From Wikipedia, the free encyclopedia
Kitab kuning, dalam pendidikan agama Islam, merujuk kepada buku-buku tradisional yang mengandungi mata pelajaran pengajian Islam (diraasah al-islamiyyah) yang diajarkan di sekolah pondok atau pesantren, bermula dari akidah, fiqah, akhlak, tatabahasa Arab (nahu dan saraf), hadis, tafsir, ilmu-ilmu al-Quran termasuklah ilmu kemasyarakatan (muamalah) dan pentadbiran Islam (siasah). Kitab ini dikenali juga sebagai kitab gondol kerana ia mengandungi tulisan Arab tanpa baris. Kemahiran dalam tatabahasa Arab (nahu dan saraf) diperlukan bagi membolehkan kitab kuning dibaca. Pengajian menggunakan kitab ini juga menjadi faktor mendalami ilmu tatabahasa Arab[1].
Ahli antropologi Clifford Geertz dari Amerika Syarikat dalam bukunya yang berjudul Abangan, Santri, Priyayi Dalam Masyarakat Jawa[2] memasukkan sedikit cerita mengenai kitab kuning. Selain itu, buku karangan penyelidik Belanda, Martin van Bruinessen yang berjudul Kitab Kuning, Pesantren, dan Tarekat,[3] membahaskan sejarah kitab kuning dan pendidikan Islam tradisional di Indonesia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.