From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukan Olimpik Musim Panas 2024 (Jawi: سوكن اوليمڤيك موسيم ڤانس ڤاريس ٢٠٢٤; Inggeris: 2024 Summer Olympics; Perancis: Jeux olympiques d'été de 2024) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXXIII (Inggeris: Games of the XXXIII Olympiad; Perancis: Jeux de la XXXIIIe Olympiade), dan turut dikenali sebagai Paris 2024, merupakan temasya sukan yang akan diadakan di Paris, Perancis dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.[3]
Hos Bandar | Paris, Perancis |
---|---|
Cogan kata | Games wide open (Perancis: Ouvrons grand les Jeux )[1] |
Negara | 206 (termasuk AIN dan EOR |
Atlet | 10,714 |
Acara | 329 dalam 32 sukan olimpik (48 disiplin) |
Pembukaan | 26 Julai 2024 |
Penutupan | 11 Ogos 2024 |
Dibuka oleh | |
Kawah Obor | Teddy Riner Marie-José Pérec |
Stadium | Stade de France (Pertandingan olahraga, upacara penutupan)[2] Jardins du Trocadéro dan Sungai Seine (Upacara pembukaan) |
Musim Panas Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 |
Temasya ini merupakan kali ketiga bandaraya Paris menganjur Sukan Olimpik, selepas tahun 1900 dan 1924. Paris akan menjadi bandar yang kedua untuk menganjur Sukan Olimpik sebanyak tiga kali selepas London. Tahun 2024 juga merupakan ulang tahun keseratus bagi Sukan Olimpik 1924 yang turut dianjurkan di Paris. Temasya ini turut merupakan kali keenam Sukan Olimpik dianjurkan di negara Perancis (3 edisi Sukan Olimpik Musim Panas dan 3 edisi Sukan Olimpik Musim Sejuk). Temasya Sukan Olimpik akan kembali kepada kitaran 4 tahun tradisionalnya, setelah Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun ditangguhkan hingga 2021 atas sebab pandemik COVID-19. Buat kali pertama, acara breaking akan dipertandingkan. Temasya ini juga merupakan edisi Sukan Olimpik yang terakhir dibawah pimpinan Presiden IOC Thomas Bach.[4] Temasya ini turut merupakan edisi musim panas pertama daripada tiga edisi berturut-turut akan datang yang menggunakan bahasa rasmi IOC (bahasa Inggeris dan bahasa Perancis).
Penganjuran temasya ini telah diganggu oleh beberapa kontroversi seperti pemilihan tapak pertandingan, penyertaan atlet Rusia dan Belarus dan sebagainya. Penganjuran Sukan Olimpik Paris dijangka akan menggunakan sebanyak $8.5 bilion.[5]
Proses pembidaan untuk edisi Sukan Olimpik dan Paralimpik ini bermula pada tahun 2015. Lima bandaraya telah menyerahkan pencalonan mereka, tetapi Hamburg, Rom dan Budapest telah menarik diri, akhirnya tinggal hanya Paris dan Los Angeles yang membida. Usul untuk melantik tuan rumah bagi edisi 2024 dan 2028 telah diluluskan semasa Mesyuarat Khas IOC yang diadakan di Lausanne, Switzerland pada 11 Julai 2017.[6] Pada 31 Julai, persetujuan dicapai antara IOC, Paris dan Los Angeles bahawa Paris akan menganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 dan Los Angeles pula akan menganjur pada tahun 2028.[7] Keputusan ini diumumkan semasa Mesyuarat IOC Sesi ke-131 yang dianjurkan di Lima, Peru pada 13 September 2017[8]
Sukan Olimpik Musim Panas 2024 |
---|
|
Bandaraya Paris, Hamburg, Budapest, Los Angeles dan Rom merupakan calon-calon tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralympik 2024. Namun begitu, Hamburg[a] dan Budapest[b] telah menarik diri daripada pembidaan tuan rumah disebabkan oleh bantahan daripada rakyatnya. [9][10] Bandar Rom pula menarik diri pada 21 September 2016 disebabkan kekangan fiskal.[11]
Ekoran daripada itu, Lembaga Eksekutif IOC bermesyuarat di Lausanne untuk membincang tentang proses pembidaan Sukan Olimpik dan Paralimpik edisi 2024 dan 2028.[12] Pada tahun 2017, pihak IOC mencadangkan secara rasminya pelantikan tuan rumah bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 dan 2028 diadakan pada masa yang sama. Cadangan tersebut akhirnya diluluskan semasa Mesyuarat Khas IOC yang diadakan di Lausanne, Switzerland pada 11 Julai 2017.[6] Perbincangan antara IOC dengan suruhanjaya pembidaan Paris dan Los Angeles telah diadakan selepas keputusan tersebut dibuat.[13]
Pada 31 Julai 2017, IOC mengumumkan Los Angeles sebagai calon tunggal untuk edisi 2028[14][15], maka Paris akan menjadi tuan rumah untuk edisi 2024. Kedua-dua keputusan ini telah diluluskan pada Sesi IOC ke-131.[16]
Pierre-Olivier Beckers-Vieujant dari Belgium telah dilantik oleh presiden IOC, Thomas Bach sebagai pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan IOC untuk Paris 2024 dan beliau dibantu oleh Patrick Baumann, yang turut merupakan pengerusi jawatankuasa tersebut bagi Los Angeles 2028.[17] Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 (Inggeris: Paris 2024 Organising Committee for the Olympic and Paralympic Games; Perancis: Comité d'organisation des Jeux olympiques et paralympiques d'été de 2024; Singkatan: POCOG atau COJO) ditubuhkan pada Januari 2018 untuk merancang, membiayai dan menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024.[18] Jawatankuasa tersebut dipengerusi oleh Tony Estanguet, seorang pemenang emas Olimpik kanu slalom tiga kali dan ahli IOC[19], manakala Etienne Thobois dilantik sebagai CEO jawatankuasa tersebut. [20]
POCOG diurus oleh Lembaga Pengarah yang diketuai oleh presidennya, Tony Estanguet, dan presiden kehormatnya, Bernard Lapasset.[21] Lembaga tersebut dianggotai oleh wakil daripada Jawatankuasa Olimpik dan Sukan Kebangsaan Perancis (CNOSF), Dewan Bandaraya Paris, kerajaan Perancis, kawasan Ile-de-France, Jawatankuasa Paralimpik dan Sukan Perancis (CPSF), Métropole du Grand Paris, Majlis Jabatan Seine-Saint-Denis dan bandar dan pekan yang terlibat dalam penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik tersebut.[18] Selain itu, terdapat juga wakil dari bidang sukan, sosial dan perniagaan.[21]
Bagi organisasi kerajaan, Jean Castex dilantik sebagai wakil antara kementerian (Interministrial delegate). Beliau digantikan oleh Michel Cadot pada Julai 2020.[22] Sebuah akta yang berkaitan tentang hal penganjuran Paris 2024 juga digubal pada tahun 2018.[23]
Lembaga Penyampaian Sukan Olimpik (Inggeris: Olympic Games Delivery Authority; Perancis: Société de Livraison des Ouvrages Olympiques; Singkatan: SOLIDEO) merupakan sebuah organisasi sektor awam yang berperanan untuk membiayai, menyelia dan menyediakan prasarana Sukan Olimpik dan Paralimpik, termasuk projek pembangunan dan pembangunan semula yang diperlukan untuk menganjur Paris 2024. [24][18][25] Lembaga ini dipengerusi oleh Anne Hidalgo dan diarah oleh Nicolas Ferrand.[26]
Terdapat 35 gelanggang yang akan digunakan untuk menganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024[27], dan sebanyak 95 peratus daripada jumlahnya merupakan kemudahan sukan yang sedia ada atau struktur yang sementara.[28] Hanya dua gelanggang, Pusat Akuatik yang terletak di Saint-Denis dan Pusat Memanjat Le Bourget, merupakan bangunan baharu yang akan dibina untuk tujuan penganjuran temasya sukan ini.[29] Sebanyak 14 gelanggang acara terletak dalam jarak 10km dari Kampung Olimpik dan Paralimpik,[27] dan kesemua gelanggang boleh dicapai dengan pengangkutan awam.[30] Selain itu, pelbagai acara juga akan diadakan di lokasi terkenal Paris, seperti Menara Eiffel (bola tampar pantai, bola sepak buta), Champs Elysees (triatlon dan para triatlon, maraton, lumba basikal lebuh raya), Istana Versailles (ekuestrian Olimpik dan Paralimpik) dan sebagainya.[28]
Penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024 pada asalnya dijangka akan menggunakan €6.6 bilion (RM33 bilion). Sebanyak €1.145 bilion (RM5.72 bilion) akan dibiayai oleh IOC, dan pihak kerajaan Perancis akan memperuntukkan €1.5 bilion (RM7.5 bilion) untuk penganjuran temasya sukan tersebut. Penajaan tempatan dijangkan akan menyumbangkan €1.1 bilion (RM5.5 bilion).[31] Namun begitu, laporan daripada pihak kerajaan menyatakan bahawa pembelanjaan ekstra sebanyak €500 juta (RM2,499 juta) mungkin diperlukan untuk penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik.[32] Hal ini adalah disebabkan oleh perluasan jaringan metro Paris dan pembinaan bangunan baharu untuk menganjurkan acara Olimpik dan Paralimpik. Tambahan lagi, pandemik COVID-19 mungkin akan menjejaskan pembelian tiket, yang asalnya dijangka akan menyumbang €1.5 bilion (RM5.5 billion) kepada bajet akhir. [31]
Ekonomi negara Perancis telah dijejaskan oleh pandemik COVID-19. Oleh itu, POCOG telah mengumumkan langkah-langkah mengurangkan bajet pada 30 September 2020, antaranya termasuklah pengurangan projek pembinaan gelanggang yang baharu.[33] Perubahan ini dijangka akan menjimatkan €400 juta (RM1,999 juta).
