From Wikipedia, the free encyclopedia
Gabriella Sarmiento Wilson (lahir 27 Jun 1997), lebih dikenali sebagai H.E.R. (disebut "her", singkatan Having Everything Revealed), ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat.[1][2][3] Sebelum terkenal sebagai H.E.R., Wilson mula dikenali semasa menyertai dalam rancangan stesen Radio Disney Next Big Thing pada 2009. Beliau kemudian menandatangani kontrak dengan label rakaman RCA Records pada usia 14 tahun dan melancakan single "Something to Prove" dengan menggunakan nama sebenarnya pada 2014.[4]
H.E.R. | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Gabriella Sarmiento Wilson |
Kelahiran | Vallejo, California, Amerika Syarikat | 27 Jun 1997
Genre | |
Pekerjaan |
|
Instrumen |
|
Tahun aktif | 2009–kini |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | https://everythingrevealed.her-official.com/ |
Wilson muncul kembali pada 2016 dengan nama H.E.R., dan melancarkan EP perdananya berjudul H.E.R. Volume 1. Selepas itu, beliau melancarkan lanjutan EP sebelumnya, H.E.R. Volume 2 (2017), The B Sides (2017), I Used to Know Her: The Prelude (2018), dan I Used to Know Her: Part 2 (2018). Album kompilasi sulungnya, H.E.R. dikeluarkan pada Oktober 2017, terdiri dari lagu-lagu lama dari dua album EP terawalnya dengan tambahan enam lagu. H.E.R. dicalonkan dalam lima kategori Anugerah Grammy bagi yang ke-61 pada 2019, memenangi Penampilan R&B Kontemporari Terbaik dan Album R&B Kontemporari Terbaik.[5]
Pada tahun 2020, beliau dicalonkan dalam lima kategori Anugerah Grammy bagi edisi ke-62, termasuk Album of the Year untuk I Used to Know Her dan Song of the Year untuk "Hard Place".[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.