From Wikipedia, the free encyclopedia
Azimut atau sumut (Arab: اَلسُّمُوت, rumi: as-sumūt bentuk jamak السَّمْت as-samt "jalan, laluan"[1]) ialah pengukuran sudut dalam sistem koordinat sfera. Vektor dari pemerhati kepada titik pemerhatian diunjurkan serenjang kepada satah rujukan; sudut di antara vektor unjuran dan vektor rujukan di satah rujukan ialah azimut.
Contoh azimut terdapat dalam pengukuran kedudukan bintang. Bintang itu merupakan titik pemerhatian, satah rujukan ialah ufuk atau permukaan laut, dan vektor rujukan diajukan ke arah utara. Dalam kes ini, azimut ialah sudut di antara titik utara (vektor rujukan) dan unjuran serenjang bintang tersebut ke bawah di ufuk.[2]
Azimut lazimnya diukur dalam unit darjah (°). Konsep ini digunakan dalam banyak aplikasi termasuk pandu arah, astronomi, kejuruteraan, pemetaan, pelombongan dan artileri.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.