Setakat Jun 2021, bajet keseluruhan Paris 2024 telah mencapai €7.3 bilion (RM36.49 bilion),[31] €3.9 bilion (RM19.5 bilion) dibahagikan kepada POCOG,[34] €3.4bilion (RM17 billion) pula kepada SOLIDEO.
Sebanyak €186 juta (RM929.76 juta) telah diperuntukkan untuk tujuan keselamatan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024. Ramai pakar mengatakan anggaran tersebut terlalu rendah dan membandingkannya dengan kos keselamatan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2012 yang mencecah €846 juta (RM4,228.9 juta).[35] Selain itu, tentera Perancis juga sedang membangunkan teknologi anti-dron yang baharu yang boleh dijadikan sebagai salah satu langkah keselamatan untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024.[36]
Semasa proses pembidaan, pihak Paris telah berjanji bahawa kesemua gelanggang akan terletak di dalam jarak 400m dari stesen metro.[37] Sistem metro bandaraya Paris juga dipuji sebagai "sistem pengangkutan awam yang terbaik di dunia".[38] Rancangan pengangkutan Paris 2021 bergantung kepada pembukaan laluan baharu Grand Paris Express[39], serta perkhidmatan tren lapangan terbang yang baharu, Charles de Gaulle Express.[40] Namun, ramai orang mempersoalkan tarikh pembukaan sistem pengangkutan baharu yang asalnya dijangka akan disiap bina sebelum Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024.[39]
Pada 30 Julai 2021, adalah disahkan bahawa projek pembinaan Grand Paris Express tidak mampu disiapkan sebelum Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024.[41][42] Pembelanjaan bagi pengangkutan juga telah dikurangkan sebanyak €400 juta (RM1,999 juta) semasa pengurangan bajet keseluruhan dibuat pada September 2020.[43] Charles de Gaulle Express juga telah menghadapi penangguhan dan kini dijangka akan disiap bina pada akhir tahun 2025.[40]
Selain perkhidmatan metro, pihak penganjur juga merancang untuk menggantikan kesemua bas berkuasa diesel kepada bas elektrik pada tahun 2024.[37] Sebanyak 800 buah bas elektrik telah dibeli oleh Régie Autonome des Transports Parisiens, pengendali pengangkutan awam Paris, pada akhir bulan Julai 2021.[44] Projek pembinaan jaringan laluan basikal di kawasan Île-de-France turut dijalankan dan dijangka fasa pertama dan sebahagian besar fasa dua akan disiap bina pada tahun 2024.[45] Laluan tram yang baharu juga akan dibina dan digunakan semasa Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 berlangsung.[37]
Pertandingan dan pameran seni dan budaya telah diadakan sempena Sukan Olimpik sejak 1912.[46] Bagi Paris 2024, Olimpiad Budaya (Cultural Olympiad) telah bermula sebalik sahaja Sukan Olimpik 2020 tamat.[47] Program ini diketuai oleh Stéphane Fiévet, Pengarah Budaya Paris 2024,[48] dan dibahagikan kepada tiga fasa: penyertaan (musim luruh 2021-musim bunga 2024), sambutan (musim bunga-musim luruh 2024) dan warisan (musim luruh 2024).[49]
Sebuah karya dewangga telah direka oleh artis berbangsa Perancis-Iran, Marjane Satrapi dan akan mengambil masa selama 3 tahun untuk menghasilkannya.[50][51] Karya itu akan dihasilkan oleh kilang dewangga Gobelins and Beauvais.[52][53] Projek lain turut akan diadakan dan akan melibatkan penduduk kawasan Seine-Saint-Denis.[54] Dari 5 Januari hingga 1 Februari, sebuah pameran poster Olimpik telah diadakan di luar bangunan Dewan Bandaraya Paris. 24 poster rasmi dari Stockholm 1912 hingga Tokyo 2020 yang dibekalkan oleh Yayasan Olimpik untuk Budaya dan Warisan (Olympic Foundation for Culture and Heritage, OFCH), termasuklah beberapa poster yang ditunjukkan kepada orang awam buat kali yang pertama.[55]
Mulai 7 April 2022, pihak penganjur Paris 2024 telah melancarkan satu pangglian penyertaan terhadap semua artis dalam komuniti Terre de Jeux 2024. Terdapat dua cara untuk menyertai: penyertaan melalui Terre de Jeux, di mana artis akan membentangkan sebuah projek seni untuk diluluskan oleh pemegang label Terre de Jeux; penyertaan melalui panggilan projek, di mana artis akan memohon untuk mendapatkan tender dan subsidi untuk menghasilkan projek seninya (tawaran pertama bermula pada 20 Mei).[56][57] Pelbagai disiplin seni telah dimasukkan ke dalam program ini, termasuklah seni masak-memasak, seni jalanan, seni sarkas; budaya saintifik, pemainan video, sastera, fesyen dan kemewahan dan sebagainya.[57]
Gambar luar | |
---|---|
Logo Sukan Olimpik Musim Panas 2024 |
Logo Paris 2024 telah diumumkan pada 21 Oktober 2019 di Grand Rex, panggung wayang yang terbesar di Eropah.[58][59] Reka bentuk logo tersebut adalah berilhamkan gerakan Art Deco yang menjadi popular semasa 1924, iaitu semasa Paris menganjurkan Sukan Olimpik terakhinya sebelum Sukan Olimpik 2024. Logo tersebut menampilkan tiga simbol ikonik: pingat emas Olimpik dan Paralimpik, wajah Marianne yang merupakan personifikasi kebangsaan Perancis, serta api Olimpik dan Paralimpik.
