From Wikipedia, the free encyclopedia
Ronald Koeman (Sebutan Belanda: [ˈroːnɑlt ˈkumɑn] ( listen); lahir 21 Mac 1963) merupakan pengurus dan bekas pemain bola sepak profesional Belanda yang kini mengendalikan pasukan kebangsaan Belanda. Dia merupakan adik kepada bekas jurulatih Feyenoord, Erwin Koeman dan anak kepada bekas pemain bola sepak Belanda, Martin Koeman. Koeman boleh beraksi di posisi pertahanan dan posisi tengah.[2] Koeman dikenali dengan hantaran jarak jauhnya, serta ketepatan percubaan terutamanya semasa sepakan percuma. Dia merupakan pemain pertahanan dengan jaringan terbanyak dalam sejarah bola sepak;[3] dia juga merupakan pengambil sepakan penalti yang tepat.[4]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Ronald Koeman | ||
Tarikh lahir | [1] | 21 Mac 1963||
Tempat lahir | Zaandam, Belanda | ||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 in)[1] | ||
Posisi permainan |
Pertahanan Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Belanda (pengurus) | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1980–1983 | Groningen | 90 | (1000) |
1983–1986 | Ajax | 94 | (1000) |
1986–1989 | PSV | 98 | (1000) |
1989–1995 | Barcelona | 192 | (1000) |
1995–1997 | Feyenoord | 61 | (1000) |
Jumlah | 535 | (5000) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1982–1994 | Belanda | 78 | (14) |
Pasukan diurus | |||
1997–1998 | Belanda (pembantu) | ||
1998–2000 | Barcelona (pembantu) | ||
2000–2001 | Vitesse | ||
2001–2005 | Ajax | ||
2005–2006 | Benfica | ||
2006–2007 | PSV Eindhoven | ||
2007–2008 | Valencia | ||
2009 | AZ | ||
2011–2014 | Feyenoord | ||
2014–2016 | Southampton | ||
2016–2017 | Everton | ||
2018–2020 | Belanda | ||
2020–2021 | Barcelona | ||
2023– | Belanda | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Di peringkat antarabangsa, Koeman merupakan salah seorang bintang pasukan kebangsaan Belanda, bersama-sama Marco van Basten, Ruud Gullit, Frank Rijkaard dan Dennis Bergkamp. Dia memenangi Euro 88 dan bermain ketika Piala Dunia FIFA 1990 dan Piala Dunia FIFA 1994.
Selepas memenangi Piala Eropah bersama PSV pada tahun 1988, Koeman berpindah ke Barcelona dan menjadi sebahagian daripada "pasukan impian" Johan Cruyff, membantu kelab itu memenangi La Liga empat kali berturut-turut di antara tahun 1991 dan 1994. Dia juga memenangi Piala Eropah pada tahun 1992 dimana dia menjaringkan gol kemenangan ke atas Sampdoria.
Pada tahun 1980, Koeman memulakan karier profesionalnya di Groningen. Selepas bermain untuk Ajax, PSV Eindhoven dan Barcelona, dia menamatkan kariernya di Feyenoord. Sepanjang kariernya, dia memenangi dua trofi Piala Eropah, lima Liga Belanda, tiga Piala Belanda, empat Liga Sepanyol, satu Piala Sepanyol dan juha memenangi UEFA Euro 1988 bersama pasukan kebangsaan Belanda.
Selepas memenangi Treble Eropah[lower-alpha 1] bersma PSV pada musim 1987–88, Koeman menyertai FC Barcelona dan menjadi sebahagian daripada "pasukan impian" Johan Cruyff bersama-sama pemain seperti Hristo Stoichkov, Romário, Josep Guardiola dan Michael Laudrup. Dia membantu pasukan itu memenangi La Liga empat kali berturut-turut dari tahun 1991 sehingga 1994. Selepas menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan perucima dalam perlawanan akhir Piala Eropah 1992, dia menjadi pemain pertama untuk menjaringkan gol dalam dua perlawanan akhir pertandingan Eropah yang berbeza secara berturut-turut. Dia menjaringkan gol untuk Barcelona ketika menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala Pemenang Eropah 1991.
