From Wikipedia, the free encyclopedia
Rum[3] (Jawi: روم, Latin dan Itali: Roma [ˈroma]; bahasa Inggeris: Rome juga dimelayukan kepada Rom) merupakan ibu negara Itali dan bandar raya terbesar dan paling ramai penduduk negara itu, dengan lebih 2.7 juta penduduk dalam sebuah perbandaran lebih kurang 1,285.3 km2 (496.3 batu persegi), manakala penduduk kawasan bandar adalah dianggarkan 3.46 juta oleh Eurostat.[4] OECD menganggarkan Kawasan metropolitan Rom mempunyai 3.7 juta penduduk.[5] Bandar ini terletak di bahagian barat-tengah Semenanjung Itali, di sungai Tiber.
Rum/Rom
Roma | |
---|---|
Nama panggilan: The Eternal City | |
Cogan kata: Senātus Populusque Rōmānus (SPQR) (Latin) | |
Negara | Itali |
Kawasan | Lazio |
Wilayah | Rom (RM) |
Diasaskan | 21 April 753 SM (tradisional) |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Gianni Alemanno |
Aras | +20 m (66 ft) |
Penduduk (31 Disember 2019) | |
• Pemeringkatan | Pertama (Itali) Ketiga (Kesatuan Eropah) |
• Kepadatan | 2,236/km2 (5,790/batu persegi) |
• Komun | 2,860,009[1] |
• Bandar metropolitan | 4,342,212[2] |
Poskod | 00121 to 00199 |
Kod kawasan | 06 |
Santo penaung | Santo Petrus dan Santo Paulus |
Laman sesawang | comune.roma.it |
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Roma |
Nama rasmi | Roma |
Inskripsi | 1980 (sesi ke-4) |
Keluasan | 1,287.36 km2 (1.38570×1010 ka2) |
Laman sesawang | https://comune.roma.it |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Wilayah Rom, Negeri-Negeri Paus, Rome, Rom kuno, Republik Rom, Empayar Rom, Empayar Rom Barat, Metropolitan City of Rome, Itali |
Koordinat | 41°53′35″N 12°28′58″E |
sunting · sunting di Wikidata |
Rum/Rom juga sering dikaitkan dengan Gereja Katolik dan ketua uskupnya, Paus. Satu enklaf Rom ialah Kota Vatikan, wilayah daulat Takhta Suci dan negara paling kecil di dunia.
Sebagai satu daripada beberapa bandar utama Eropah yang terselamat dari Perang Dunia Kedua, Rom tengah pada dasarnya kekal dengan ciri Pembaharuan dan Baroque seperti biasa. Rom adalah destinasi pelancong ketiga paling dilawati dalam Kesatuan Eropah,[6] dan pusat sejarah disenaraikan UNESCO sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia [7]. Seperti satu bandar moden ia menjadi ibu negara Itali semenjak 1870, dan bertumbuh terutamanya dalam dua jangka masa salah satu sisi Perang Dunia II.
Istilah Rum pinjaman bahasa Arab: رُوم Rūm menyerap dari Bahasa Parsi Pertengahan hrōm lanjut dari bahasa Parsawi frwm menerus dari kata Yunani Purba Ῥώμη.[8] Pengungkapan ini merangkumi seluruh kawasan pernah diliputi kekuasaan empayar pusat kota ini termasuk tanah Anatolia di Turki moden yang kemudiannya diserahkan kepada Empayar Byzantium yang pecah,[9] kerajaan Rum Byzantium yang bersinambungan ini pula diabadikan dalam pengetahuan orang Arab melalui penurunan surah Ar-Rum kitab Al-Quran ayat 2 hingga 4 yang menyebut mengenai nasib mereka ditumpaskan tentera Sasaniyah di Jerusalem pada 614 Masihi tetapi kemudiannya diramalkan bakal menang dalam satu pertempuran pimpinan Heraklios beberapa tahun kemudian.[9][10][11] Nama Rūm kepada kota ini (atau yang dekat seperti رُومِيَّة Rūmiyyah) tetap diteruskan pemeta-pemeta Islam zaman-zaman mendatang seperti Abu Hasan Al-Masu'di pada abad ke-10.[12]
Pada 21 April 753S M, Romulus telah membuka sebuah bandar di sini, di Lembah Latium yang didiami oleh penduduk-penduduk Latin pada masa itu. Pada tahun 1509, Rom telah menubuhkan sistem Republik selepas rakyat bangun menentang rajanya yang memerintah secara mutlak. Penentangan ini dipimpin oleh golongan bangsawan yang dikenali sebagai patricius. Pada masa kedua Masihi, telah wujudnya Majlis Perbandaran untuk mentadbir bandar-bandar di Rom. Pada masa yang sama, Pompei dijadikan bandar contoh.Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang, dan colloseum. Tamadun Rom merupakan salah satu tamadun yang terunggul dalam sejarah manusia, selain Tamadun Yunani, Indus, India, China dan sebagainya.