Selain itu, wajah seorang figura perempuan juga memberikan penghormatan kepada Sukan Olimpik 1900 (turut dianjurkan di Paris) yang merupakan kali pertama peserta wanita dibenarkan untuk bertanding dalam Sukan Olimpik. [60] Penekanan kepada wajah manusia juga menyampaikan mesej bahawa "manusia" merupakan fokus utama edisi Sukan Olimpik dan Paralimpik ini.[58] Logo ini direka bentuk oleh syarikat Royalties Eco-Branding.[61]
Logo ini telah dikritik oleh orang ramai kerana reka bentuknya serupa dengan logo aplikasi memikat isteri atau salon rambut,[62][63] ada netizen pula mengibaratkannya dengan meme Karen yang merebak di media sosial atau gaya rambut seseorang selebriti.[64] Walaupun demikian, sebuah kajian mengatakan bahawa sebanyak 83% penduduk Paris yang menggemari reka bentuk logo ini.[65]
Tipografi Paris 2024 juga mendapat inspirasi daripada gaya fon Art Deco dan ketebalannya boleh diubah suai mengikut keperluan. Reka bentuknya juga bersifat mesra alam kerana aksara-aksaranya disusun secara rapat untuk menjimat kertas dan dakwat.[66] Selain itu, fail fon tersebut juga lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik walaupun mempunyai pelbagai variasi.[66]
Dari segi penggunaan warna pula, warna hitam telah digunakan sebagai warna utama dan warna latar belakang dalam media digital untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, manakala warna putih dijadikan sebagai warna dominan dalam media cetak untuk menjimatkan penggunaan dakwat.[67]
Senarai Penaja Sukan Olimpik Musim Panas 2024[68] |
---|
Rakan kongsi Olimpik sedunia: |
Rakan kongsi premium: |
Rakan kongsi rasmi: |
Penyokong rasmi:
|
Upacara pembukaan bermula pada 19:30 (CEST, GMT+2) pada 26 Julai 2024.[69] Ini adalah kali kedua dalam sejarah bahawa pembukaan Sukan Olimpik adalah di luar stadium, yang pertama ialah upacara pembukaan Sukan Olimpik Remaja Musim Panas 2018.[18] perarakan negara-negara telah diadakan sebagai sebahagian daripada perarakan bot di sepanjang Seine dari Pont d'Austerlitz ke Pont d'Iéna, dan protokol rasmi berlangsung di Place du Trocadéro dalam "stadium mini" sementara. Dianggarkan 320,000 penonton dijangka membarisi tebing Sungai Seine untuk menyaksikan laluan 80 bot yang membawa atlet terkenal.[70] 6-kilometer (3.7-batu) laluan perbarisan menampilkan unsur budaya upacara dan pemandangan mercu tanda Paris.[66][31] Majlis Sukan Olimpik Musim Panas 2024 dan Paralimpik akan diarahkan oleh Thomas Jolly.[71][72][73]
Penganjur telah mempromosikan majlis itu sebagai "majlis perasmian yang paling hebat dan boleh diakses dalam sejarah Olimpik", dengan presiden COJOP2024 Tony Estanguet menyatakan bahawa ia akan hadir secara percuma, menganggarkan bahawa ia boleh menarik seramai 600,000 penonton–menunjukkan matlamat keseluruhan untuk Paris 2024 menjadi "Olimpik rakyat".[37][74][66][31] Dijangkakan terdapat 100,000 penonton bertiket di tempat menonton di tebing bawah Sungai Seine, dan kira-kira 200,000 penonton di tempat menonton percuma di tebing atas (selain itu upacara boleh dilihat dari lokasi dan bangunan awam yang lain). Pada Mac 2024, disebabkan kebimbangan keselamatan, kerajaan Perancis mengarahkan akses ke lokasi bank atas adalah melalui jemputan sahaja,[37][75] dan pada April 2024, Presiden Macron menyatakan bahawa upacara itu boleh dikecilkan atau diadakan secara konvensional di Stade de France, jika perlu.[18][67][76]
Upacara pembukaan tableau vivant , berdasarkan tuhan Yunani Dionysus[77] dan menampilkan Ratu drag, telah dikritik secara meluas kerana mengejek agama Kristian oleh orang Kristian, Muslim, dan individu dan kumpulan konservatif, yang mentafsirkannya sebagai parodi Perjamuan Terakhir.[78][79] Katolik Bishop Robert Barron memanggilnya "ejekan kasar".[80] Pengulas Yahudi Dr Eli David menyebutnya sebagai "penghinaan yang keterlaluan terhadap Yesus dan Kristian" dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk menyebutnya "sangat tidak menghormati orang Kristian."[81] Timbalan Perdana Menteri Itali Matteo Salvini menggelarnya sebagai "leceh" dan berkata bahawa "Membuka Sukan Olimpik dengan menghina berbilion-bilion penganut Kristian di seluruh dunia adalah satu permulaan yang buruk."[82] Bekas Timbalan Perdana Menteri Australia Michael McCormack mengimbau ingatan tentera Australia Kristian yang mati mempertahankan Perancis.[83] Ahli politik pelampau kanan Perancis Marion Maréchal berkata "bukan Perancis yang bercakap tetapi minoriti sayap kiri".[78]
Juruhebah berbahasa Perancis merujuk Korea Selatan sebagai "République populaire démocratique de Corée" dan juruhebah berbahasa Inggeris sebagai "Republik Rakyat Demokratik Korea." Ini adalah nama penuh Korea Utara, bukan Korea Selatan, dan Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan membantahnya, menuntut pertemuan dengan Thomas Bach, permohonan maaf dan langkah-langkah untuk mengelakkan berulang.[84]
Berdasarkan polisi IOC, program Sukan Olimpik Musim Panas terdiri daripada 28 sukan "teras" mandatori yang diadakan berterusan dalam temasya yang berikutnya dan sebanyak 6 sukan pilihan yang boleh ditambah oleh IOC dan pihak penganjur 5 tahun sebelum temasya berlangsung untuk memupuk minat dalam kalangan penduduk tempatan,[85][86] dengan syarat bilangan peserta tidak melebihi 10,500 orang atlet.[87] Semasa Sesi IOC ke-131 pada September 2017, IOC meluluskan 28 sukan teras bagi program Paris 2024 yang juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik 2016, di samping mengundang pihak penganjur Paris 2024 untuk mencadangkan maksimumnya lima sukan tambahan untuk dipertimbangkan.[88][89]
Pada Ogos 2017, pihak penganjur Paris 2024 mengumumkan bahawa mereka akan berbincang dengan IOC dan organisasi e-sukan mengenai keberangkalian untuk memasukkan sukan tersebut ke dalam program Paris 2024.[90][91] Pada Julai 2018, IOC mengenal pasti bahawa mereka tidak akan mempertimbangkan e-sukan untuk diterapkan ke dalam program Sukan Olimpik 202.[92] Pada 21 Februari 2019, pihak penganjur Paris 2024 mengumumkan bahawa mereka akan mencadangkan kemasukan luncur papan selaju, sukan memanjat, dan luncur air yang juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik 2020 sebagai sukan pilihan, serta breaking.[93][94][92] Keempat-empat sukan tersebut telah diluluskan dalam Sesi IOC ke-134 di Lausanne, Switzerland pada 24 Jun 2019.[94][92][95]
Program Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan merangkumi 32 sukan dengan 329 acara.[96] Edisi ini merupakan edisi pertama sejak 1960 yang memiliki lebih kurang acara pertandingan daripada edisi sebelumnya. Bilangan acara untuk setiap disiplin telah dinyatakan dalam kurungan. Antara disiplin yang telah dikurangkan acaranya termasuklah karate (8) dan besbol/sofbol(2), yang telah digugurkan daripada program 2024, dan angkat berat (4 acara digugurkan). Dalam acara lumba kanu, 2 acara pecut telah digantikan oleh 2 acara slalom. Disiplin yang acaranya ditambah termasuk breaking (2), dimasukkan sebagai disiplin baharu, dan sukan memanjat, di mana acara 'gabungan' telah dipisahkan kepada dua acara yang tersendiri: acara 'pecut' dan 'boulder & lead'.
