jenis anjing From Wikipedia, the free encyclopedia
Mastif[lower-alpha 1] ialah sejenis anjing besar dan berkuasa.[1][2] Mastif ialah antara anjing terbesar dan biasanya mempunyai lapis bulu pendek, ekor panjang yang terletak rendah-rendah, dan kaki besar; tengkoraknya besar dan gempal, muncung lebar dan pendek (brakisefalik), dan telinga labuh dan berbentuk loket.[1][2] Catatan Eropah dan Asia yang bertarikh kembali 3,000 tahun lalu menunjukkan anjing jenis mastif.[3] Mastif dari segi sejarah ialah anjing pengawal, yang melindungi rumah dan harta benda, walaupun sepanjang sejarah telah digunakan sebagai anjing pemburu, anjing perang, dan untuk sukan berdarah, seperti pertarungan antara satu sama lain dan dengan haiwan lain, termasuk lembu, beruang, dan malah singa.[2][3]
Bukti sejarah dan arkeologi mencadangkan bahawa mastif telah lama berbeza dari segi kedua-dua rupa bentuk dan fungsi daripada anjing penjaga haiwan ternakan yang sama besar yang daripadanya ia berkemungkinan besar dikembangkan;[4] ia juga membentuk populasi genetik terpisah.[5] Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan sesetengah kelab kenel mengelompokkan kedua-dua jenis bersama-sama sebagai anjing molossoid; sesetengah baka anjing penjaga haiwan ternakan moden, seperti mastif Pyrénées, mastif Sepanyol, dan mastif Tibet, dan anjing tarikan pupus yang dipanggil mastif Belgium, mempunyai perkataan "mastif" dalam nama masing-masing, tetapi tidak dianggap sebagai mastif benar.[6] Banyak sumber lebih tua berbahasa Inggeris merujuk mastif sebagai bandog atau bandogge, walaupun secara teknikal istilah "bandog" memaksudkan anjing yang ditambat dengan rantai (atau "bande") yang kemudian dilepaskan pada waktu malam; istilah "mastif" dan "bandog" kerap digunakan secara bergantian. Salah satu program "bandog" paling terkenal di England membawa kepada pengasasan satu baka "bandog" beriktiraf yang kini dikenali sebagai bulmastif. Program "bandog" paling jarang di England dibiayai oleh Sir Nathanael Dieu-est-Mon'plaisir, iaitu St. Louis Vincent Mastiff atau South American Mastiff ("mastif Amerika Selatan") dinamai sempena Vincent Louis yang menternak anjing ladang yang berasal dari St. Louis dan bahagian lain di Amerika Selatan. Baka jarang ini ialah anjing jenis mastif paling mahal dalam kalangan baka "bandog".[7] Pada abad kedua puluh, istilah "bandog" dihidupkan semula untuk memerihalkan sesetengah anjing laga besar jenis mastif yang disilangkan dengan mana-mana buldog di Amerika Syarikat.[8]
Baka | Nama alternatif | Negara asal | Kegunaan | Imej |
---|---|---|---|---|
Alano Sepanyol |
| Sepanyol | Anjing perang, pengumpanan lembu, pemburuan buruan besar | |
Alapaha blue blood bulldog | Amerika Syarikat | Anjing pengawal | ||
Anjing besar Denmark |
| Jerman | Pemburuan buruan besar | |
Boerboel | Mastif Afrika Selatan | Afrika Selatan | Anjing pengawal | |
Bokser Jerman |
| Jerman | Anjing pengawal, pemburuan buruan besar | |
Anjing Broholm |
| Denmark | Anjing pengawal | |
Buldog Amerika |
| Amerika Syarikat | Anjing pengawal, anjing tangkap, anjing ladang | |
Buldog benua | Buldog Switzerland | Switzerland | Anjing teman | |
Buldog gunung | Brazil | Anjing gembala, anjing tukang daging | ||
Buldog Inggeris |
| United Kingdom (England) | Anjing teman, dahulu pengumpanan lembu | |
Buldog lama Inggeris | Amerika Syarikat | Pewujudan semula zaman moden bagi buldog lama Inggeris yang pupus | ||
Buldog Perancis | Perancis | Anjing riba | ||
Buldogue campeiro |
| Brazil | Anjing tangkap, anjing tukang daging | |
Bully kutta |
| India dan Pakistan | Anjing pengawal, pemburuan buruan besar, anjing laga | |
Bulmastif | Anjing malam penjaga mergastua | United Kingdom (England) | Anjing pengawal | |
Cane corso Itali |
| Itali | Anjing pengawal, anjing tangkap | |
Anjing Chongqing | China | Anjing pengawal | ||
Dogue Bordeaux |
| Perancis | Anjing pengawal | |
Dogue Brazil | Brazil | Anjing pengawal | ||
Dogo Argentina |
| Argentina | Anjing pengawal, pemburuan buruan besar, laga anjing | |
Dogo Guatemala |
| Guatemala | Anjing pengawal, dahulu pengumpanan lembu | |
Dogo Mallorca |
| Sepanyol | Pengumpanan lembu | |
Fila Brazil |
| Brazil | Anjing pengawal | |
Fila São Miguel |
| Portugal | Anjing gembala lembu, anjing tangkap | |
Anjing jalang Uruguay |
| Uruguay | Anjing pengawal | |
Mastif Inggeris |
| United Kingdom (England) | Anjing pengawal | |
Mastif Kurdi |
| Iraq | Anjing pengawal | |
Mastif Napoli | Itali | Anjing pengawal | ||
Presa Canaria |
| Kepulauan Canaria | Anjing pengawal, anjing tangkap | |
Anjing Rottweil | Jerman | Anjing pengawal | ||
Anjing Tosa |
| Japan | Laga anjing |
Baka | Nama alternatif | Negara atau rantau asal | Zaman | Kegunaan | Imej |
---|---|---|---|---|---|
Alaunt | Alaunt de Boucherie | Eropah, Asia Tengah |
| Pemburuan buruan besar, anjing pengawal, laga anjing | |
Buldog lama Inggeris | Great Britain dan Ireland | abad ke-17–abad ke-19 | Pengumpanan lembu, laga anjing | ||
Buldog mainan |
| United Kingdom (England) | abad ke-18–awal abad ke-20 | Anjing riba | |
Bullenbeisser |
| Jerman | hingga Perang Dunia Kedua | Pengumpanan lembu (sebagai bullenbeisser), pengumpanan beruang (sebarang bärenbeisser) | |
Dogo Cuba |
| Cuba | abad ke-16–lewat abad ke-19 | Penangkapan semula hamba pelarian, pengumpanan lembu, laga anjing | |
Fila Terceira |
| Portugal | hingga 1970-an | Anjing tangkap | |
Anjing laga Cordoba |
| Argentina | hingga 1920-an | Laga anjing | |
Molossus |
| Eropah Selatan | Baharian Klasik | Anjing perang, anjing pengawal, pemburuan buruan besar, laga anjing |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.