sekolah cemerlang menjelang tahun 2011, Maxwell School telah berjaya menyediakan pelbagai-bagai jenis fasiliti bagi kegunaan dan kemudahan Warga Maxwell. Fasiliti seperti bilik darjah yang selesa dan lengkap dengan peralatan yang dapat membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran telah disempurnakan. Sebagai sebuah sekolah lama dan elit, Maxwell School tidak terlepas daripada menerima anjakan paradigma daripada dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) masa kini. Kemudahan seperti makmal komputer, WiFi dan pusat akses telah menjadi nadi utama perkembagan pendidikan berasaskan ICT dalam kalangan pelajar mahupun kakitangan dan warga pendidik sekolah.

Pusat Sumber Maxwellian yang telah lama diwujudkan ini juga telah menjadi suatu fasiliti penting lagi bermanfaat bagi membantu Maxwellian dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Dengan berbekalkan beribu-ribu naskah buku rujukan, set ensiklopedia, buku fiksyen dan bukan fiksyen telah menjadikan perpustakaan ini pusat berkumpulnya Warga Maxwell bagi berkongsi pendapat dan menimba ilmu baru. Dengan hasil kutipan dana yang diperoleh daripada Jogathon Maxwellian, pihak sekolah telahpun menyediakan kemudahan seperti mesin air minuman secara percuma di seluruh kawasan sekolah dan juga menaiktaraf peralatan sekolah yang telah rosak.

Surau pelajar yang luas serta selesa juga telah dibina dengan hasil dana sumbangan daripada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP). Dengan adanya Guru Cemerlang bidang kauseling di institusi ini, bilik bimbingan dan kaunselling telah mejadi sebuah hub bagi pelajar untuk, bukan sahaja berkongsi dan menyelesaikan masalah berkaitan akademik mahupun peribadi, tetapi telah menjadi pusat pembekal informasi dalam pelbagai-bagai bidang dari akademik, kokurikum serta sukan. Maxwell School juga dilengkapi dengan kemudahan seperti Kamar Selesa bagi pelajar lelaki dan perempuan, kedai buku, Koperasi sekolah, Cafeteria pelajar yang luas, Gymnasium yang lengkap dengan peralatan bersenam, Bilik Moral, Bilik Seni, Bilik Pengurusan Diri, Dewan Terbuka 1 Maxwell, Dewan Kuliah 7 Dekad, Bilik Sukan, Bilik Pengawas, dan Kompleks Sukan yang lengkap dan luas.

Remove ads

Lagu sekolah

Lagu sekolah yang pertama berjudul, Disco Ut Serviam, yang dikarang pada tahun 1954 oleh Puan A.V. Priestly, isteri kepada pengetua masa itu Sir Donald Priestly. Lagu ini dinyanyikan bermula dari tahun 1954 hingga 1981.

Service, not wealth or fame,
From this our schools’ high aim,
May we ne’er swerve,
New boy and senior,
Prefect and monitor,
Eyes on the future, for learning we serve,
And when in after years, we test in large spheres,
Hand, brain and nerve,
And fierce machinery,
Commerce and industry,
Science or policy,
In all, we serve,
So all our whole life through,
The law which here we knew,
We shall preserve,
Heedless of selfish gain,
May we with strength maintain,
This, as our life’s refrain,
Learning, we serve.

Pada pertengahan tahun 1980an yang pada masa itu Tuan Victor Wong sebagai pengetua, Sir Leonard Wong diminta untuk mengarang lagu sekolah baru. Lirik untuk lagu baru telah ditulis oleh Puan Soriah Abdullah dan Puan G.Balakrishnan, musik digubah oleh Tuan Leonard Wong sendiri.

Mara serentak, tuju kemasyhuran,
Cabari dunia, capai kejayaan,
Sumbangan bakti, mengharumkan Maxwell,
Megah dan agung nama Maxwell.

Tetap cekal, tempuhi rintangan,
Buru cita penuh jiwa raga,
Kegigihan satu amalan,
Ikrar kita demi tujuan mulia.

Mara serentak, tuju kemasyhuran,
Cabari dunia, capai kejayaan,
Sumbangan bakti, mengharumkan Maxwell,
Megah dan agung nama Maxwell.