Pada Februari 2023, USA Boxing mengumumkan keputusannya untuk memboikot Kejohanan Dunia 2023 (anjuran Persatuan Tinju Antarabangsa) kerana atlet Rusia dan Belarus dibenarkan untuk bertanding tanpa sekatan, di samping menuduh IBA mensabotaj laluan kelayakan Sukan Olimpik 2024 yang telah diluluskan oleh IOC. Poland, Switzerland, Belanda, Britain, Ireland, Czechia, Sweden dan Kanada turut mengumumkan pemboikotan mereka.[97]
Program Sukan Olimpik Musim Panas 2024 | ||||
---|---|---|---|---|
|
204 daripada 206 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan diwakili pada Sukan Musim Panas 2024 dengan 54 daripada Afrika, 48 daripada Eropah, 44 daripada Asia, 41 daripada Amerika dan 17 daripada Oceania. Korea Utara kembali ke Sukan pada 2024 selepas terlepas edisi 2020. Dua pasukan tambahan, Atlet Neutral Individu (atlet dari Rusia dan Belarus) dan Pasukan Olimpik Pelarian, turut bertanding.
Berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, IOC menggantung Jawatankuasa Olimpik Rusia dan Belarus kerana melanggar Gencatan Senjata Olimpik. Atlet Rusia dan Belarus sebaliknya akan bersaing sebagai "Atlet Neutral Individu" (AIN) tanpa pengenalan kebangsaan,[98][99] selagi mereka tidak "aktif" menyokong perang.[100][101] Atlet neutral individu mesti diluluskan oleh setiap sukan persekutuan antarabangsa, dan kemudian panel IOC.[102] Sebagai atlet individu, AIN tidak akan dianggap sebagai delegasi semasa majlis perasmian atau dalam jadual pingat.[103][104][105]
Pasukan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2024 |
---|
|
Bilangan atlet mengikut Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan[c]
Kedudukan | JOK | Atlet |
---|---|---|
1 | Amerika Syarikat | 592 |
2 | Perancis | 573 |
3 | Australia | 460 |
4 | Jerman | 428 |
5 | Jepun | 403 |
6 | China | 388 |
7 | Sepanyol | 383 |
8 | Itali | 371 |
9 | Great Britain | 327 |
10 | Kanada | 315 |
11 | Brazil | 277 |
12 | Belanda | 258 |
13 | Poland | 210 |
14 | New Zealand | 195 |
15 | Hungary | 170 |
16 | Belgium | 165 |
17 | Afrika Selatan | 149 |
18 | Mesir | 148 |
19 | Korea Selatan | 141 |
20 | Ukraine | 140 |
21 | Argentina | 136 |
22 | Ireland | 134 |
23 | Switzerland | 127 |
24 | Denmark | 124 |
25 | India | 117 |
25 | Sweden | 117 |
27 | Serbia | 113 |
28 | Republik Czech | 111 |
29 | Mexico | 107 |
30 | Norway | 107 |
31 | Romania | 106 |
32 | Turki | 102 |
33 | Yunani | 100 |
34 | Slovenia | 90 |
35 | Israel | 88 |
35 | Nigeria | 88 |
37 | Colombia | 87 |
38 | Uzbekistan | 86 |
39 | Kazakhstan | 79 |
40 | Austria | 78 |
41 | Croatia | 73 |
41 | Portugal | 73 |
43 | Kenya | 72 |
44 | Cuba | 61 |
45 | Taipei Cina | 60 |
45 | Maghribi | 60 |
47 | Republik Dominika | 58 |
47 | Jamaica | 58 |
49 | Finland | 56 |
50 | Puerto Rico | 51 |
50 | Thailand | 51 |
52 | Lithuania | 50 |
53 | Chile | 48 |
53 | Azerbaijan | 48 |
55 | Bulgaria | 47 |
56 | Algeria | 45 |
57 | Ecuador | 40 |
57 | Iran | 40 |
59 | Pasukan Olimpik Pelarian | 37 |
60 | Hong Kong | 36 |
61 | Habsyah | 34 |
62 | Fiji | 33 |
62 | Venezuela | 33 |
64 | Atlet Neutral Individu | 32 |
64 | Mongolia | 32 |
66 | Indonesia | 29 |
66 | Latvia | 29 |
68 | Georgia | 28 |
68 | Paraguay | 28 |
68 | Slovakia | 28 |
71 | Tunisia | 27 |
71 | Zambia | 27 |
73 | Malaysia | 26 |
73 | Moldova | 26 |
73 | Peru | 26 |
76 | Uruguay | 25 |
77 | Angola | 24 |
77 | Estonia | 24 |
77 | Guinea | 24 |
77 | Samoa | 24 |
77 | Uganda | 24 |
82 | Mali | 23 |
82 | Singapura | 23 |
84 | Iraq | 22 |
84 | Filipina | 22 |
86 | Montenegro | 19 |
87 | Bahamas | 18 |
87 | Trinidad dan Tobago | 18 |
89 | Cyprus | 16 |
89 | Guatemala | 16 |
89 | Kyrgyzstan | 16 |
89 | Korea Utara | 16 |
89 | Vietnam | 16 |
94 | Armenia | 15 |
95 | Luxembourg | 14 |
95 | Qatar | 14 |
95 | Sudan Selatan | 14 |
95 | Tajikistan | 14 |
99 | Bahrain | 13 |
99 | Mauritius | 13 |
99 | Emiriah Arab Bersatu | 13 |
102 | Eritrea | 12 |
102 | Jordan | 12 |
104 | Botswana | 11 |
104 | Ivory Coast | 11 |
104 | Senegal | 11 |
107 | Lubnan | 10 |
108 | Kosovo | 9 |
108 | Kuwait | 9 |
108 | Arab Saudi | 9 |
111 | Albania | 8 |
111 | Bermuda | 8 |
111 | Burkina Faso | 8 |
111 | El Salvador | 8 |
111 | Ghana | 8 |
111 | Guam | 8 |
111 | Liberia | 8 |
111 | Palestin | 8 |
111 | Panama | 8 |
111 | Rwanda | 8 |
121 | Burundi | 7 |
121 | Tanjung Verde | 7 |
121 | Djibouti | 7 |
121 | Gambia | 7 |
121 | Haiti | 7 |
121 | Madagaskar | 7 |
121 | Mozambique | 7 |
121 | Nepal | 7 |
121 | Nicaragua | 7 |
121 | Niger | 7 |
121 | Macedonia Utara | 7 |
121 | Pakistan | 7 |
121 | Papua New Guinea | 7 |
121 | Tanzania | 7 |
121 | Zimbabwe | 7 |
136 | Afghanistan | 6 |
136 | Aruba | 6 |
136 | Cameroon | 6 |
136 | Costa Rica | 6 |
136 | Republik Demokratik Congo | 6 |
136 | Grenada | 6 |
136 | Guinea-Bissau | 6 |
136 | Libya | 6 |
136 | Monaco | 6 |
136 | Sri Lanka | 6 |
136 | Syria | 6 |
136 | Turkmenistan | 6 |
136 | Vanuatu | 6 |
149 | Antigua dan Barbuda | 5 |
149 | Bangladesh | 5 |
149 | Benin | 5 |
149 | Bosnia dan Herzegovina | 5 |
149 | Gabon | 5 |
149 | Guyana | 5 |
149 | Iceland | 5 |
149 | Maldives | 5 |
149 | Malta | 5 |
149 | San Marino | 5 |
149 | Suriname | 5 |
149 | Togo | 5 |
149 | Kepulauan Virgin | 5 |
162 | Barbados | 4 |
162 | Kepulauan Virgin British | 4 |
162 | Bolivia | 4 |
162 | Kepulauan Cayman | 4 |
162 | Republik Afrika Tengah | 4 |
162 | Comoros | 4 |
162 | Dominika | 4 |
162 | Timor-Leste | 4 |
162 | Honduras | 4 |
162 | Laos | 4 |
162 | Kepulauan Marshall | 4 |
162 | Namibia | 4 |
162 | Oman | 4 |
162 | Republik Congo | 4 |
162 | Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine | 4 |
162 | Saint Lucia | 4 |
162 | Sierra Leone | 4 |
162 | Sudan | 4 |
162 | Tonga | 4 |
162 | Yaman | 4 |
182 | Bhutan | 3 |
182 | Brunei | 3 |
182 | Kemboja | 3 |
182 | Chad | 3 |
182 | Guinea Khatulistiwa | 3 |
182 | Eswatini | 3 |
182 | Persekutuan Mikronesia | 3 |
182 | Kiribati | 3 |
182 | Lesotho | 3 |
182 | Malawi | 3 |
182 | Palau | 3 |
182 | Saint Kitts dan Nevis | 3 |
182 | São Tomé dan Príncipe | 3 |
182 | Seychelles | 3 |
196 | Samoa Amerika | 2 |
196 | Andorra | 2 |
196 | Kepulauan Cook | 2 |
196 | Mauritania | 2 |
196 | Myanmar | 2 |
196 | Kepulauan Solomon | 2 |
196 | Tuvalu | 2 |
203 | Belize | 1 |
203 | Liechtenstein | 1 |
203 | Nauru | 1 |
203 | Somalia | 1 |
Takwim ini adalah berdasarkan kenyataan akhbar COJOP2024 yang dikeluarkan pada Julai 2022. Takwim muktamad mungkin akan berubah.
