Surau (Jawi: سوراو) ialah sebuah bangunan tempat berhimpun bagi penganut Islam di Semenanjung Tanah Melayu dan sesetengah kawasan di Sumatera yang digunakan untuk ibadah dan kegiatan keagamaan. Secara umumnya, struktur binaan kecil, namun fungsinya hampir sama dengan masjid, semua lelaki dan wanita dibenarkan masuk, dan digunakan untuk kegiatan keagamaan dan majlis perayaan. Penubuhan institusi ini dibangunkan dengan kesepakatan dan pendanaan masyarakat tempatan. Surau boleh dibandingkan sama seperti zawiyah dalam dunia Arab.[2] Dalam masyarakat Minangkabau, mereka menyambung tradisi sebelum kedatangan Islam, iaitu surau sebagai tempat tinggalnya kaum lelaki, dan tempatnya mulia di sisi masyarakat.[3]
Surau | |
---|---|
Maklumat umum | |
Status | Ibadah dan pengajian agama |
Jenis | Bangunan keagamaan |
Gaya seni bina | Melayu |
Bandar/pekan | Semenanjung Malaysia dan Sumatera Barat[1] |
Negara | Indonesia dan Malaysia |
Pemilik | Minangkabau |
sunting · sunting di Wikidata |
Dalam kegunaan semasa, "surau" merujuk kepada masjid yang kecil, atau ruangan khas di bangunan=bangunan orang ramai (seperti pusat beli belah, universiti, atau kawasan rehat di lebuh raya) bagi lelaki dan wanita untuk menunaikan solat.
Gambaran umum
Peristilahan dan takrifan
Nama "surau" ini merupakan serapan bahasa Minangkabau yang berkongsi akar dengan bahasa Batak (ᯚᯮᯒᯬ suro) merujuk kepada suatu tempat sembahan roh nenek moyang. Ia tidak sahaja diterapkan dalam pemahaman Islam setempat menjadi tempat menyembah Tuhan yang esa seperti yang diketahui hari ini,[4][5] malah tetapi diperluas menjadi tempat penyebaran ilmu keislaman.[6] Menurut penulis Minangkabau A. A. Navis, surau merupakan tempat berkumpulnya anak laki-laki yang sudah akil baligh untuk tidur di malam hari[lower-alpha 1] serta menekuni bermacam ilmu dan keterampilan.[7][8][9] Menurut cendekiawan Islam Azyumardi Azra, kedudukan surau dalam masyarakat Minangkabau serupa dengan pesantren di Jawa namun peranan tersebut beransur surut selepas Indonesia merdeka kerana menguatnya lembaga pendidikan Islam di Indonesia meunnduk pada aturan pemerintah negara itu.[10]
Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi surau secara tepat: ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula hanya bererti "tempat bersolat" sahaja.
Nota
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.