Anjing jalang Uruguay atau cimarrón Uruguay[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing jenis molosser yang berasal dari Uruguay. Baka ini secara rasmi diiktiraf di Uruguay dan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dengan nama "Cimarrón Uruguayo".

Fakta Segera Nama lain, Negara asal ...
Anjing jalang Uruguay
Thumb
Nama lainCimarrón Uruguay
Negara asalUruguay
Anjing (Canis lupus familiaris)
Tutup

Penampilan

Cimarrón Uruguay bersaiz besar, padat, dan berotot. Lapis bulunya pendek dan biasanya brindle tetapi mungkin berwarna kuning pucat (bayo), dengan muka hitam. Ketinggian jantan pada paras kelasa ialah 58–61 cm (23–24 in) dan beratnya ialah 38–45 kg (84–99 lb). Betina dewasa adalah lebih kecil sedikit.[1][2]

Perangai

Piawaian baka menyatakan bahawa anjing patut mempunyai keberanian besar. Seperti semua anjing besar, cimarrón Uruguay mesti tersosialisasi dengan baik semasa sangat muda jika ia diniatkan untuk dibela dengan selamat sebagai pendamping. Ia merupakan anjing sangat mesra dengan kanak-kanak dan haiwan lain.

Cimarrón Uruguay kadang-kadang digunakan untuk penjagaan, perburuan, dan semua sukan anjing di tanah airnya Uruguay. Sebagai anjing sangat pintar, ia telah digunakan untuk semua jenis kerja, seperti penyelamatan atau penggembalaan.

Ia merupakan anjing agak tenang dan stabil dan biasanya tidak menyalak melainkan sesuatu ancaman adalah benar.

Sejarah

Cimarrón Uruguay terutamanya diturunkan daripada alano Sepanyol dan anjing-anjing Eropah lain yang dibawa oleh penjajah awal dan dilepaskan atau ditinggalkan. Anjing-anjing itu menyesuaikan diri dengan kehidupan di alam liar di Uruguay dan lama-kelamaan menjadi banyak. Pada abad kelapan belas, serangan terhadap haiwan ternakan malah juga manusia mengakibatkan anjing-anjing itu diburu, dengan baunti yang dibayar oleh pemerintah untuk setiap anjing yang dibunuh. Walau bagaimanapun, banyak anjing kekal, terutamanya di tanah tinggi Cerro Largo. Peladang di kawasan itu menangkap dan menjinakkan anjing, kemudian menggunakannya sebagai anjing pengawal.[3]

Kisah kelangsungan hidup dan keganasan cimarrón telah menjadikannya lambang kebangsaan di Uruguay dan baka ini ialah maskot bagi Tentera Kebangsaan Uruguay.[4]

Kennel Club Uruguayo (kelab kenel kebangsaan Uruguay) mengiktiraf cimarrón Uruguay selepas kira-kira dua puluh tahun kerja oleh penggemar dan pembiak baka dalam pendokumenan baka ini.[5] Sebagai tambahan, kajian genetik sedang dilakukan ke atas baka ini oleh Kolej Perubatan Veterinar Universiti Republik Timur Uruguay.

Cimarrón Uruguay diiktiraf secara sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada 21 Februari 2006 dan secara muktamad pada 7 November 2017 dalam Kumpulan 2, Seksyen 2 baka Molossoid-jenis Mastiff. Baka ini telah dieksport ke Amerika Syarikat dan diiktiraf di sana oleh United Kennel Club dalam Kumpulan Anjing Penjaga.

Thumb
Cimarrón Uruguay

Kesihatan

Anjing jalang Uruguay patut diuji untuk displasia pinggul dan displasia siku sebelum pembiakbakaan.[6]

Telinganya kerap dipotong dengan pendek semasa anjing masih sangat muda. Ini didakwa sebagai penghormatan kepada zaman ketika ia diburu (telinga dipersembahkan untuk baunti). Kebanyakan baka anjing laga menjalani pemotongan telinga.[7]

Lihat juga

Catatan

  1. Jawi: انجيڠ جالڠ اوروݢواي; سيمارون اوروݢواي; Sepanyol: perro cimarrón uruguayo; cimarrón uruguayo; bahasa Inggeris: Uruguayan cimarrón

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.