Julai/Ogos 2024 | Julai | Ogos | Acara | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
24 Rabu |
25 Kha |
26 Jum |
27 Sab |
28 Ahad |
29 Isn |
30 Sel |
31 Rab |
1 Kha |
2 Jum |
3 Sab |
4 Aha |
5 Isn |
6 Sel |
7 Rabu |
8 Kha |
9 Jum |
10 Sab |
11 Aha | |||
Upacara | OC | CC | — | ||||||||||||||||||
Aquatics | Renang artistik | ● | ● | 1 | ● | 1 | 2 | ||||||||||||||
Terjun | 1 | 1 | 1 | 1 | ● | 1 | ● | 1 | 1 | 1 | 8 | ||||||||||
Renang maraton | 1 | 1 | 2 | ||||||||||||||||||
Renang | 4 | 3 | 5 | 3 | 5 | 4 | 3 | 4 | 4 | 35 | |||||||||||
Polo air | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | 1 | 1 | 2 | ||||
Memanah | ● | 1 | 1 | ● | ● | ● | 1 | 1 | 1 | 5 | |||||||||||
Olahraga | 2 | 1 | 5 | 3 | 3 | 5 | 5 | 6 | 8 | 9 | 1 | 48 | |||||||||
Badminton | ● | ● | ● | ● | ● | ● | 1 | 1 | 1 | 2 | 5 | ||||||||||
Bola keranjang | Bola keranjang | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | 1 | 1 | 2 | ||||
Bola keranjang 3×3 | ● | ● | ● | ● | ● | ● | 2 | 2 | |||||||||||||
Tinju | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | 1 | 2 | 2 | 4 | 4 | 13 | ||||||
Breaking | 1 | 1 | 2 | ||||||||||||||||||
Lumba kanu | Slalom | ● | 1 | 1 | ● | 1 | 1 | ● | ● | 2 | 6 | ||||||||||
Pecut | ● | ● | 4 | 3 | 3 | 10 | |||||||||||||||
Lumba basikal | Lebuh raya | 2 | 1 | 1 | 4 | ||||||||||||||||
Balapan | 1 | 1 | 2 | 2 | 2 | 1 | 3 | 12 | |||||||||||||
BMX | ● | 2 | ● | 2 | 4 | ||||||||||||||||
Bukit | 1 | 1 | 2 | ||||||||||||||||||
Ekuestrian | |||||||||||||||||||||
Dressage | ● | ● | 1 | 1 | 2 | ||||||||||||||||
Eventing | ● | ● | 2 | 2 | |||||||||||||||||
Lompat kuda | ● | 1 | ● | 1 | 2 | ||||||||||||||||
Lawan pedang | 2 | 2 | 2 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 12 | |||||||||||
Hoki padang | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | 1 | 1 | 2 | ||||||
Bola sepak | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | 1 | 1 | 2 | |||||||
Golf | ● | ● | ● | 1 | ● | ● | ● | 1 | 2 | ||||||||||||
Gimnastik | Artistik | ● | ● | 1 | 1 | 1 | 1 | 4 | 3 | 3 | 14 | ||||||||||
Berirama | ● | 1 | 1 | 2 | |||||||||||||||||
Trampolin | 2 | 2 | |||||||||||||||||||
Bola baling | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | 1 | 1 | 2 | ||||
Judo | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 1 | 15 | ||||||||||||
Pentatlon moden | ● | ● | 1 | 1 | 2 | ||||||||||||||||
Lumba dayung | ● | ● | ● | ● | 2 | 4 | 4 | 4 | 14 | ||||||||||||
Ragbi bertujuh | ● | ● | 1 | ● | ● | 1 | 2 | ||||||||||||||
Lumba layar | ● | ● | ● | ● | 2 | 2 | ● | ● | ● | 2 | 2 | 2 | 10 | ||||||||
Menembak | 1 | 2 | 2 | 2 | 1 | 1 | 1 | 2 | 1 | 2 | 15 | ||||||||||
Luncur papan selaju | 1 | 1 | 1 | 1 | 4 | ||||||||||||||||
Sukan memanjat | ● | ● | 1 | 1 | 1 | 1 | 4 | ||||||||||||||
Luncur air | ● | ● | ● | 2 | 2 | ||||||||||||||||
Ping pong | ● | ● | ● | 1 | ● | ● | ● | 1 | 1 | ● | ● | ● | ● | 1 | 1 | 5 | |||||
Tae kwon do | 2 | 2 | 2 | 2 | 8 | ||||||||||||||||
Tenis | ● | ● | ● | ● | ● | ● | 1 | 2 | 2 | 5 | |||||||||||
Triatlon | 1 | 1 | 1 | 3 | |||||||||||||||||
Bola tampar | Bola tampar pantai | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | 1 | 1 | 2 | ||||
Bola tampar | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | ● | 1 | 1 | 2 | ||||
Angkat berat | 2 | 2 | 2 | 3 | 1 | 10 | |||||||||||||||
Gusti | ● | 3 | 3 | 3 | 3 | 3 | 3 | 18 | |||||||||||||
Acara berpingat | 14 | 13 | 18 | 14 | 17 | 19 | 22 | 28 | 20 | 16 | 15 | 21 | 27 | 33 | 39 | 13 | 329 | ||||
Jumlah kumulatif | 14 | 27 | 45 | 59 | 76 | 95 | 117 | 145 | 165 | 181 | 196 | 217 | 244 | 277 | 316 | 329 | |||||
Julai/Ogos 2024 | 24 Rabu |
25 Kha |
26 Jum |
27 Sab |
28 Ahad |
29 Isn |
30 Sel |
31 Rab |
1 Kha |
2 Jum |
3 Sab |
4 Aha |
5 Isn |
6 Sel |
7 Rabu |
8 Kha |
9 Jum |
10 Sab |
11 Aha |
Jumlah acara | |
Julai | Ogos |
OC | Upacara pembukaan | ● | Acara pertandingan | 1 | Acara pingat emas | CC | Upacara penutupan |
* Tuan rumah (Perancis)
Kedudukan | NOC | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Amerika Syarikat | 40 | 44 | 42 | 126 |
2 | China | 40 | 27 | 24 | 91 |
3 | Jepun | 20 | 12 | 13 | 45 |
4 | Australia | 18 | 19 | 16 | 53 |
5 | Perancis* | 16 | 26 | 22 | 64 |
6 | Belanda | 15 | 7 | 12 | 34 |
7 | Great Britain | 14 | 22 | 29 | 65 |
8 | Korea Selatan | 13 | 9 | 10 | 32 |
9 | Itali | 12 | 13 | 15 | 40 |
10 | Jerman | 12 | 13 | 8 | 33 |
11 | New Zealand | 10 | 7 | 3 | 20 |
12 | Kanada | 9 | 7 | 11 | 27 |
13 | Uzbekistan | 8 | 2 | 3 | 13 |
14 | Hungary | 6 | 7 | 6 | 19 |
15 | Sepanyol | 5 | 4 | 9 | 18 |
16 | Sweden | 4 | 4 | 3 | 11 |
17 | Kenya | 4 | 2 | 5 | 11 |
18 | Norway | 4 | 1 | 3 | 8 |
19 | Ireland | 4 | 0 | 3 | 7 |
20 | Brazil | 3 | 7 | 10 | 20 |
21 | Iran | 3 | 6 | 3 | 12 |
22 | Ukraine | 3 | 5 | 4 | 12 |
23 | Romania | 3 | 4 | 2 | 9 |
24 | Georgia | 3 | 3 | 1 | 7 |
25 | Belgium | 3 | 1 | 6 | 10 |
26 | Bulgaria | 3 | 1 | 3 | 7 |
27 | Serbia | 3 | 1 | 1 | 5 |
28 | Republik Czech | 3 | 0 | 2 | 5 |
29 | Denmark | 2 | 2 | 5 | 9 |
30 | Azerbaijan | 2 | 2 | 3 | 7 |
Croatia | 2 | 2 | 3 | 7 | |
32 | Cuba | 2 | 1 | 6 | 9 |
33 | Bahrain | 2 | 1 | 1 | 4 |
34 | Slovenia | 2 | 1 | 0 | 3 |
35 | Taipei Cina | 2 | 0 | 5 | 7 |
36 | Austria | 2 | 0 | 3 | 5 |
37 | Filipina | 2 | 0 | 2 | 4 |
Hong Kong | 2 | 0 | 2 | 4 | |
39 | Algeria | 2 | 0 | 1 | 3 |
Indonesia | 2 | 0 | 1 | 3 | |
– | Israel | 1 | 5 | 1 | 7 |
41 | Poland | 1 | 4 | 5 | 10 |
42 | Kazakhstan | 1 | 3 | 3 | 7 |
43 | Afrika Selatan | 1 | 3 | 2 | 6 |
Jamaica | 1 | 3 | 2 | 6 | |
Thailand | 1 | 3 | 2 | 6 | |
46 | Atlet Neutral Individu | 1 | 3 | 1 | 5 |
47 | Habsyah | 1 | 3 | 0 | 4 |
48 | Switzerland | 1 | 2 | 5 | 8 |
49 | Ecuador | 1 | 2 | 2 | 5 |
50 | Portugal | 1 | 2 | 1 | 4 |