Rom memiliki iklim Mediterranean bermusim panas hangat dan kering (pengelasan iklim Köppen: Csa),[13] dan musim sejuk yang dingin dan lembap.
Suhu tahunannya lazimnya bernilai melebihi 20 °C (68 °F) pada siang hari dan 10 °C (50 °F) pada malam. Salji jarang turun tetapi bukannya tidak pernah, dengan salji ringan atau salji yang turun seccara tiba-tiba terjadi pada hampir setiap musim dingin, umumnya tanpa pengumpulan, dan hujan salji besar terjadi sekali setiap 20 atau 25 tahun; kali terakhir terjadi pada tahun 2012.[14] Dalam bulan terdingin (Januari), suhu purata ialah 12 °C (54 °F) ketika siang dan 3 °C (37 °F) ketika malam. Dalam bulan-bulan terpanas (Julai dan Ogos), suhu purata mencecah 30 °C (86 °F) pada waktu siang dan 18 °C (64 °F) pada malam.
Kelembaban relatif purata Rom adalah sekitar 75%, dengan julat daripada 72% pada Julai sampai 77% pada November. Suhu laut berjulat daripada yang terendah mencecah 13 °C (55 °F) pada Februari dan Mac sehingga nilai tertinggi iaitu 24 °C (75 °F) pada bulan Ogos.[15]
Dengan KDNK 2005 €94.376 bilion (AS$121.5 bilion),[16] bandar raya itu menghasilkan 6.7% daripada KDNK negara (lebih daripada mana-mana bandar raya yang lain di Itali), dan kadar penganggurannya, dikurangkan dari 11.1% ke 6.5% di antara 2001 dan 2005, kini adalah salah satu daripada kadar terendah di semua ibu negara Kesatuan Eropah.[16] Rom bertumbuh +4,4% setiap tahun dan terus bertumbuh pada satu kadar yang tinggi dalam perbandingan dengan mana-mana bandar lain dalam negara itu.[16]
Bidang seni bina di Rom telah berkembang selama berabad-abad lamanya, terutamanya dari gaya Rom Imperial dan Klasik sampai seni bina fasis moden. Rom pada satu tahap pernah menjadi salah satu pusat-pusat seni bina klasik utama dunia dengan mengembangkan bentuk-bentuk seni bina baharu seperti gerbang, kubah, dan kekubah.[17] Gaya Romanesque pada abad ke-11 hingga ke-13 juga banyak digunakan dalam seni bina tempatan, dan seterusnya, kota ini menjadi salah satu pusat-pusat utama seni bina Renaissance, Baroque, dan neoklasik.[17]
Rom merupakan salah satu pusat utama pendidikan tinggi kebangsaan dan antarabangsa yang meliputi banyak akademi, isntitut pengajian tinggi, dan universiti. Rom memiliki pelbagai akademi dan institut pengajian tinggi, serta sentiasa menjadi pusat utama pendidikan dan inteletual di seluruh dunia, khususnya sepanjang zaman Rom purba dan Renaissansce, bersama-sama dengan Firenze (Florence).[18] Menurut Indeks Penjenamaan Bandar, Roma dipandang sebagai bandar kedua di dunia yang paling indah dan menarik dari segi budaya, pendidikan, dan sejarah.[19]
Universiti pertamanya, La Sapienza (didirikan pada 1303), merupakan salah satu universiti-universiti terbesar di dunia, dengan lebih daripada 140,000 orang mahasiswa; Universiti Sapienza pada 2005 diberi kedudukan sebagai universiti ke-33 terbaik di Eropah[20] dan pada tahun 2013 menempati peringkat ke-62 di dunia serta teratas di Itali.[21]
Rom mempunyai satu bandar kembar, dan sejumlah bandar rakan kongsi:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.