Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China (PR).

Fakta Segera Kementerian Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan ...
Pendidikan di Malaysia
Thumb
Kementerian Pendidikan Malaysia
Menteri PendidikanFadhlina Sidek
Peruntukan kewangan (2006?)
Belanjawan keseluruhanRM32 bilion (ASD10 bilion)1
Perincian umum
Bahasa utamaMelayu, Inggeris, Mandarin, Tamil
Jenis seliaanKebangsaan
Ditubuhkan1956
Kadar celik huruf (2009)
Jumlah95% (semua usia 15 tahun ke atas)
Lelaki95% jumlah, 98% 15-24 tahun
Wanita95% jumlah, 98% 15-24 tahun
Kemasukan pelajar
Jumlah5,407,865 dengan 405,716 guru (nisbah 13:1), termasuk 163,746 prasekolah
Pendidikan rendah2,899,228 (kadar tekal sampai darjah terakhir sekolah rendah, Darjah 6 adalah 99%)
Pendidikan menengah2,344,891 (66% pelajar lelaki & 72% pelajar wanita meningkat ke Tingkatan 1 dari Darjah 6)
1"Budget 2010", mstar
Tutup

Sistem Pendidikan di Malaysia

Ciri-ciri

Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat:

Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains dan Matematik.

Pendidikan Prasekolah

Thumb
Tadika di Johor.

Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

Pendidikan Rendah

Thumb
Sekolah rendah di Melaka.

Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.

Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik dan sains merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Namun, bermula tahun 2021, UPSR telah dimasuhkan sepenuhnya. Susulan pemansuhan itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperkasa secara menyeluruh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pentaksiran akan dilaksanakan untuk murid sekolah rendah khususnya tahun enam dan pihak KPM akan memperkasakan PBS dan PBD secara menyeluruh mulai 2021. Selari pemansuhan UPSR, kerajaan juga membatalkan penilaian Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) Maka, penilaian bagi murid berkeperluan khas ini akan dilaksanakan di peringkat sekolah mengikut PBD.

Kemasukan lepasan tahun enam ke tingkatan satu bermula tahun 2022 akan dibuat berdasarkan peperiksaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Pendidikan Menengah

Thumb
Sekolah menengah di Sarawak.

Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Berdasarkan pencapaian PT3, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.

Bermula tahun 2021, Menteri Pendidikan telah mengumumkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bermula tahun tersebut dibatalkan, namun konsep penilaian masih dikekalkan dalam Sistem Pentaksiran Kebangsaan dan kaedah pentaksiran murid boleh juga dilaksanakan. Jadi, pentaksiran murid adalah berdasarkan tiga komponen utama iaitu PBD, Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kemasukan ke sekolah khusus atau asrama ke tingkatan empat bermula pada tahun 2022 akan dibuat berdasarkan PKSK.

Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General Certificate of Education (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (General Certificate of Secondary School / Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O' British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan.

Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik tempatan bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas. Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan Pengakap."

Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975.

Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris.

Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.

UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut.

Pendidikan prauniversiti

Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6 matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa.

Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti).

Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.

Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.

Pengajian tinggi

Lihat juga: senarai universiti di Malaysia.
Thumb
Universiti di Selangor.

Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti awam tempatan. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang perubatan adalah terhad dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajar-pelajar yang mendapat semua A dalam STPM. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan.

Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed pada ketika itu. Kini, KPT telah bergabung bersama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membentuk Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian diketuai oleh Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid.

Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara".

Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia.

Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia.

Selain itu, terdapat juga Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah sarjana muda perguruan dan politeknik yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar[1]

Jenis sekolah rendah dan menengah

Sekolah Kebangsaan

Thumb
Sekolah menengah kebangsaan di Melaka.

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

Sekolah Kluster

Satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Sekolah Jenis Kebangsaan

Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.

Sekolah Wawasan

Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.[2]

Sekolah Agama Islam

Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia dengan menduduku peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),dan kebanyakan pelajar ini melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.

Sekolah Mubaligh

Terdapat juga beberapa Sekolah Kebangsaan Methodist, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sekolah Kebangsaan La Salle, Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Sekolah Kebangsaan Convent, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent dan banyak lagi sekolah mubaligh Kristian.[3]

Sekolah Bestari

Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.

Sekolah Teknik dan Vokasional

Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Ujian awam kebangsaan

Terdapat lima ujian awam kebangsaan:

Mata Pelajaran Sekolah

Sekolah Rendah

  1. Tahun 1-6

Semasa tahun ini, pelajar-pelajar dari tahun 1 hingga tahun 3 tidak akan menduduki peperiksaan besar seperti mana yang diduduki oleh pelajar tahun 4 hingga tahun 6 dan ke atas.

