From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam geografi, mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah. Biasanya arah mata angin digunakan semasa memandu arah atau mengemudi, semasa menggunakan kompas dan menggunakan peta.
Terdapat 4 mata angin pusat yang utama: utara, selatan, timur dan barat, serta empat arah pengantara mata-mata ini iaitu timur laut, tenggara, barat daya dan barat laut.
Utara, timur, selatan dan barat merupakan empat mata angin utama. Utara dan selatan menggambarkan kutub Bumi, manakala timur dan barat menentukan arah putaran Bumi. Matahari terbit di timur dan tenggelam di barat.
Masyarakat Austronesia yang menuturkan bahasa induk kepada bahasa Melayu di kawasan Sumatera asasnya membahagikan arah tempat mengikut jarak dari jasad air besar yang berdekatan iaitu sama ada di tanah pedalaman meninggi yakni *daya[1] mahupun menurun ikut sungai ke muara di hilir yakni *lahud;[2][3] Bahasa Melayu lama muncul dengan dua istilah iaitu "daya" dan "laut".
Walau bagaimanapun, perubahan politik yang berlaku pada abad ke-14 mengalihkan tumpuan budaya kepada semenanjung Melayu yang lebih berdekatan dengan tanah besar Asia memaksa pengungkapan arah yang berbeza:[3] arah "laut" digantikan dengan "utara" meminjam dari bahasa Sanskrit sementara "selatan" dimunculkan hasil pengimbuhan perkataan "selat" yakni menggambarkan arah terletaknya selat Melaka.[3] "Barat" dan "timur" masing-masing datang dari turunan penungkapan Austronesia untuk angin-angin monsun yang meniupr dari dua arah ini iaitu *timuR[4] (dari arah tenggara semenanjung) dan *habaRat (dari arah barat laut semenanjung).[5][3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.