Remove ads

Moto sekolah

Moto sekolah ialah;

  • Disco Ut Serviam – Latin
  • I Learn That I May Serve – English
  • Berilmu, Beramal – Malay

Jata sekolah

Thumb
Jata sekolah, Maxwell School

Lencana sekolah yang pertama kali digunakan untuk melambangkan sebuah institusi yang berprestij ini telah direka oleh pengetua Maxwell School yang ke-9, iaitu Sir Donald Priestly pada awal tahun 1954. Lencana yang baru direka ini pada awalnya hanya mengandungi satu warna sahaja, iaitu warna hijau zamrud. Warna ini sering kali digunakan oleh pertubuhan Missionary untuk menunjukkan semangat keagamaan dan perpaduan di kalangan pelajar. Selepas era peperangan, jata rasmi Maxwell School telah diwarnai dengan pelbagai warna baharu bagi memperlihatkan semangat perpaduan dan keazaman dalam kalangan pelajar berbilang bangsa. Lencana yang baru dinaiktaraf ini mengandungi 4 warna baharu yang membawa 4 maksud yang tersendiri iaitu;

Maklumat lanjut Warna, Maksud ...

Di mana lagi lencana mengandungi item yang membawa maksud tersendiri iaitu;

Maklumat lanjut Item, Maksud ...
Remove ads

Kehidupan sebagai Maxwellian

Maxwell School terletak di Jalan Tun Ismail (dahulu Maxwell Road) sebuah sekolah menengah untuk pelajar lelaki dalam lingkungan umur 13 - 19 dan hanya menerima pelajar perempuan pada pra-universiti (tingkatan enam/STPM) sahaja. Maxwell School juga terkenal dengan pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga sukan bagi peringkat sekolah menengah. Sejak dahulu lagi, Maxwell School terkenal dengan kelas pra-universitinya (tingkatan enam) dan juga merupakan di antara sekolah yang terbaik pencapaiannya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Apa yang menjadikan Maxwell School sebagai sebuah institusi pendidikan elit yang unik telah menjadi suatu kebanggaan. Maxwellian memperoleh pengalaman dan ilmu bukan sahaja dalam bilik darjah. Maxwellian menggelar diri mereka sebangai pelajar yang bersasiah tinggi di dalam mahupun luar sekolah .Antara peraturan yang tidak dilisankan ialah seperti, setiap pelajar baru (freshman) mesti menganggotai sekurang-kuarangnya satu Badan Beruniform, Sukan dan Kelab/Persatuan. Maxwell School mempunyai pelbagai jenis Badan Beruniform, Sukan dan Kelab yang memenuhi setiap citarasa Maxwellian.

Thumb
Darjah Keenam (Sekolah Rendah), 1926, Maxwell School
Thumb
Maxwellian bersama Perry O' Brien, 1957

Semangat persaingan dan persahabatan Maxwellian

Seperti sekolah bersejarah yang lain, Maxwell School mempunyai semangat persaingan dan persahabatan yang adil. SMK St John merupakan pesaing dan sahabat tradisi sekolah ini. Semangat persaingan dan persahabatan ini jelas ditonjolkan ketika pelajar Maxwell School mengunjungi sekolah SMK St John untuk perlawanan persahabatan atau sebaliknya. Sekolah Tinggi Setapak, SMK La Salle dan SMK Methodist Sentul juga pesaing dan sahabat tradisi Maxwell School bermula pertengahan tahun 1950an.

Thumb
Pengakap Muda ke-16, 1957, Maxwell School
Remove ads

Tradisi Maxwellian

Ianya telah menjadi suatu norma untuk sebuah sekolah yang bersejarah seperti Maxwell School untuk mempunyai tradisi yang tersendiri. Kebayankkan tradisi ini masih lagi selamat dari perubahan masa. Pada masa semua tradisi-tradisi ini lenyap pada kebanyakkan sekolah kolonial lain, Maxwell School masih lagi memelihara beberapa tradisi yang masih dianggap relevan. Tradisi pertama merupakan penyerahan lencana Ketua Pelajar (Head Boy) kepada ketua pelajar yang baru pada setiap tahun.

Kesemua uniform pengawas sekolah mesti dijahit sendiri oleh tukang jahit sekolah dan tidak boleh dibeli terus dari kedai baju. Maxwell School Old Boys' Association mesti menjemput Ketua Pelajar menghadiri jamuan makan malam untuk persatuan itu. Pada hari rabu pula, pelajar Maxwell harus berpakaian unit beruniform lengkap. Lencana Rumah Sukan, Persatuan serta Lembaga Tertinggi pin juga perlu dipakai setiap hari bersama-sama lencana dan tanda nama sekolah.

Pelajar perempuan yang tidak bertudung digalakkan mengikat rambut mereka dengan riben putih atau hitam (pengawas). Baju Melayu dan Baju Kurung dipakai bersama samping/kain batik sekolah perlu dipakai oleh semua murid Islam sebagai uniform untuk Persatuan Pelajar islam pada hari Jumaat.

Remove ads

Kokurikulum

Sukan

Majlis Sukan Maxwell berada dibawah kelolaan zon Sentul pada peringkat daerah dan bernaung di bawah Majlis Sukan Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) pada peringkat negeri. Semangat kesukanan dalam kalangan Maxwellian dapat dilihat dengan jelas. Maxwell School sejak awal penubuhannya telah memenangi pelbagai trofi serta medal dalam pelbagai acara sukan, menempa nama dalam sukan bola sepak, hoki, sukan atlet, kriket, sepak takraw, ping pong dan juga badminton serta tenis.