Selain bermain di posisi pertahanan tengah, Koeman merupakan pengambil sepakan percuma dan keupayaan bola mati yang berbisa dimana dia banyak menjaringkan gol untuk pasukannya.[5] Salah satu gol terbaiknya dalam La Liga ialah ketika kemenangan 5–0 ke atas Real Madrid dalam pertembungan El Clásico di Camp Nou. Dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma untuk menjadikan kedudukan 2–0.[6]
Nama gelarannya ketika bermain untuk Barcelona adalah Tintin, kerana persamaan fizikalnya dengan watak fiksyen Hergé, dan Floquet de Neu, selepas gorilla albino yang terkenal di Zoo Barcelona.[7] Ronald Koeman sekarang ini masih memegang rekod gol penalti terbanyak disempurnakan berturut-turut dengan 25 gol dalam La Liga.[8]
Koeman menjaringkan 193 gol liga dalam 533 perlawanan (di atas Daniel Passarella, yang menjaringkan 182 gol dalam 556 perlawanan) sepanjang kariernya, lebih banyak daripada mana-mana pemain pertahanan dalam sejarah bola sepak.[3]
Dia mewakili negaranya dalam Piala Dunia FIFA 1990, Piala Dunia FIFA 1994 dan Euro 1992. Dia membuat 78 penampilan untuk Belanda dan menjaringkan 14 gol. Semasa Piala Eropah 1988, selepas perlawanan separuh akhir menentang Jerman di Hamburg, dia, di depan penyokong Jerman, dengan provokatif berpura-pura untuk mengelap bahagian belakangnya dengan baju Olaf Thon, satu tindakan yang Koeman tidak menyesal.[9]
Selepas bersara sebagai pemain ketika bersama Feyenoord, Koeman menjadi ahli staf kejurulatihan Guus Hiddink semasa Piala Dunia FIFA 1998 bersama-sama Johan Neeskens dan Frank Rijkaard. Selepas pertandingan itu, Koeman dilantik sebagai pembantu jurulatih Barcelona. Pada tahun 2000, dia diberi tugas pengurus pertamanya sebagai ketua jurulatih Vitesse dimana dia membawa mereka ke Piala UEFA dengan bajet yang agak terhad.
Koeman kemudiannya dilantik sebagai pengurus Ajax pada tahun 2001. Nasib Ajax mengalami penurunan yang stabil selepas Koeman bermula dengan cemerlang di Amsterdam Arena, memenangi kejuaraan domestik berganda pada musim 2001–02. Walaupun merampas semula gelaran liga pada musim 2003–04, Ajax ketinggalan lapan mata dibelakang seteru PSV dalam Eredivisie. Kemudiannya, mereka tersingkir daripada Piala UEFA selepas kalah Auxerre, 3–2 secara agregat. Koeman kemudiannya meletak jawatan pada 25 Februari 2005.[10]
Koeman bangkit semula daripada kekecewaan di Ajax pada bulan Februari 2005, mengambil jawatan pengurus bersama juara Portugal, Benfica selepas pemergian legenda Itali, Giovanni Trapattoni. Di Benfica, Koeman hanya memenangi Piala Super Portugal, pasukannya menduduki tempat ketiga liga (dibelakang Porto dan Sporting) dan tersingkir daripada Piala Portugal di peringkat suku akhir (kalah kepada Vitória de Guimarães). Disebabkan ini, serta tawaran daripada PSV, menyebabkan pengurus itu meninggalkan Benfica setahun sebelum kontrak berakhir, walaupun Benfica layak ke suku akhir Liga Juara-Juara.
