Penyu karah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Penyu karah atau penyu sisik (Eretmochelys imbricata)[4] ialah spesis penyu yang terancam genting. Ia tergolong dalam keluarga Cheloniidae, dan merupakan satu-satunya spesies yang masih wujud dalam genus Eretmochelys. Spesies ini mempunyai taburan seluruh dunia, dengan 2 subspesies tersendiri—E. i. imbricata ialah subspesis di lautan Atlantik, manakala E. i. bissa biasanya ditemui di kawasan Hindi-Pasifik.[5]
Penyu karah Penyu sisik | |
---|---|
![]() | |
Eretmochelys imbricata di Útila, Honduras | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | E. imbricata |
Nama binomial | |
Eretmochelys imbricata (Linnaeus, 1766) | |
Subspesis | |
E. imbricata bissa (Rüppell, 1835) | |
![]() | |
Kawasan penyu karah | |
Sinonim | |
E. imbricata squamata sinonim junior |
Rupa penyu karah serupa dengan penyu-penyu laut yang lain. Ia mempunyai bentuk badan yang secara amnya rata, karapas pelindung, dan lengan seperti kaki sirip yang disesuaikan untuk renangan dalam lautan terbuka. E. imbricata boleh dibezakan dengan mudah daripada penyu-penyu laut yang lain melalui paruhnya yang tajam dan melengkung dengan tomium yang menonjol, dan bahagian tepi cangkerang dengan rupa seperti gergaji. Cangkerang penyu karah berubah warna sedikit mengikut suhu air. Penyu ini luangkan lebih masa di lagun-lagun cetek dan terumbu-terumbu karang, sementara hidup di lautan luas sebahagian masanya.
Amalan memancing oleh manusia mengancam E. imbricata menghadapi kepupusan. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) mengelaskan penyu karah sebagai spesis yang terancam teruk.[1] Cangkerang penyu karah adalah sumber utama bahan kulit penyu yang digunakan untuk membuat barang perhiasan. Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) mengharamkan penangkapan dan perdagangan penyu-penyu karah dan produk yang dihasilkan daripadanya.[6]
Taburan
Penyu karah mempunyai habitat yang sangat luas, terutamanya kawasan terumbu karang di lautan-lautan Hindi, Pasifik, dan Atlantik.

Subpopulasi Atlantik

Di kawasan Atantik, populasi penyu karah boleh ditemui berhampiran Teluk Mexico hinggalah Tanjung Harapan di Afrika Selatan.[7][8][9] Spesies ini mendiami kawasan Perairan Brazil (terutamanya Bahia, Fernando de Noronha) melalui selatan Florida serta Perairan Virginia.[10]
Kawasan Karibia yang menjadi tempat ia bersarang, terletak di Antilles Kecil, Barbados,[11] Guadeloupe,[12] Tortuguero in Costa Rica,[13] dan Yucatan. Mereka mencari makan di Perairan Cuba[14] dan sepanjang Pulau Mona berhampiran Puerto Rico[15] berbanding tempat lain.
Subpopulasi Indo-Pasifik
Di Lautan Hindi, penyu karah sering kelihatan di sepanjang perairan Afrika timur, termasuklah lautan berhampiran Madagascar, dan sepanjang perairan Asia Selatan, termasuklah Teluk Parsi, dan Laut Merah, serta Subbenua India dan Asia Tenggara. Mereka juga berada di Kepulauan Melayu dan utara Australia. Kawasan Pasifiknya terhad di kawasan perairan tropika dan subtropika. Di barat, spesies ini boleh ditemui berada di barat daya Semenanjung Korea dan selatan Kepulauan Jepun hinggalah utara New Zealand.
Filipina menjadi sarang utama tempat ia bertelur, terutamanya di Pulau Boracay dan Punta Dumalag di Davao City. Pantai Dahican di Mati City, Davao Oriental pula menjadi sarang utama spesies penyu lipas Pasifik.[16] Sekumpulan pulau kecil di barat daya kepulauan itu dinamakan "Tawi-Tawi" yang bermaksud "penyu" disebabkan kehadiran dua spesies ini di tempat itu: penyu karah dan penyu hijau.[17] Pada bulan Januari 2016, seekor penyu dilihat berada di Teluk Thailand.[18] Di kawasan Hawaii, penyu karah sering kelihatan mendarat di pulau-pulau utamanya, iaitu Oahu, Maui, Molokai, dan pulau besar Hawaii itu sendiri.[19] Manakala di Australia, penyu karah sering mendarat untuk bertelur di Pulau Milman berhampiran Terumbu Sawar Besar.[20] Penyu karah juga bertelur hingga ke Pulau Cousine di Seychelles, tempat di mana haiwan ini dilindungi sejak tahun 1994, dan populasinya menunjukkan peningkatan positif.[21] Di Pulau Seychelles spesies haiwan lain seperti Aldabra, juga menjadi kawasan penyu ini mencari makan.[22][23]
Subpopulasi Pasifik Timur
Di kawasan Pasifik timur, penyu karah dilaporkan kelihatan di Semenanjung Baja di selatan Mexico, sepanjang selatan perairan Peru.[7] Pada tahun 2007, spesies ini dikatakan pupus sepenuhnya di wilayah itu.[24] Walau bagaimanapun, terdapat saki-baki sarang dan bekas tapak makanannya yang dijumpai berada di Mexico, El Salvador, Nicaragua, dan Ecuador, menjadikan ia satu penemuan bermakna bagi kajian dan pemuliharaan. Sebaliknya, spesies ini akan meninggalkan kawasan habitat utamanya di kawasan terumbu karang dan berbatuan, seperti di Pasifik, yang menjadi tempatnya mencari makanan dan bersarang terutamanya di Teluk Bahia de Jiquilisco (El Salvador), Teluk Fonseca (Nicaragua, El Salvador, dan Honduras), Estero Padre Ramos (Nicaragua), dan Teluk Guayaquil (Ecuador).[25] Banyak kerjasama dan usaha perbadanan multinasional, seperti Eastern Pacific Hawksbill Initiative, yang dilakukan untuk mengkaji dan memulihara spesies ini, walaupun masih belum mendapat liputan dan pendedahan awam sepenuhnya.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.