Subjek Teras:

Subjek Bukan Teras:
  • Pendidkan Islam/Pendidikan Moral
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Sejarah
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Sekolah Menengah (Peringkat Menengah Rendah)

  1. Tingkatan 1, 2 dan 3 (PT3)

Ketiga-tiga tingkatan ini telah pun memasuki era Pentaksiran Tingkatan 3 yang dimana menentukan aliran kelas mana yang akan anda duduki semasa tingkatan 4 dan 5.

Teras
Elektif
  • Pendidikan Moral (hanya pelajar yang bukan beragama Islam sahaja)
  • Pendidikan Seni visual
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Bahasa Cina (华文)
  • Bahasa Tamil (தமிழ் மொழி)

Sekolah Menengah (Peringkat Menengah Atas)

  1. Tingkatan 3 , 4 dan 5 (SPM)

Semasa di menengah atas inilah yang akan menentukan kerjaya apa yang akan anda bekerja dan sekiranya markah anda bagus anda akan melanjutkan pelajaran ke peringkat atasan iaitu berpendidikan Tinggi.

Teras
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Islam (hanya bahagi murid yang berugama Islam sahaja)
  • Sejarah

(Sekiranya ambil aliran Sains anda tidak boleh mengambil mata pelajaran Sains)

    1. Aliran Sains
  • Biologi/Reka Cipta/Kejuruteraan
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
    1. Agama
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Al quran dan As sunnah

Elektif Bahasa

  1. Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas
  • Kesusasteraan Melayu
  • Kesusasteraan Inggeris
  • Kesusasteraan Cina (华文文学)
  • Kesusasteraan Tamil (தமிழ் இலக்கியம்)
  • Prinsip Akaun
  • Ekonomi
  • Perniagaan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Geografi
  • Teater
Bukan Teras
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Carta Keseluruhan Mata pelajaran (Sekolah menengah)

Maklumat lanjut Pecahan, Elektif ...
Pecahan Elektif Kod Mata Pelajaran Nama

Mata pelajaran

Catatan
Subjek Teras 1103 Bahasa Melayu *Wajib Lulus
1119 Bahasa Inggeris
1449 Matematik
1511 Sains *Tidak akan diambil oleh pelajar yang menduduki kelas aliran Sains tulen/ kelas STEM
1249 Sejarah *Wajib Lulus
1223

/

1225

Pendidikan Islam *Hanya diambil oleh pelajar beragama Islam
Pendidikan Moral *Hanya diambil oleh pelajar BUKAN Islam
Subjek Wajib ambil Pendidikan Jasmani dan Kesihatan *Tiada Penilaian SPM
Mata Pelajaran Elektif
Kelas Aliran STEM

(Subjek STEM)

Elektif Sains Tulen 4551 Biologi
4541 Kimia
4531 Fizik
3472 Matematik Tambahan
Elektif Sains Gunaan dan Teknologi 4561 Sains Tambahan
4572 Sains Sukan
3769 Sains Rumah Tangga
3770 Sains Komputer
3729 Pertanian
3771 Grafik Komunikasi Teknikal
3763 Reka Cipta
3768 Asas Kelestarian
3761 Pengajian Kejuruteraan Awam
3760 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
3762 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
3759 Lukisan Kejuruteraan
Mata Pelajaran Vokasional 7101 Pembinaan Domestik
7110 Pembuatan Perabot
7405 Produksi Reka Tanda
7109 Menservis Peralatan Elektrik Domestik
7201 Rekaan dan Jahitan Pakaian
7202 Katering dan Penyajian
7301 Landskap dan Nurseri
7303 Tanaman Makanan
7407 Reka Bentuk Grafik Digital
7403 Produksi Multimedia
7203 Pemprosesan Pemakanan
7302 Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
7104 Pendawaian Domestik
7106 Menservis Automobil
7208 Gerontologi Asas dan Geriatrik
7207 Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut
7205 Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
7406 Hiasan Dalaman
7103 Kerja Paip Domestik
7105 Kimpalan Arka dan Gas
7107 Menservis Motosikal
7108 Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
Kelas Aliran Kemanusiaan dan Sastera iktisas

(Subjek Bukan Stem)

Elektif Ekonomi dan Sastera 3766 Perniagaan
3767 Ekonomi
3756 Prinsip Perakaunan
3754 Pengajian Keushawanan
2611 Pendidikan Seni Visual
2621 Pendidikan Muzik
2280 Geografi
2216 Kesusasteraan Melayu Komunikatif
2206 Kesusasteraan Inggeris
9216 Kesusasteraan Cina (华文文学)
9217 Kesusasteraan Tamil (தமிழ் இலக்கியம்)
Elektif

