From Wikipedia, the free encyclopedia
Rusa Père David (Elaphurus davidianus), juga dikenali sebagai milu (Bahasa Cina: 麋鹿; pinyin: mílù) ialah spesies rusa berasal dari kawasan lembah sungai China. Rusa ini lazimnya memakan rumput dan tumbuhan akuatik. Ini merupakan satu-satunya spesies hidup dalam genus Elaphurus. Beberapa orang pakar pula mencadangkan agar Elaphurus diturunkan menjadi subgenus Cervus.[2] Berdasarkan perbandingan genetik, rusa Père David adalah terkait rapat dengan rusa Eld.[3][4]
Rusa Père David Julat zaman: Pliosen Lewat hingga Holosen | |
---|---|
Rusa di Taman Rusa Woburn, Bedfordshire, England | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Keluarga: | Cervidae |
Subkeluarga: | Cervinae |
Genus: | Elaphurus H. Milne-Edwards, 1872 |
Spesies: | E. davidianus |
Nama binomial | |
Elaphurus davidianus A. Milne-Edwards, 1866 | |
Rusa Père David | |||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Cina | 麋鹿 | ||||||||||||||||||||||
Maksud harfiah | "rusa-mí" | ||||||||||||||||||||||
|
Rusa Père David telah diburu sehingga hampir pupus di negara asalnya di China pada akhir abad ke-19, tetapi sejumlah daripadanya telah dibawa ke zoo di Perancis dan Jerman, dan berjaya dibiakkan dalam kurungan. Pada awal abad ke-20, bangsawan dan ahli politik British Herbrand Russell, Duke Bedford ke-11, memperoleh beberapa ekor rusa Père David dari Zoo Berlin dan membina kawanan besar di ladangnya di biara Woburn. Pada 1980-an, cicitnya, Robin Russell, Duke Bedford ke-14, menderma beberapa dozen rusa kepada kerajaan China untuk memperkenalkan semula spesies itu ke alam liar. Sehingga 2020, populasi liar di China dianggarkan 2825 individu, dengan 7380 lagi di pelbagai rizab alam semula jadi China.[5] Semua rusa Père David yang masih hidup hari ini berasal dari kumpulan asal Herbrand Russell.
Rusa Père David adalah endemik (hanya wujud) di wilayah China. Menurut rekod fosil, spesies ini mula-mula muncul semasa zaman Pleistosen, apabila ia boleh ditemui di seluruh Manchuria.[6] Demografi ini berubah semasa tempoh Holosen; pada masa ini, spesies ini hanya boleh ditemui di tanah paya dan tanah lembap di selatan China. Disebabkan pemburuan dan penebusgunaan tanah, populasi rusa Père David menjadi lebih kecil. Menjelang 1939, spesies liar terakhir ditembak dan dibunuh.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.