Sekolah pondok (Jawi: سكوله ڤوندوق) atau pesantren (Pegon: ڤسانترَين) ialah sebuah institusi pendidikan tradisional Islam yang banyak diamalkan di wilayah Nusantara seperti Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand. Sistem pendidikan ini berfokuskan pengajian ilmu Islam dan biasanya mempunyai asrama. Sistem pondok yang diamalkan ini tiada had usia dan tidak mengira latar belakang sesiapa. Sesiapa sahaja boleh datang pada bila-bila masa untuk menuntut ilmu, meliputi semua ilmu akhirat.

Pengaruh sistem pengajian tradisional pondok dipercayai bertapak di Tanah Melayu sekitar abad ke-18 dan ke-19. Sifat berpegang kuat kepada prinsip agama, menghormati institusi Raja Melayu dan budaya khidmat kepada komuniti antara perkara yang ditekankan dalam pengajian warisan Islam ini, selari dengan penekanan adab dalam kehidupan orang Melayu. Budaya pengajian pondok memberi kesan langsung kepada identiti masyarakat Melayu Islam[1].

Kurikulum pengajian di pondok bersifat menadah kitab dari kulit ke kulit. Kitab yang digunakan ialah kombinasi dari kitab jawi dan Arab, contohnya dalam ilmu tauhid, kitab dalam bahasa Arab yang digunakan seperti Hasyiah al-Syarqawi, Hasyiah al-Bajuri dan syarah kepada Matan Jauharah. Selain itu, ilmu tasawuf juga ditekankan di sekolah pondok. Pendidikan tasawuf ini dapat dilihat apabila pengajar menekankan aspek kerohanian, termasuk melazimi solat jemaah dan bacaan wirid selepas solat.[1] Selain itu juga menawarkan seberapa bidang sampingan dengan tingkat yang berbeza-beza mengikut budi bicara pengajar selain mengaji yakni pelatihan kemahiran vokasional dan pembangunan jatidiri.[2]:47-70

Etimologi

"Pondok" serapan Arab: فُنْدُق, rumi: funduq yang diuraikan "rumah/kediaman berhias untuk musafir berupah" malah diberi makna lanjut sebagai "hotel" dalam konteks moden.[3] "Pesantren" terbitan kata سانتري santri merujuk kepada para pelajar badan sebegini;[4][2]:48 C.C. Berg mengusulkannya serapan Sanskrit शास्त्रिन् śāstrin bererti "orang-orang yang tahu kitab suci agama Hindu" (sekembar kata sastera) lalu dilihat menunjukkan kemiripan pendidikan ini kepada badan-badan seumpama dalam kalangan anak muda yang dilatih menjadi pendeta pada zaman Hindu-Buddha.[5][6]

Sejarah pendidikan

Di Tanah Melayu

Era sebelum kedatangan penjajah masyarakat mempunyai sebuah sistem informal yang mengkhususkan dan menumpukan pendidikan agama kepada segenap generasi pada zaman itu. Antara usaha yang di jalankan oleh pewaris baharu pada zaman dahulu untuk melahirkan orang yang tinggi ilmu agama pada zaman itu. Kedatangan British membawa kepada pengenaklan sistem yang berbentuk sekuler pada waktu itu dan menjadi saingan sistem informal masyarak melayu pada waktu itu.

Berikutan kedudukan mereka sebagai pemerintah, British turut sama menjalankan kempen propaganda bagi melemahkan gerakan sekolah pondok. Namun pendidikan pondok gagal dikuburkan oleh British malahan semakin utuh dilanda badai khasnya di mana sistem itu bermula,

Sejak bila sistam pondok di perkenalkan? Tidak diketahui sebenar sistem penubuhan pondok ini. di anggarkan tariknya sekitar abad ke18.

Di Jawa

Di Pattani

Lihat juga

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.