Pada musim 2006–07, Koeman memegang jawatan ketua jurulatih PSV, sebagai pengganti kepada Guus Hiddink. PSV mendominasi separuh pertama liga, meletakkan pencabar AZ dan Ajax dengan jarak yang besar. PSV kemudiannya hampir pasti untuk menjadi juara sekali lagi. Walau bagaimanapun, PSV mengalami penurunan pada separuh kedua musim, disebabkan kecederaan pemain-pemain iaitu Jefferson Farfán, Alex dan Ibrahim Afellay, hanya mencatat 19 daripada kemungkinan 39 mata.[11] AZ dan Ajax mendapat semula momentum mereka, bersaing rapat dengan ketiga-tiga pasukan terikat dengan 72 mata sebelum hari terakhir pertandingan. AZ bermain menentang Excelsior dalam perlawanan terakhir mereka, namum gagal meraih kemenangan. Ajax bermain menentang Willem II, tetapi gagal menjaringkan jumlah gol yang cukup; PSV menang 5–1 ke atas Vitesse Arnhem dan menjadi juara Eredivisie dengan kelebihan satu gol di atas Ajax.
Pada 31 Oktober 2007, Koeman bersetuju untuk menjadi jurulatih baru Valencia selepas pemecatan Quique Flores, bermula 5 November 2007.[12] Bersama Valencia, dia memenangi Piala Sepanyol 2007–08, pertandingan yang dimenanginya sebelum ini sebagai pemain Barcelona. Ini merupakan trofi Copa del Rey Valencia yang pertama sejak tahun 1999.[13] Baki tempohnya di Valencia agak mengecewakan. Pasukan itu hanya menduduki tempat ke-15 dalam liga, dua mata di atas zon penyingkiran, juga berada di tangga terbawah dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Kekalahan 5–1 kepada Athletic Bilbao membuktikan masa Koeman di Valencia sudah berakhir. Dia dipecat pada hari berikutnya, pada 21 April 2008.[13]
Dia kemudiannya dilantik sebagai pengurus AZ pada 18 Mei 2009,[14] selepas Louis van Gaal, yang memenangi Eredivisie 2008–09 bersama AZ, menyertai Bayern Munich. Pada 5 Disember 2009, AZ mengumumkan bahawa Koeman tidak lagi menjadi pengurus AZ, selepas kalah 7 daripada 16 perlawanan.[15]
Pada 21 Julai 2011, Koeman dilantik sebagai pengurus Feyenoord, menandatangani kontrak setahun bersama kelab Belanda itu sebagai pengganti kepada Mario Been.[16] Dengan pelantikan itu, Koeman menjadi orang pertama untuk bermain dan menjadi ketua jurulatih ketiga-tiga – Ajax, PSV Eindhoven dan Feyenoord.[17] Tambahan pula, dia menyempurnakan pencapaian ini mengikut urutan kelab yang disertai terlebih dahulu. Pada permulaan tahun 2012, ianya telah diumumkan bahawa kontraknya telah dilanjutkan. Pada bulan Februari 2014, Koeman mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan jawatannya di Feyenoord pada akhir musim 2013-14 untuk mengejar cita-cita lain.[18]
Pada bulan Jun 2014, Koeman diumumkan sebagai pengganti pengurus Southampton, Mauricio Pochettino. Dia menandatangani perjanjian selama tiga tahun bersama kelab itu.[19]
Dalam enam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris di kelab itu, Koeman berjaya mencatat empat kemenangan, satu seri dan satu kekalahan, meletakkan Southampton di tempat kedua liga.[20][21] Mereka juga mencatatkan kemenangan ke atas Arsenal dalam pusingan ketiga Piala Liga dengan kemenangan 2−1 di Emirates.[22][23]
Pada bulan Oktober 2014, Koeman menolak cadangan rakan sepasukan Ronald de Boer bahawa Koeman patut menjadi pengurus pasukan kebangsaan Belanda kerana prestasi buruk di bawah kendalian Guus Hiddink.[24]
Prestasi Southampton pada bulan September membawa kepada Koeman dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan September.[25] Pada bulan Januari, dia dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan buat kali kedua selepas membimbing Southampton kepada tiga kemenangan termasuk ke atas Manchester United dan Arsenal.[26] Dia membimbing Southampton menduduki tempat ketujuh di dalam liga pada akhir musim.[27]
Koeman dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga pada bulan Januari 2016,[28] dan membimbing Southampton menduduki tempat keenam di dalam liga dengan 63 mata.[29]
Pada 14 Jun 2016, Koeman disahkan sebagai pengurus Everton dan menandatangani kontrak selama tiga tahun.[30] Dalam musim pertamanya, Koeman membimbing Everton layak ke Liga Europa UEFA.[31] Koeman dipecat oleh kelab pada 23 Oktober 2017 selepas pasukan tersebut jatuh ke zon penyingkiran selepas kekalahan 5–2 kepada Arsenal pada hari sebelumnya.[32][33]
Koeman berkahwin dengan Bartina Koeman pada tahun 1985. Mereka mempunyai tiga orang anak, dua anak lelaki (bernama Tim dan Ronald) dan seorang anak perempuan (bernama Debbie).[34] Anaknya Ronald merupakan seorang pemain bola sepak profesional untuk Almere City FC dalam Eerste Divisie bermain sebagai penjaga gol.
