Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Raja Laut ialah seorang kerabat diraja dari Selangor, Tanah Melayu. Baginda merupakan Raja Muda Selangor semasa pemerintahan Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pada 1898 hingga 1903[1].
Raja Hajji Lhautt Shah | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Raja Muda Selangor ke VIII | |||||||||||||
Raja Muda Selangor | |||||||||||||
Pemerintahan | 1898 - 1903 | ||||||||||||
Kemahkotaan | 1898 | ||||||||||||
Pemasyhuran | - | ||||||||||||
Didahului oleh | Raja Muda Sulaiman | ||||||||||||
Diikuti oleh | Tengku Musa Eddin II | ||||||||||||
Keputeraan | - 1850 Lukut, Selangor | ||||||||||||
Kemangkatan | 9 Jun 1913 (berumur 62–63) Kampong Gonggang, Mukim Bukit Indah Permai (Mukim Bandar Kuala Lumpur), Daerah Kuala Lumpur, Negeri Selangor | ||||||||||||
Pemakaman | 10 Jun 1913 Tanah Perkuburan Kampong Gonggang, Kuala Lumpur | ||||||||||||
Pasangan | - | ||||||||||||
Anakanda | - | ||||||||||||
| |||||||||||||
Kerabat | Selangor | ||||||||||||
Wangsa | Daeng Chelak | ||||||||||||
Ayahanda | Sultan Muhammad Shah | ||||||||||||
Bonda | - | ||||||||||||
Agama | Islam |
Raja Laut diputerakan pada 1850 dan merupakan putera kedua Sultan Selangor ke-3, Sultan Muhammad Shah Ibni Sultan Ibrahim Shah. Baginda juga ialah abang ipar kepada Sultan Selangor ke-4, Sultan Abdul Samad Ibni Tengku Abdullah. Raja Laut mendapat nama gelaran ‘Laut’ kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut.[1]
Raja Laut dikenali sebagai ketua masyarakat Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1880 dan antara individu yang telah menyelesaikan banyak masalah yang timbul pada ketika itu.[2] Baginda turut menjadi pengasas kepada penubuhan Lembaga Kebersihan Kuala Lumpur pada 1890. Baginda juga dilantik sebagai Ahli Majlis Negeri Selangor dan menjadi Penghulu Mukim Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Negeri Selangor.[3]
Raja Laut juga bertanggungjawab menubuhkan sekolah Melayu pertama di Kuala Lumpur, Sekolah Melayu Vernakular Kuala Lumpur, di mana baginda telah menghantar putera tunggalnya, Raja Alang ke sekolah berkenaan.
Beberapa tempat turut dinamakan sempena nama baginda, termasuklah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.