51 | Yunani | 1 | 1 | 6 | 8 |
52 | Argentina | 1 | 1 | 1 | 3 |
Mesir | 1 | 1 | 1 | 3 | |
Tunisia | 1 | 1 | 1 | 3 | |
55 | Botswana | 1 | 1 | 0 | 2 |
Chile | 1 | 1 | 0 | 2 | |
Saint Lucia | 1 | 1 | 0 | 2 | |
Uganda | 1 | 1 | 0 | 2 | |
59 | Republik Dominika | 1 | 0 | 2 | 3 |
60 | Guatemala | 1 | 0 | 1 | 2 |
Maghribi | 1 | 0 | 1 | 2 | |
62 | Dominika | 1 | 0 | 0 | 1 |
Pakistan | 1 | 0 | 0 | 1 | |
64 | Turki | 0 | 3 | 5 | 8 |
65 | Mexico | 0 | 3 | 2 | 5 |
66 | Armenia | 0 | 3 | 1 | 4 |
Colombia | 0 | 3 | 1 | 4 | |
68 | Korea Utara | 0 | 2 | 4 | 6 |
Kyrgyzstan | 0 | 2 | 4 | 6 | |
70 | Lithuania | 0 | 2 | 2 | 4 |
71 | India | 0 | 1 | 5 | 6 |
72 | Moldova | 0 | 1 | 3 | 4 |
73 | Kosovo | 0 | 1 | 1 | 2 |
74 | Cyprus | 0 | 1 | 0 | 1 |
Fiji | 0 | 1 | 0 | 1 | |
Jordan | 0 | 1 | 0 | 1 | |
Mongolia | 0 | 1 | 0 | 1 | |
Panama | 0 | 1 | 0 | 1 | |
79 | Tajikistan | 0 | 0 | 3 | 3 |
80 | Albania | 0 | 0 | 2 | 2 |
Grenada | 0 | 0 | 2 | 2 | |
Malaysia | 0 | 0 | 2 | 2 | |
Puerto Rico | 0 | 0 | 2 | 2 | |
84 | Ivory Coast | 0 | 0 | 1 | 1 |
Pasukan Olimpik Pelarian | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Peru | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Qatar | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Singapura | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Slovakia | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Tanjung Verde | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Zambia | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (91 NOC) | 329 | 330 | 385 | 1044 |
Semasa proses pembidaan mereka, POCOG telah menentukan sasaran agar 80% populasi negara Perancis akan melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara konsisten pada tahun 2024. Demi mencapai matlamat tersebut, sebuah kategori bagi orang awam dan atlet amatur telah diwujudkan dalam acara maraton buat kali yang pertama.[156] Peserta akan berlari di laluan yang sama dengan kategori atlet profesional pada hari yang sama. Selain itu, pihak penganjur juga menubuhkan Kelab Paris 2024 (Paris 2024 Club) yang boleh disertai oleh rakyat Perancis.[157] Peserta akan terlibat dalam beberapa cabaran yang berkaitan dengan sukan untuk memenangi mata ganjaran dan mempunyai peluang untuk menyertai larian obor, bertemu dengan tokoh sukan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti sukan dan budaya.[158]
Pelbagai aktiviti turut diadakan sempena Hari Olimpik untuk menggalakkan penyertaan sukan dalam kalangan rakyat Perancis. Sebuah balapan olahraga telah dibina di atas Sungai Seine semasa Hari Olimpik 2017 dan pada tahun 2019, sebanyak 700 projek telah diadakan di seluruh Perancis.[159] Minggu Olimpik dan Paralimpik dan program Generation 2024 turut diadakan di peringkat sekolah untuk mempromosikan sukan dalam kalangan pemuda.[160][161] Pihak penganjur Paris 2024 juga mengambil inisiatif untuk mewajibkan pelajar sekolah untuk bersukan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.[162]
POCOG telah mencadangkan beberapa langkah seperti pengurangan kadar cukai, menggubal Piagam Sosial Paris 2024 dan memperkenalkan kaedah penilaian bersukan di tempat kerja untuk menggalakkan penyertaan sukan dalam kalangan pekerja.[162]
Pusat Akuatik yang menganjurkan acara akuatik semasa Sukan Olimpik 2024 akan dijadikan pusat sukan komuniti bagi masyarakat Seine-Saint-Denis, yang kurang memiliki kemudahan sukan.[163] Bagi melibatkan seluruh negara Perancis dalam temasya sukan ini, program Terre de Jeux 2024 (Tanah Sukan 2024) telah diperkenalkan oleh POCOG.[164][165] Pihak berkuasa tempatan yang diiktiraf Terre de Jeux 2024 boleh memohon untuk dijadikan sebagai Pusat Penyediaan Sukan (Games Preparation Centre) yang akan berperanan sebagai pusat latihan untuk atlet dari seluruh dunia.[166][167]
Sebagai lokasi penandatangan Perjanjian Paris, bandaraya Paris berhasrat untuk menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik pertama yang mesra alam (climate positive) dan berkarbon rendah. [168] Pihak penganjur telah menentukan sasaran untuk mengurangkan sebanyak 50% pembebasan karbon berbanding dengan temasya sukan yang sebelumnya.[169] Demi mencapai objektif ini, pihak penganjur Paris 2024 telah mengurangkan pembinaan stadium dan bangunan yang baharu untuk mengurangkan jejak karbon temasya tersebut.[170] Bagi pembangunan yang tidak boleh dielakkan, kaedah pembinaan, pengoperasian dan penggunaan semula bahan yang lebih mesra alam telah diterokai dan diaplikasikan oleh kontraktor pembinaan.[171] Selain itu, kesemua gelanggang akan menggunakan tenaga elektrik yang boleh diperbaharui dan dapat dicapai dengan pengangkutan awam.[171][37] Perkhidmatan penyediaan makanan dan teknologi digital yang digunakan semasa Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 berlangsung juga akan berasaskan kelestarian.[172]
Selain mengurangkan jejak karbon temasya tersebut, pihak penganjur Paris 2024 juga berusaha mengimbangi pembebasan karbon yang tidak mampu dikurangkan, termasuklah karbon dioksida yang dibebaskan oleh aktiviti penerbangan yang dilakukan oleh pengunjung asing.[172] Demi mencapai matlamat tersebut, pihak penganjur Paris 2024 telah melabur dalam projek-projek pengimbangan karbon (carbon offsetting) yang telah diiktiraf di kelima-lima benua di dunia, antaranya termasuklah projek pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dan projek mengendalikan dapur yang lebih mesra alam kepada komuniti yang miskin.[169]