Prestasi kelab | Liga | Piala | Piala Super | Benua | Lain-lain | Jumlah | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Musim | Kelab | Divisyen | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol |
Belanda | Liga | Piala KNVB | Piala Super | Eropah | Lain-lain[n 1] | Jumlah | ||||||||
1980–81 | Groningen | Eredivisie | 24 | 4 | 3 | 2 | – | – | – | 27 | 6 | |||
1981–82 | 33 | 14 | 1 | 0 | – | – | – | 34 | 15 | |||||
1982–83 | 33 | 14 | 4 | 0 | – | – | – | 37 | 14 | |||||
1983–84 | Ajax | 32 | 7 | 4 | 2 | – | 2 | 0 | – | 38 | 9 | |||
1984–85 | 30 | 9 | 2 | 1 | – | 4 | 3 | – | 36 | 13 | ||||
1985–86 | 32 | 7 | 6 | 1 | – | 2 | 0 | – | 40 | 8 | ||||
1986–87 | PSV | 34 | 16 | 3 | 3 | – | 2 | 0 | – | 39 | 19 | |||
1987–88 | 32 | 21 | 6 | 4 | – | 8 | 1 | – | 46 | 26 | ||||
1988-89 | 32 | 14 | 6 | 1 | – | 4 | 2 | 3 | 1 | 45 | 18 | |||
Sepanyol | Liga | Copa del Rey | Supercopa | Eropah | Lain-lain[n 2] | Jumlah | ||||||||
1989–90 | FC Barcelona | La Liga | 36 | 14 | 7 | 4 | – | 4 | 1 | 1 | 0 | 48 | 19 | |
1990-91 | 21 | 6 | 4 | 2 | 0 | 0 | 7 | 4 | – | 32 | 12 | |||
1991–92 | 35 | 16 | 2 | 0 | 1 | 0 | 11 | 1 | – | 49 | 17 | |||
1992–93 | 33 | 11 | 3 | 0 | 1 | 0 | 3 | 0 | 3 | 0 | 43 | 11 | ||
1993–94 | 35 | 11 | 2 | 0 | 1 | 0 | 12 | 8 | – | 50 | 19 | |||
1994–95 | 32 | 9 | 1 | 0 | 1 | 0 | 8 | 1 | – | 42 | 10 | |||
Belanda | Liga | Piala KNVB | Piala Super | Eropah | Lain-lain | Jumlah | ||||||||
1995–96 | Feyenoord | Eredivisie | 31 | 10 | 3 | 1 | 1 | 0 | 7 | 3 | – | 42 | 14 | |
1996–97 | 30 | 9 | 2 | 0 | – | 5 | 0 | – | 37 | 9 | ||||
Jumlah | Belanda | 343 | 126 | 40 | 15 | 1 | 0 | 34 | 9 | 3 | 1 | 421 | 151 | |
Sepanyol | 192 | 67 | 19 | 6 | 4 | 0 | 45 | 15 | 4 | 0 | 264 | 88 | ||
Jumlah karier | 535 | 193 | 59 | 21 | 5 | 0 | 79 | 24 | 7 | 1 | 685 | 239 |
Pasukan kebangsaan Belanda | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
1983 | 6 | 1 |
1984 | 1 | 0 |
1985 | 1 | 0 |
1986 | 6 | 0 |
1987 | 7 | 2 |
1988 | 10 | 1 |
1989 | 8 | 3 |
1990 | 9 | 3 |
1991 | 4 | 0 |
1992 | 12 | 0 |
1993 | 5 | 2 |
1994 | 9 | 2 |
Jumlah | 78 | 14 |
Gol untuk Belanda[41] | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
# | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
1 | 7 September 1983 | Oosterpark Stadion, Groningen, Belanda | Iceland | 1–0 | 3–0 | Kelayakan Euro 1984 |
2 | 9 Disember 1987 | Stadion De Meer, Amsterdam, Belanda | Cyprus | 3–0 | 4–0 | Kelayakan Euro 1988 |
