Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah

Sultan Selangor From Wikipedia, the free encyclopedia

Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah

Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah I ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah I ibni Almarhum Raja Muda Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Samad I ibni Almarhum Raja Bendahara Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah I ibni Almarhum Sultan Salahuddin Shah I ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak, (Jawi: سلطان موسى غياث الدين رعايت شاه ا ابن المرحوم سلطان علاء الدين سليمان شاه ا) ialah Sultan Selangor, yang dilantik ketika pendudukan Jepun di Malaysia.

Fakta Segera Darul Ehsan ke-7 Seluruh Jajahan Takluknya, Pemerintahan ...
Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah I
Thumb
Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah I
Sultan Selangor Darul Ehsan ke-7
Seluruh Jajahan Takluknya
Pemerintahan15 Januari 1942 - 14 September 1945
Didahului olehSultan Hisamuddin Alam Shah
Diikuti olehSultan Hisamuddin Alam Shah
Keputeraan(1893-12-09)9 Disember 1893
Istana Bandar Termasha, Kampung Bandar, Kuala Langat, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan8 November 1955(1955-11-08) (umur 61)
Kuala Lumpur, Malaya
Pemakaman9 November 1955
Makam Diraja Klang, Klang, Selangor
PasanganTengku Permaisuri Syarifah Mastura binti Tengku Suri Tun Syed Ahmad Shahabuddin
Nama penuh
Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Sultan Alauddin Sulaiman Shah
KerabatDiraja Bugis Luwu
Opu Daeng Chelak
AyahandaSultan Alauddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa
BondaTunku Ampuan Maharum binti Raja Muda Tunku Hajji Sir Dziauddin III
AgamaIslam
Tutup

Baginda merupakan anakanda sulung kepada Sultan Alauddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa I (1898-1938) dengan permaisuri Tengku Ampuan Maharum binti Raja Muda Dziauddin III dari Kedah, baginda dilahirkan pada tahun 1893 di Jugra, Selangor. Nama baginda ketika diputerakan adalah Tengku Musa Eddin.

Kehidupan awal

Menerima pengajian persendirian, baginda menggantikan mengambil alih ayahanda saudaranya Raja Laut bin Sultan Muhammad sebagai Raja Muda Selangor pada tahun 1916. Seorang pemuda yang bijaksana, baginda mewakili ayahandanya dalam State Council yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa kolonial British.

Sikap pemikiran terbuka Tengku Musa Eddin meresahkan residen British T.S. Adams, yang mencadangkan penyingkiran Tengku Musa Eddin sebagai Raja Muda. Walaupun ayahandanya Sultan Sulaiman merayu, Tengku Musa Eddin telah disingkirkan sebagai Raja Muda pada tahun 1933 di atas alasan "salahlaku peribadi". Saudara lelakinya Tengku Badar, yang dilahirkan pada tahun 1895, turut dilangkau oleh pihak British, yang kemudiannya telah melantik saudara tirinya Tengku Alam Shah, sebagai Raja Muda. (Kemudiannya bergelar Sultan Hisamuddin Alam Shah (lihat juga: Yang di-Pertuan Agong)

Tengku Musa Eddin telah diberikan gelaran gelaran Tengku Kelana Jaya Putera, yang juga merupakan gelaran putera mahkota bagi Yang di-Pertuan Muda Johor dan Riau, yang merupakan asal sultan-sultan Selangor. Pada 1938, pada pentabalan saudara tirinya ke takhta, Tengku Musa Eddin mempengerusikan pertabalan, tanpa sebarang perasaan buruk.

Zaman Jepun dan kesultanan

Ketika penaklukan Jepun pada 1942, Sultan Hisamuddin Alam Shah telah disingkirkan oleh pihak Jepun, dan pengurus tentera Jepun mengistiharkan Tengku Musa Eddin sebagai Sultan Selangor sebagai Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Pertabalannya dilakukan pada November 1943 dengan kehadiran pembesar dan pegawai tentera Jepun. Walau bagaimanapun, baginda tidak memiliki sebarang kuasa ketika pentadbirannya, menyebabkan fokus baginda ditumpukan kepada kerabatnya sahaja sepanjang pertabalannya.

Pasca-Jepun

Setelah Jepun berundur, Sultan Musa telah dilucutkan takhta oleh Pengurus Tentera British di bawah Lord Louis Mountbatten sekembalinya kuasa kolonial British ke pada tahun 1945. Baginda kemudiannya dibuang daerah ke Kepulauan Cocos Keeling. Kemudiannya, baginda jatuh sakit dan dibawa pulang ke Selangor selama beberapa bulan sebelum kemangkatan baginda pada tahun 1955.

Sultan Musa telah dimakamkan bersebelahan makam ayahdanya di Makam Diraja di Klang. Permaisurinya, Tengku Permaisuri Tunku Syarifah Mastura binti Al-Marhum Tengku Suri Syed Ahmad Shahabuddin dari Kedah, menjadi Tengku Permaisuri ketika pemerintahannya yang singkat. Baginda Permaisuri mangkat pada tahun 1958. Pasangan tersebut tidak mempunyai waris.

Anugerah dan kehormatan

Legasi

Rujukan

  • Adil, Haji Buyong (1971). Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 177-178.
Didahului oleh
Sultan Hisamuddin Alam Shah
Sultan Selangor
1942 - 1945
Diikuti oleh:
Sultan Hisamuddin Alam Shah
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.