Bandaraya Paris juga mengambil kesempatan ini untuk membersihkan Sungai Seine yang akan menganjur acara renang maraton dan triatlon.[173] Lapang sasar menembak yang menganjurkan acara menembak yang asalnya merupakan tempat penyimpanan hidrokarbon tentera Perancis juga akan dibersihkan demi temasya tersebut. Selepas berakhirnya Sukan Olimpik dan Paralimpik, kawasan tersebut akan diubah suai menjadi kawasan ekologi yang baharu.[174]
Sebulan selepas Paris diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024, sebuah dokumen bocor menyatakan bahawa pegawai peringkat tinggi POCOG telah menerima gaji yang terlalu tinggi, dengan presidennya Tony Estanguet menerima lebih daripada €450,000 setahun (RM2,239,313) dan Pengarah Jeneralnya Etienne Thobois menerima gaji sebanyak €383,000 setahun (RM1,906,105).[175] Pemberian bonus kepada 60 kakitangan jawatankuasa pembidaan Paris 2024 yang akan berada di antara €4500 (RM22,395) dan €34,500 (RMM171,70) juga menimbul kontroversi di Perancis.[176] POCOG akhirnya bertindak dengan mengurangkan gaji bagi kedua-dua pegawai tersebut dan berjanji akan memastikan ketelusan atas jumlah gaji yang diberikan kepada kakitangannya.[177][178]
Penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 juga mendapat bantahan daripada penduduk tempatan jabatan Seine-Saint-Denis.[179] Hal ini adalah kerana mereka khuatir mereka akan ditempatkan semula ekoran daripada pembinaan bangunan dan gelanggang yang baharu di kawasan tersebut.[180]
Pembinaan Kampung Media turut dibantah oleh aktivis alam sekitar Perancis kerana bimbang projek tersebut akan menjejaskan koridor ekologi yang terletak di kawasan tersebut.[181] Keputusan untuk menganjurkan acara luncur air di Tahiti juga dikutuk kerana perjalanan penerbangan ke lokasi tersebut akan melepaskan karbon dioksida yang banyak, hal ini bertentangan dengan hasrat penganjur Paris 2024 yang ingin mengurangkan impak Sukan Olimpik terhadap alam sekitar.[182] Penggunaan kayu balak yang berasal dari hutan hujan tropika juga mendapat bantahan daripada persatuan-persatuan alam sekitar.[26]
Pemilihan pusat pameran Porte de Versailles sebagai gelanggang bola keranjang bagi pusingan awal dan suku akhir telah dikritik atas keadaannya. Siling gelanggang itu yang berketinggian 9 meter adalah siling yang paling rendah dalam sejarah Sukan Olimpik, manakala wujudnya juga kebimbangan kelembapan dalam gelanggang tersebut kerana kurang ventilasi. Beberapa pemain Perancis yang terkenal juga mengatakan keputusan untuk menggunakan gelanggang itu sebagai satu tanda "kurang menghormati pemain" serta memalukan.[183] Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) juga mengatakan kebimbangan mereka dan mencadangkan bahawa Porte de la Chapelle yang digunakan untuk acara badminton dan gimnastik berirama boleh menganjurkan pertandingan bola keranjang.[184] Walaupun pihak penganjur asalnya tidak berniat untuk mengubah tempat pertandingan dan menegaskan bahawa gelanggang tersebut memenuhi syarat FIBA,[184][185] namun mereka akhirnya telah mengumumkan bahawa mereka akan mencari tempat pertandingan baharu bagi acara tersebut.[186]
Selain gelanggang bola keranjang, wujudnya juga kebimbangan atas pemilihan La Courneuve, sebuah bekas tapak penyimpanan bahan kimia, sebagai tempat pertandingan menembak dengan Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa mengatakan bahawa kawasan tersebut adalah terlalu kecil untuk mengadakan acara tersebut. Pada masa yang sama juga wujudnya cabaran logistik dan teknikal untuk mengubah satu bekas tapak penyimpanan bahan kimia kepada satu tempat pertandingan. Wujudnya juga cadangan untuk menganjurkan acara tersebut di Châteauroux.[187][188]
Pada 12 Julai 2022, adalah diumumkan bahawa beberapa perubahan bagi pertandingan Sukan Oimpik dan Paralimpik 2024. Pertandingan menembak dan menembak Paralimpik telah dipindah di Châteauroux, manakala tempat pertandingan yang asal, La Courneuve, pula akan menganjurkan maraton Paralimpik dan lumba basikal jalan raya. Pusingan awal bagi acara bola keranjang pula akan diadakan di Stade Pierre-Mauroy. Pusingan awal bola baling pula akan dipindah ke pusat pameran Porte de Versailles yang asalnya menganjurkan pertandingan bola keranjang, sebelum kembali ke Stade Pierre-Mauroy bagi pusingan akhir. Sebuah tempat pertandingan baharu, Villepinte di kawasan Seine-Saint-Denis, pula akan menganjurkan pusingan awal meninju, pertandingan lawan pedang bagi pentatlon moden, dan bola tampar duduk semasa Sukan Paralimpik.[189]
Akhbar Perancis Libération melaporkan bahawa pekerja Sukan Olimpik diberi gaji sebanyak €80 (RM392.33) setiap hari tanpa apa-apa jua deklarasi rasmi, keselamatan sosial atau hari rehat. Terdapat pekerja yang meluahkan kemarahan dan ketidakpuasan hati mereka kerana mereka tidak menerima gaji yang dijanjikan dalam kontrak, manakala terdapat pekerja yang mengatakan bahawa pihak majikan tidak menyediakan peralatan keselamatan untuk mereka apabila melakukan kerja berisiko tinggi.[190]
Kemungkinan penyertaan atlet Rusia dan Belarus tetap merupakan topik kontroversial sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Pada Februari 2022, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesyorkan persekutuan sukan melarang atlet Rusia dan Belarus daripada menyertai pertandingan atas sebab pelanggaran Gencatan Senjata Olimpik.[191]
Pada Januari 2023, IOC mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan atlet Rusia dan Belarus sebagai neutral. Sebagai tindak balas, menteri sukan dan pelancongan Poland menyatakan bahawa sehingga 40 negara akan mempertimbangkan untuk memboikot Sukan Olimpik 2024 jika Rusia dan Belarusia tidak dikecualikan.[192][193] Pada 3 Februari 2023, Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Kebangsaan lima negara Nordik (Denmark, Finland, Iceland, Norway dan Sweden) mengeluarkan kenyataan bersama menentang penyertaan atlet Rusia dan Belarusia pada Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris.[194][195] Negara-negara yang telah mengancam boikot termasuk Denmark, Estonia, Latvia, Lithuania, Poland, Ukraine.[196][197] Antara negara lain yang terdapat spekulasi mengenai boikot termasuk United Kingdom, Kanada, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan.[198]
Pada 1 Februari 2023, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan sebuah laporan mencadangkan IOC untuk membenarkan semula atlet Rusia dan Belarus bertanding, serta menggesa pertubuhan tersebut memastikan "tiada atlet perlu memilih pihak dalam konflik tersebut" serta "mengambil lebih banyak langkah untuk melaraskan cadangannya dengan standard hak asasi manusia." PBB turut mengatakan bahawa IOC perlu memastikan setiap atlet tidak mengalami diskriminasi berdasarkan warganegaraannya. Laporan ini merumuskan bahawa "[keadaan pengutukan pencerobohan Rusia] membuka pintu kepada tekanan dan interpretasi. Peraturan yang sama mesti dikenakan kepada semua atlet tanpa membezakan kewarganegaraan. Hal ini termasuk peraturan untuk melarangkan apa-apa jua sokongan kebencian bangsa, kaum atau agama yang bakal menyebabkan diskriminasi, permusuhan atau keganasan".[199] Pelapor Khas PBB Alexandra Xanthaki dituduh menggunakan taktik propaganda Kesatuan Soviet, khasnya whataboutism, semasa menyeru agar atlet Rusia dan Belarus dibenarkan bertanding. Ketika disoal mengenai hubungan rapat antara atlet dengan agensi kebangsaan dalam negara-negara ini, beliau merujuk perang Iraq, Libya, Syria dan Israel, serta mempersoalkan ketiadaan keadaan yang sama dalam konflik-konflik tersebut. Beliau juga mengatakan bahawa semua negara-negara di Selatan Global menyokong pembenaran atlet Rusia bertanding.[200][201]
Negara-negara Asia dan Afrika telah mengatakan mereka akan menyokong usul untuk membenarkan atlet Rusia dan Belarus bertanding.[202][203] Pada 2 Februari 2023, Amerika Syarikat menyokong penyertaan atlet Rusia dan Belarus, namun hanya di bawah nama atlet neutral dengan kriteria yang ketat.[204] Pada 3 Februari, Republik Czech mengumumkan bahawa mereka tidak akan boikot.[205] Pada 8 Februari, Greece juga menentang tindakan boikot dalam apa-apa jua bentuk serta pempolitikan Sukan Olimpik, dan secara tidak langsungnya mengesahkan penyertaan mereka.[206] Pada Mac 2023, Australia dan Jerman mengatakan bahawa mereka akan menyokong penyertaan atlet Rusia dan Belaurs, walaupun Jerman mengatakan bahawa mereka tidak suka usul tersebut.[207][208]
Pada Februari 2023, IOC mengesahkan bahawa mereka belum lagi membincang secara rasminya sama ada atlet Rusia dan Belarus boleh bertanding atau tidak, namun ketua IOC, Thomas Bach, telah mengatakan bahawa hal ini tidak seharusnya ditentukan oleh kerajaan kebangsaan, menunjukkan bahawa beliau juga menentang usul untuk melarangkan atlet Rusia dan Belarus daripada bertanding.[209] Pada 22 Mac 2023, Bach mengulangi pendiriannya untuk membenarkan atlet Rusia dan Belarus bertanding, serta menentang pengaruh politik terhadap sukan dan "apa-apa cadangan bahawa orang Rusia perlu dilayan seolah-olahnya mereka mempunyai kebersalahan secara kolektif".[210]
IOC kemudiannya mengeluarkan satu pernyataan bahawa mereka menyokong atlet Rusia dan Belarus bertanding, dengan syaratnya mereka tidak menyokong perang tersebut secara "aktif" serta tidak bertanding di bawah bendera, lagu kebangsaan, warna, dan pertubuhann mereka (maka mereka tidak boleh bertanding di bawah Jawatankuasa Olimpik Rusia seperti dalam Tokyo 2020 dan Beijing 2022). IOC turut mengatakan bahawa mereka "menghargai" usaha Majlis Olimpik Asia membenarkan atlet Rusia/Belarus bertanding dalam pertandingan Asia, serta membandingkan keadaan ini dengan keadaan Peserta Olimpik Bebas di Sukan Olimpik Musim Panas 1992.[211] IOC turut mengatakan bahawa "penerokaan IOC mendapat banyak sokongan daripada Persekutuan Antarabangsa, organisasi penaungnya (Persatuan Persekutuan Antarabangsa Sukan Olimpik Musim Panas (ASOIF)), Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK), termasuk kelima-lima Persatuan Benua (Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afrika, Jawatankuasa Olimpik Eropah, Majlis Olimpik Asia, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Oceania dan and Panam Sports) serta Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (ANOC) yang mewakili 206 buah JOK."[211]
Kenyataan PBB dan IOC membangkitkan reaksi kemarahan daripada pegawai Ukraine, yang menuduh mereka memujuk Rusia.[212]
Pada 4 Mac 2023, Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afrika mengumumkan sokongan mereka terhadap keputusan IOC dan penyertaan anggota negaranya dalam Sukan Olimpik.[213]
Pada 10 Mac 2023, Persekutuan Lawan Pedang Antarabangsa (FIE) menjadi badan pentadbir Olimpik yang pertama yang membenarkan atlet dan pegawai Rusian dan Belarus daripada bertanding semula, sebelum proses kelayakan Sukan Olimpik 2024.[214] Sebagai tanda protes, Denmark,[215] France,[216] Jerman,[217] dan Poland[218] membatalkan acara Piala Dunia lawan pedang yang akan datang untuk mengelakkan atlet Rusia dan Belarus daripada bertanding. Pada April 2023, adalah didedahkan bahawa Konfederasi Lawan Pedang Eropah telah mengutus sebuah surat kritikal kepada FIE yang menggariskan penentangannya terhadap rancangan FIE.[219]
Setakat Mei 2023, selepas Persekutuan Lumba Kanu Antarabangsa (ICF) membenarkan atlet Rusia dan Belarus bertanding, bilangan persekutuan sukan antarabangsa yang melakukan demikian telah meningkat ke 10.[220]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.