3 | 16 Disember 1987 | Stadium Diagoras, Rhodes, Greece | Greece | 0–1 | 0–3 | Kelayakan Euro 1988 |
4 | 21 Jun 1988 | Volksparkstadion, Hamburg, Jerman Barat | Jerman Barat | 1–1 | 1–2 | UEFA Euro 1988 |
5 | 22 Mac 1989 | Philips Stadion, Eindhoven, Belanda | Kesatuan Soviet | 2–0 | 2–0 | Persahabatan |
6 | 6 September 1989 | Olympisch Stadion, Amsterdam, Belanda | Denmark | 1–0 | 2–2 | Persahabatan |
7 | 15 November 1989 | De Kuip, Rotterdam, Belanda | Finland | 3–0 | 3–0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 1990 |
8 | 28 Mac 1990 | Stadium Republikan, Kiev, Ukraine | Kesatuan Soviet | 1–1 | 2–1 | Persahabatan |
9 | 30 Mei 1990 | Praterstadion, Vienna, Austria | Austria | 3–1 | 3–2 | Persahabatan |
10 | 24 Jun 1990 | San Siro, Milan, Itali | Jerman Barat | 2–1 | 2–1 | Piala Dunia FIFA 1990 |
11 | 22 September 1993 | Stadio Renato Dall'Ara, Bologna, Itali | San Marino | 0–7 | 0–7 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 1994 |
12 | 13 Oktober 1993 | De Kuip, Rotterdam, Belanda | England | 1–0 | 2–0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 1994 |
13 | 19 Januari 1994 | Stade Olympique El Menzah, Tunis, Tunisia | Tunisia | 2–2 | 2–2 | Persahabatan |
14 | 1 Jun 1994 | Philips Stadion, Eindhoven, Belanda | Hungary | 3–1 | 7–1 | Persahabatan |
Pasukan | Dari | Ke | Rekod | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
P | M | S | K | GJ | GB | +/- | Menang % | |||
Vitesse | 1 Januari 2000 | 2 Disember 2001 | 79 | 40 | 23 | 16 | 132 | 77 | +55 | 50.63 |
Ajax | 3 Disember 2001 | 25 Februari 2005 | 151 | 94 | 30 | 27 | 320 | 147 | +173 | 62.25 |
Benfica | 8 Jun 2005 | 8 Mei 2006 | 49 | 27 | 11 | 11 | 64 | 38 | +26 | 55.10 |
PSV | 1 Julai 2006 | 31 Oktober 2007 | 63 | 39 | 11 | 13 | 121 | 51 | +70 | 61.90 |
Valencia | 5 November 2007 | 21 April 2008 | 34 | 11 | 9 | 14 | 38 | 47 | −9 | 32.35 |
AZ | 18 Mei 2009 | 5 Disember 2009 | 24 | 11 | 4 | 9 | 44 | 30 | +14 | 45.83 |
Feyenoord | 21 Julai 2011 | 31 Mei 2014 | 114 | 65 | 22 | 27 | 229 | 133 | +96 | 57.02 |
Southampton | 16 Jun 2014 | 14 Jun 2016 | 91 | 44 | 17 | 30 | 140 | 93 | +47 | 48.35 |
Everton | 14 Jun 2016 | 23 Oktober 2017 | 58 | 24 | 14 | 20 | 85 | 74 | +11 | 41.38 |
Jumlah | 663 | 356 | 140 | 167 | 1,173 | 690 | +483 | 53.70 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.