Sekolah yang bersejarah ini telah melahirkan ahli sukan kebanggaan Malaysia seperti Zainal Abidin Hassan, E.C.Dutton (penjaga gol kebangsaan), S.A Azman (pemain tenis kebangsaan) dan beberapa ahli kriket Malaysia. Dalam proses pemodenan sukan Malaysia, acara-acara sukan baharu seperti, futsal, sukan bermotor, paintball dan bowling juga telah diperkenalkan

Thumb
S.A. Azman, Pemain Tenis Kebangsaan, 1954, Maxwell School
Thumb
Kelab Badminton, 1954, Maxwell School

Rumah Sukan

Setiap pelajar mempunyai Rumah Sukan masing-masing dan persaingan di antara rumah sukan ini semakin ketara apabila Hari Sukan Sekolah tiba setiap tahun dan ianya bermula sejak tahun 1955. Terdapat 4 buah rumah sukan di institusi ini;

Maklumat lanjut Rumah Sukan, Nama ...
Thumb
Olahragawan, 1954, Maxwell School

Lembaga dan Majlis Tertinggi Sekolah

Lembaga Pengawas

Sekolah Maxwell mempunyai salah satu lembaga pengawas tertua di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia diasaskan pada 1929. Selepas perang, Lembaga Pengawas telah dimulakan semula dan Kapten Sekolah (Head Boy) pertama ialah S. A. Azman pada tahun 1954. Beliau kemudiannya menjadi salah seorang pemain tenis kebangsaan pertama

Pemilihan pengawas dijalankan secara telus melalui sistem undian yang dilakukan oleh para guru dan pelajar Senior. Selepas mejadi "Pengawas Percubaan" untuk beberapa bulan, Majlis Perlantikan dan Penyerahan Watikah akan diadakan sebagai tanda pengiktirafan kepada pengawas baru yang layak. Moto untuk Lembaga Pengawas Sekolah Maxwell ialah "Pengawas Berdedikasi Ke Arah Disiplin". Selepas menerima pelajar perempuan pada lewat tahun 1960-an, jawatan seperti Head Girl telah diwujukan bagi mengetuai pengawas dan pelajar perempuan.

Thumb
Lencana Ketua Pelajar, Maxwell School
Thumb
Lembaga Pengawas di Victoria Institution pada Hari Sosial, 1957, Maxwell School
Thumb
Lembaga Pengawas, 1958, Maxwell School
Thumb
Lembaga Pengawas, Maxwell School

Lembaga Perpustakawan

Selain pengawas, Perpustakawan juga memainkan peranan penting bagi melicin lagi pentadbiran sekolah. Pada awalnya, Lembaga Perpustakawan mula wujud sebagai sebuah persatuan kecil yang memberi khidmat bakti kepada perpustakaan sekolah. Bermula pada tahun 80-an persatuan kecil ini telah berkembang dari segi bilangan pelajar serta keaktifanya dan situasi ini menyebabkan pihak sekolah telah manaik taraf status persatuan ini kepada sebuah Lembaga. iaitu Lembaga Perpustakawan Maxwell. Sistem pemilihan Persputakawan baru tiada bezanya dengan Pengawas, Perpustakawan Pelatih akan diberi tempoh beberapa bulan untuk mmpelajari ilmu keperpustakawanan dan cara menjaga perpustakaan. Pelatih yang layak akan diberi Watikah Perlantikan dan bagi pelajar yang memenuhi kriteria keperpustakawanan yang tinggi, mereka akan dilantik untuk menjadi Pengerusi Tertinggi Lembaga ini.

Majlis Pra-Universiti

-dalam pembinaan-

Unit Bimbingan Dan Kaunselling

-dalam pembinaan-

Lembaga Koperasi

-dalam pembinaan-

Alumni

Persatuan alumni sekolah itu ialah Maxwell School Old Boys' Association (OBA). Ia ditubuhkan pada 1956, dinyahdaftarkan pada 1983 dan didaftarkan semula pada 13 Februari 1999. OBA mempunyai surat berita yang dikenali sebagai Berita O'Max, yang dikeluarkan setiap suku tahun.

Alumni terkenal termasuk:

  • Zainal Abidin Hassan, bekas pemain bola sepak negara
  • Selvadurai Mahalingam, memenangi kejohanan Hoki Padang Universiti Punjab selepas 27 tahun untuk Kolej Perubatan King Edward.
  • Yaacob Latiff, Datuk Bandar kedua Kuala Lumpur

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads