Niki (penyanyi)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nicole Zefanya (lahir 24 Januari 1999), yang juga dikenali dengan nama pentasnya NIKI, ialah seorang penyanyi-penulis lagu dan penerbit rakaman Indonesia. Beliau dilibatkan dalam payung label rakaman Amerika Syarikat 88rising.[3]
Niki Zefanya | |
---|---|
![]() Niki Zefanya pada tahun 2022 | |
Kelahiran | Nicole Zefanya 24 Januari 1999 |
Warganegara | Indonesia |
Nama lain | NIKI |
Pendidikan | Lipscomb University, Sekolah Pelita Harapan |
Pekerjaan | |
Ibu bapa | Julia Josephine Tangkau (ibu) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Alat muzik | |
Syarikat rakaman |
|
Kegiatan berkaitan |
|
Awal hidup
Nicole Zefanya lahir pada 24 Januari 1999 di Jakarta, beliau turut dibesarkan di sana. Beliau membesar mendengarkan lagu-lagu R&B zaman 1990 an seperti Destiny's Child dan Aaliyah yang dikongsi ibunya.[4] Beliau bersekolah di Sekolah Pelita Harapan Lippo Village, sebuah sekolah swasta antarabangsa di Jakarta.
Pada ketika zaman persekolahan ini, Niki Zefanya menjadi masyhur dengan cover dan lagu asli karyanya di YouTube, dengan meraih lebih dari 40,000 pelanggan ada beberapa lagu lamanya yang masih bisa ditemukan di dunia maya meskipun cuba dipadam sekali dengan saluran lama itu.
Kerjaya muzik
Niki Zefanya kemudian menerbitkan lagu "Polaroid Boy" dan "Anaheim" secara mandiri pada 2016 dan 2017. Pada 2017, Niki Zefanya pindah ke Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat untuk meneruskan pengajian seni muzik di sebuah universiti di sana, di situ jugalah beliau menerbitkan lagu “See U Never” dan “I Like U” di bawah payung label rakaman Amerika Syarikat 88rising sebagai penyanyi.[1] Dalam wawancaranya dengan akhbar KOMPAS, Niki Zefanya mengaku bahawa penyertaan beliau hasil diundang oleh Rich Brian setelah Brian mendengar lagunya di YouTube dan kemudian menghubunginya langsung.[3] Beliau kemudian merilis lagu “Vintage” pada 2 Mei 2018 sebagai singel pertama dari EP-nya yang bertajuk Zephyr.[5]
Pada 23 Mei 2018, EP terulung NIKI Zephyr diterbitkan. Beliau mengatakan bahawa beliau terilham dari kisah asmara masa remaja muda yang dirasa lebih mudah dicerna lantaran lazim dialami semua lapisan masyarakat.[6] Dalam wawancaranya, Niki Zefanya menyebut:[6]
Aku ingin membuat seperti cerminan siapa diriku, seperti jalurku, ketika aku tumbuh bersama dengan musik R&B. Aku ingin memastikan elemen itu ada di album dan aku merasa aku melakukannya dalam chord-nya, melodinya, struktur musiknya, aku ingin itu seperti lebih banyak di genre R&B. Aku juga pingin ada elemen pop, jadi orang bisa suka.
Niki Zefanya kemudian menerbitkan EP keduanya yang bertajuk wanna take this downtown? dengan singel "Lowkey" pada April 2019.[3]
Gaya persembahan
Dengan suaranya yang lembut dan khas, Niki Zefanya mendapatkan beberapa julukan, seperti "R&B Princess" oleh VICE Indonesia.[4]
Ulasan Aisyah Pravita di GilaNada.com untuk EP Zephyr menyebut bahawa EP tersebut "terasa halus dan ringan untuk didengarkan kapanpun". Beliau juga menjolok Niki Zefanya sebagai "ratu baru R&B lokal" sambil menambahkan bahawa "jika kalian menikmati musisi-musisi seperti Kehlani, SZA, Jhene Aiko, atau H.E.R., kalian akan merasa sangat bangga dan bersyukur Niki Zefanya berasal dari Indonesia. Niki Zefanya adalah artis lokal dengan kualitas internasional."[7]
Diskografi
Extended play
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Zephyr |
|
wanna take this downtown? |
|
Single
Sebagai penyanyi utama
Judul | Tahun | Album |
---|---|---|
"Awali Hari Dengan Cinta" | 2014 | Single tanpa album |
"Polaroid Boy" | 2016 | |
"Anaheim" | 2017 | |
"See U Never" | ||
"I Like U" | ||
"Chilly" | ||
"Vintage" | 2018 | Zephyr |
"Spell" | ||
"Dancing with the Devil" | ||
"Warpaint" | Head in the Clouds | |
"lowkey" | 2019 | wanna take this downtown? |
"Every Summertime" | 2021 | Single tanpa album |
"Before" | 2022 | Nicole |
"High School in Jakarta" |
Sebagai penyanyi undangan
Judul | Tahun | Album |
---|---|---|
"Little Prince" (Rich Brian tampilan Niki) |
2018 | Amen[8] |
"La Cienega" Niki dan Joji |
Head in the Clouds (album) | |
"Plans" Niki dan Vory | ||
"Poolside Manor" Niki dan AUGUST 08 | ||
"I Want In" Niki dan AUGUST 08 |
Konsert jelajah
Sebagai pembuka
- Taylor Swift - The Red Tour (Jakarta) (2014)[9]
- Rich Brian - Australia & New Zealand Tour (2018)[10]
- Halsey - Hopeless Fountain Kingdom World Tour (Asia) (2018)[11]
- H.E.R. - Back of My Mind Tour (US) (2021)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.