From Wikipedia, the free encyclopedia
Sistem maklumat geografi (SMG atau GIS, singkatan geographic information system), sains maklumat geografi, atau kajian maklumat georuang ialah sistem yang direka untuk menangkap, menyimpan, mengolah, menganalisis, mengurus, dan mempersembahkan kesemua jenis data rujukan geografi.[1] Dalam istilah yang paling mudah, SMG ialah gabungan antara teknologi kartografi, analisis statistik, dan pangkalan data.
Pengertian SMG adalah luas dan boleh merujuk kepada sebilangan teknologi, proses, serta kaedah yang berbeza-beza. Ia dikaitkan dengan pelbagai operasi dan kebanyakan penggunaan yang berkaitan dengan kejuruteraan, perancangan, pengurusan, pengangkutan, logistik, insurans, telekomunikasi, dan urusniaga.[2] Atas sebab itu, SMG dan aplikasi-aplikasi bijak-lokasi boleh menjadi asas untuk kebanyakan perkhidmatan tahu-kedudukan (location enabled service) yang bergantung kepada analisis, penampakan dan penyebaran hasil untuk membuat keputusan secara usaha sama.
Antara penggunaan analisis ruang yang pertama dalam epidemiologi ialah "Rapport sur la marche et les effets du choléra dans Paris et le département de la Seine" yang dibuat pada tahun 1832.[3] Dalam laporan itu, Charles Picquet, seorang ahli geografi Perancis, telah membentangkan 48 daerah bagi kota Paris dengan warna gradien hafton mengikut peratus kematian akibat kolera per 1,000 orang penduduk.
Dalam tahun 1854 pula, John Snow menggambarkan wabak kolera di London menggunakan titik-titik bagi mewakili kedudukan kes-kes individu, mungkin antara yang terawal menggunakan kaedah geografi dalam epidemiologi.[4] Kajiannya tentang taburan kolera tersebut membolehkan punca penyakit itu dikesan, iaitu pam air Broad Street (wabak dihapuskan dengan memutuskan sambungan pam tersebut).
Walaupun unsur-unsur asas topografi dan tema dalam peta John Snow telah sedia wujud dalam kartografi, namun ia adalah unik dari segi pengguaan kaedah kartografi yang bukan hanya untuk memberi gambaran tetapi juga untuk menganalisis gugusan bagi fenomena yang bergantung kepada geografi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.