Eindhoven

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads


Eindhoven, merupakan sebuah gemeente Belanda yang terletak di wilayah Noord Brabant, selatan Belanda. Pada tahun 2004 daerah ini memiliki penduduk sebanyak 207,870 orang. Eindhoven merupakan sebuah bandar perindustrian dan teknikal, di sinilah bandar asal syarikat penghasilan lampu, Philips. Di sini terdapat pula Muzium Van Abbe, Lapangan Terbang Eindhoven AB, Fontys University of Applied Sciences (Fontys Hogescholen) dan Universiti Teknologi Eindhoven (Technische Universiteit Eindhoven). Bandar ini merupakan bandar kelima terbesar di Belanda dan sebahagian dari kawasan Samenwerkingsverband Regio Eindhoven (Cityregion Eindhoven atau Eindhoven Raya) atau SRE.[2] Eindhoven mempunyai kelab sepak bola terkenal yang bernama PSV (Philips Sport Vereniging) Eindhoven yang mempunyai sejarah yang panjang bersama organisasi Philips, dengan stadiumnya yang juga bernama Philips.[4]

Fakta Segera Negara, Provinsi ...
Remove ads

Sejarah

Abad ke-20

Pada 1920, kampung-kampung di sekeliling Eindhoven iaitu Gestel, Stratum, Strijp, Tongelre and Woensel digabungkan ke dalam pentadbiran bandar.[2]

Abad ke-21

Mayat mangsa yang terlibat dalam kemalangan Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia dibawa ke Lapangan Terbang Eindhoven AB dari Ukraine pada 23 Julai 2014 untuk proses pengecaman mayat.[5]

Pengangkutan

Kereta Api

Eindhoven mempunyai dua stesen kereta api utama iaitu Eindhoven Centraal dan Eindhoven Beukenlaan. Eindhoven Centraal menyediakan perkhidmatan antarabandar ke bandar-bandar utama Belanda seperti The Hague, Utrecht dan Rotterdam.

Eindhoven Beukenlaan pula menyediakan perkhidmatan kereta api ke bandar-bandar terdekat seperti Tilburg dan Den Bosch.[6]

Bas

Stesen bas Neckerspoel merupakan stesen bas pusat untuk bandar ini. Perkhidmatan bas dalam bandar dan antarabandar serta perkhidmatan Phileas, pengangkutan generasi baru disediakan di stesen ini.[6]

Remove ads

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads