Stephanie Poetri
penyanyi wanita asal Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Stephanie Poetri Dougharty (lahir 20 Mei 2000) atau lebih dikenali sebagai Stephanie Poetri seorang penyanyi dan pelakon Indonesia.
Remove ads
Awal hidup
Stephanie Poetri Dougherty lahir pada 20 Mei 2000 di Jakarta.[1] Beliau anak sulung kelahiran hasil perkahwinan Titi Dwi Jayati dengan suami keduanya Andrew Hollis Dougharty, seorang guru muzik warganegara USA.[2] Beliau turut mempunyai tiga orang kakak tiri bernama Salmaa Chetizsa Muchtar, Salwaa Chetizsa Muchtar, dan Daffa Jenaro Muchtar.[3]
Kerjaya permuzikan
Awal kerjaya
Walaupun merupakan anak dari seorang Diva Indonesia, beliau tidak merasa aji mumpung dapat berkiprah dalam industri hiburan. Beliau sempat mencuba nasib dalam pencarian penyanyi berbakat Indonesian Idol Junior pada tahun 2014. Kemudian, pada tahun 2015, beliau sempat mencuri perhatian dengan menyanyikan Bimbang karya Melly Goeslaw untuk runut bunyi filem Ada Apa Dengan Cinta? 2.[4]
2016 - sekarang: Appreciate dan I Love You 3000
Pada 12 April 2019, Stephanie Poetri merilis lagu Appreciate yang ditulis oleh dirinya dan ibunya, Titi DJ. Selain itu, mereka anak-beranak menjadi executive producer dalam lagu tersebut. Lagu tersebut di bawah naungan perusahaan ternama asal Indonesia, Trinity Optima Production. Video muzik lagu tersebut di rilis pada 19 April bersamaan dengan rilisnya lagu tersebut dalam versi bahasa Inggeris. Video musik diunggah di saluran YouTube pribadinya dan telah ditonton oleh dua juta lebih pasang mata.[5][6][7]
Pada 3 Jun 2019, Stephanie Poetri membuat kesuksesan lagu I Love You 3000 membuat Stephanie Poetri dikontrak oleh perusahaan rekaman teernama asal Amerika Syarikat, 88 Rising. Pernyataan itu beliau sampaikan saat diwawancarai diwawancarai oleh kanal YouTube The Lunch Table seusai beliau tampil di festival musik bertajuk Head in the Clouds Festival yang menampilkan pemuzik besutan 88 Rising. Beliau merupakan seniman ketiga asal Indonesia yang memasuki label 88 Rising setelah Rich Brian dan NIKI.[8] Beliau kemudiannya berkolaborasi dengan Jackson Wang, salah satu anggota boyband asal Korea Selatan iaitu GOT7, untuk versi remix dari lagu I Love You 3000 dengan tajuk I Love You 3000 II. Duet mereka tersebut terungkap dari daftar lagu dalam album Head in the Clouds II yang akan dirilis pada 11 November 2019.[9] Album tersebut berhasil menduduki tempat puncak carta lagu di Cina. Selain itu, sejumlah lagu dalam album bertajuk Head In The Clouds II cukup berjaya di negara tersebut, termasuk I Love You 3000 II dengan menduduki peringkat pertama.[10]
Remove ads
Diskografi
Singel
Lagu lain yang memasuki carta
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
