From Wikipedia, the free encyclopedia
Realiti adalah siri drama televisyen tempatan yang dibintangi Chelsia Ng, Ashraf Sinclair, Melissa Maureen, Alvin Wong, Azizan Nin, Radhi Khalid dan Maria Farida. Siri ini diterbit oleh Ng Ping Ho di bawah bumbung Popiah Pictures. Musim pertamanya diulang tayang di 8TV pada 31 Oktober 2007 hingga 2 Januari 2008, setelah menghabiskan siaran pertamanya dari 3 September hingga 5 November 2006.
Realiti | |
---|---|
Genre | Drama |
Pencipta | Ng Ping Ho |
Dibintangi oleh | Chelsia Ng Ashraf Sinclair Melissa Maureen Alvin Wong Azizan Nin Radhi Khalid Maria Farida |
Lagu pembukaan | Scarecrow Adams oleh kumpulan Disagree |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu, Inggeris |
Bilangan musim | 1 (seperti pada 5 November 2006) |
Bilangan episod | 10 (seperti pada 5 November 2006) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Ng Ping Ho |
Tempoh siaran | 1 jam setiap episod |
Penyiaran | |
Siaran asal | 3 September 2006 – 5 November 2006 |
Siri drama ini mengisahkan lima peserta program realiti berjenis pertandingan menyanyi bercorakkan Malaysian Idol bertajuk Malaysian Star. Bekas penyanyi rock Mac memikul tanggungjawab sebagai jurulatih vokal untuk para peserta, iaitu Amir, Melody, Burn, Nickson, dan Baby. Cerita ini juga mengisahkan laluan sukar yang terpaksa diharungi oleh para peserta untuk menjadi juara pertandingan. Setiap peserta juga didapati mempunyai rahsia mendalam, zaman silam yang gelap serta latar belakang yang rumit. Hanya seorang antara mereka akan merangkul gelaran juara. Siapakah dia? Templat:Spoiler
Ep. | Disiarkan pada | Ringkasan |
---|---|---|
1 | 3 September 2006 | 5 orang peserta pertandingan menyanyi Malaysian Star menghadapi kenyataan bahawa jika mereka hendak menjadi bintang terkenal, mereka perlu berkelakuan seperti bintang terkenal walau apa jua masalah peribadi mereka. Salah seorang daripada mereka, Jessie, menghidapi sesuatu penyakit yang dia tidak berani dedahkan kepada orang ramai, lalu pengsan di atas pentas pada malam persembahan. |
2 | 10 September 2006 | Pencarian untuk pengganti Jessie dilancarkan untuk meneruskan pertandingan. Masalah disiplin Burn mula menonjol, manakala Baby dan Melody bergaduh, segalanya sempat dirakamkan dalam mata seorang wartawan. |
3 | 17 September 2006 | sudah tiba masanya para peserta bertemu dengan peminat, yang mana mereka mengambil iktibar bahawa terdapat pengorbanan untuk mencapai kenamaan. Melody dan Burn makin tertarik kepada satu sama lain, manakala kerelaan Amir untuk menolong seseorang menyebabkan masalah perhubungannya dengan teman wanitanya Dayang, dan Baby bertemu seseorang yang dikenali sewaktu dahulu. |
4 | 24 September 2006 | Amir tiba-tiba pulang ke kampung halamannya apabila para peserta yang lain mengadakan sesi fotografi. Jay, penerbit Malaysian Star, cuba memutarbelitkan cerita demi nama baik rancangan. Sementara itu Baby mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan seorang jurugambar untuk meletakkan gambarnya pada halaman kulit manakala Burn cuba memujuk Melody agar tidak menyembunyikan perasaannya. |
5 | 1 Oktober 2006 | Penyediaan para peserta yang bakal mempersembahkan konsert unplugged terganggu oleh insiden Baby menerima surat layang berunsur ugutan. Keyakinan diri Amir terjejas kerana dia terpaksa membawa lagu bahasa Inggeris, manakala Nickson bertengkar dengan Calvin mengenai cara Nickson patut mempersembahkan dirinya. Sementara itu, Melody dan Burn makin rapat sesama sendiri. |
6 | 8 Oktober 2006 | Cuma tinggal satu minggu sebelum pusingan penyingkiran pertama Malaysian Star, namun para peserta tidak memikiran sahaja hal penyingkiran. Baby terpaksa menghadapi surat ugutan daripada seseorang yang tahu akan satu rahsia dari masa silamnya, manakala Burn mendapati bahawa Melody ketagih darah. Sementara itu, ibu Nickson mnejemputnya untuk bertemu dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya. |
7 | 15 Oktober 2006 | Pusingan penyingkiran pertama sudah bermula maka seorang peserta bakal disingkirkan apabila memperoleh undian terendah daripada penonton. Akan tetapi, sebelum itu Mac juga mengetahui masalah ketagihan dadah Melody lalu Burn berusaha memastikan Melody masih layak untuk bertanding, manakala Amir menerima peluang untuk menandatangani kontrak rakaman hanya jika dia tidak menjuarai Malaysian Star, dan Nickson tidak puas hati dengan tindakan ibunya pindah balik untuk bersama bapanya. |
8 | 22 Oktober 2006 | Melody dimasukkan ke hospital akibat terlebih guna dadah dan Burn dikembalikan ke dalam pertandingan. Ibu Nickson berpindah masuk ke bilik anaknya untuk melepaskan dirinya daripada suaminya yang asyik mendera. Hubungan Baby dan Amir makin rapat. |
9 | 29 Oktober 2006 | Amir mendapati dirinya menjadi orang tengah dalam kes Baby menuduh Dayang mencuri gambar Fazrina ("anak saudara" kepada Baby), manakala Burn dengan was-wasnya bersetuju membantu Joe menjual dadah agar dapat mengumpul duit untuk menolong Melody. |
10 | 5 November 2006 | Melody sedar dari koma lalu kembali bertanding, Baby menghadapi hubungannya dengan Fazrina dan Amir berkelahi dengan Jay, pada masa menjelang pusingan akhir. Ketika persembahan peringkat akhir berlangsung, Mac bersemuka dengan Jay mengenai niat Jay untuk memalsukan keputusan Malaysian Star. Akhirnya, undian tidak terjejas dan Melody merangkul gelaran juara dan kontrak rakaman muzik. Pada penghujung episod, Burn dilanggar kereta yang dipandu Joe. |
Templat:Endspoiler
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.