Bahasa

6351 Bahasa Cina (华文) Calon dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) wajib mengambil subjek
6354 Bahasa Tamil (தமிழ்மொழி)
2361 Bahasa Arab (اللغة العربية)
6356 Bahasa Iban (jaku Iban)
6357 Bahasa Kadazandusun (Boros Momogun)
6358 Bahasa Semai (Engrok Semai)
9378 Bahasa Punjabi (ਪੰਜਾਬੀ)
6401 Bahasa Jepun (日本語)
6405 Bahasa Jerman (Deutsch)
6406 Bahasa Korea (한국어)
6407 Bahasa Cina Komunikasi (交际华语) Hanya ditawarkan kepada pelajar bukan cina atau pelajar bukan lepasan SJKC
Elektif Pengajian Islam 5227 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
5528 Pendidian Syariah Islamiah
5226 Tasawwur Islam
5401 Usul Al-Din
5402 Al-Syariah
5403 Al-Lughah Al-Arab Al-Mu'asirah
5405 Al-Adab wa Al-Balaghah
5404 Manahij Al-Ulum Al-Islamiah
5301 Hifz Al-Quran
5302 Maharat Al-Quran
5304 Turath Dirasat Al-Islamiah
5305 Turath Bahasa Arab
5303 Turath Al-Quran wa Al-Sannah
Elektif Kristian 9221 Bible Knowledge
Sekolah Seni 2622 Muzik
2613 Seni Halus
2641 Teater
2631 Tari
2612 Komunikasi Visual
2614 Reka Bentuk
Tutup

Mata Pelajaran Sekolah Agama

Sekolah Agama di Malaysia diuruskan oleh Kerajaan Negeri masing-masing kecuali Wilayah Persekutuan yang diuruskan oleh Kementerian Wilayah dan Luar Bandar. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Menengah, pelajar boleh menduduki Ujian Khas Kemasukan Sekolah Agama, Ujian Pencapaian Kelas KAFA (UPKK) dan Peperiksaan Khas Sekolah Khusus (PKSK) . Jika anda menuntut pelajaran di kawasan Wilayah Persekutuan seperti (Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan) atau negeri Selangor anda boleh melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama dengan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA bagi Wilayah Persekutuan. Bagi negeri Selangor ia dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Agama), Ujian Pencapaian Kelas KAFA (UPKK) dan Peperiksaan Khas Sekolah Khusus (PKSK).

SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR (SAKJ)

Sekolah ini diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Silibus di sekolah ini digubal oleh mufti negeri Johor.Berikut senarai mata pelajaran yang wajib diambil:

1) Darjah 1 hingga darjah 2

  • Tauhid
  • Akhlak
  • Ibadat
  • Jawi
  • Al quraan
  • Sirah
  • Arab

2) Darjah 3

  • Tauhid
  • Akhlak
  • Ibadat
  • Jawi
  • Al quraan
  • Sirah
  • Arab
  • Tajwid

3) Darjah 4

  • Tauhid
  • Alquraan
  • Akhlak
  • Ibadat
  • Tafsir Alquraan
  • Sirah
  • Arab
  • Tajwid

4) Darjah 5 dan 6 (Darjah 5 akan menduduki UPKK)(Darjah 6 akan menduduki SDEA)

  • Tauhid
  • Alquraan
  • Akhlak
  • Ibadat
  • Tafsir Alquraan
  • Sirah
  • Arab
  • Tajwid
  • Munakahat (Ibadat 2)
  • Muamalat (Ibadat 2)
  • Jinayat (Ibadat 2)

5) Darjah Khas

Darjah Khas merupakan satu satunya darjah yang hanya terdapat di Johor. Kelulusan Darjah Khas diperlukan untuk memasuki JMF (Angkatan Tentera Setia Johor) dan menjadi Ustaz atau Ustazah di SAKJ di sekitar Johor.

  • Tauhid
  • Alquraan
  • Akhlak
  • Ibadat
  • Tafsir Alquraan
  • Sirah
  • Arab
  • Tajwid
  • Munakahat
  • Muamalat
  • Jinayat
  • Hadis
  • Faraid

Sekolah Rendah Agama Integrasi (Selangor)

Berikut merupakan sistem pendidkan Sekolah Agama di negeri Selangor Darul Ehsan yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS).

1)Tahun 1 hingga Tahun 2 Kedua tahun ini tidak menduduki peperiksaan besar.

  • Tauhid
  • Akhlak
  • Feqah
  • Hafazan
  • Jawi
  • Arab
  • Sirah
  • Tajwid


2)Tahun 3 hingga Tahun 5(UPKK) Ketika tahun ini pembelajaran akan menjadi lebih sukar.

  • Tauhid
  • Feqah
  • Akhlak
  • Tajwid
  • Hafazan
  • jawi
  • Arab
  • Sirah


3)Tahun 4 hingga 6(PSRA) PSRA bermaksud Peperiksaan Sekolah Rendah Agama

  • Tauhid
  • Akhlak
  • Jawi
  • Hafazan
  • Sirah
  • Arab
  • Tajwid
  • Feqah

Lihat juga

Rujukan

Pautan Luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.