baka anjing dari Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing Tosa, tosa,[a] anjing laga Tosa,[b] atau mastif Jepun[c] ialah satu baka anjing asal Jepun yang dianggap jarang. Ia pada asalnya dibiakbakakan di Tosa, Shikoku (kini Kōchi), sebagai anjing laga dan merupakan satu-satu baka yang masih digunakan (mematuhi undang-undang) dalam laga anjing Jepun.[1] Pemilikan dibatasi di sesetengah negara sebagai baka berbahaya.
Nama lain | Tosa Anjing Tosa Jepun Tosa Jepun Anjing laga Tosa Anjing laga Jepun Mastif Jepun | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Jepun | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Saiz anjing Tosa agak berbeza-beza dengan anjing yang dibiakbakakan di Jepun yang cenderung berukuran kira-kira separuh saiz anjing yang dibiakbakakan di luar negara. Baka Jepun pada umumnya berukuran seberat 36–61 kilogram (80–135 lb), manakala pembiak baka bukan Jepun telah memberikan tumpuan kepada anjing yang berukuran seberat 60–90 kg (130–200 lb) dan berdiri setinggi 62–82 cm (24–32 in) pada paras kelasa.[2] Lapis bulunya bercirikan penampilannya pendek dan licin dan kerap berwarna merah, brindle, atau perang kekuning-kuningan, tetapi kadang-kadang dapat berwarna hitam pudar. Penjagaan lapis bulu biasanya minimum. Anjing kadang-kadang dapat menaikkan jarum penimbang kepada 91 kilogram (200 lb). Di Jepun, ia dianggap setara dengan ahli gusti sumo dan malah digambarkan dalam alat kelengkapan gusti.[perlu rujukan]
Baka ini berasal dari separuh kedua abad ke-19. Baka ini bermula dengan anjing Shikoku asli (anjing peribumi seberat kira-kira 25 kilogram (55 lb) dan berdiri setinggi kira-kira 55 sentimeter (22 in)). Anjing ini disilangkan dengan baka-baka anjing Eropah, seperti buldog lama Inggeris pada tahun 1872, mastif Inggeris pada tahun 1874, anjing Santo Bernard dan anjing penuding Jerman pada tahun 1876, anjing besar Denmark pada tahun 1924, dan bulterier.[3] Matlamatnya adalah untuk membiakbakakan anjing lebih besar dan lebih berkuasa yang khusus untuk pertandingan laga anjing di Jepun. Zaman kegemilangan pembiabakakan anjing Tosa adalah pada antara tahun 1924 dengan tahun 1933, apabila terdapat lebih daripada 5,000 orang pembiak baka anjing Tosa di Jepun.[4][5]
Di Korea Selatan, ia merupakan salah satu baka daging anjing utama, bersama dengan nureongi.[6]
Pemilikan anjing Tosa dibatasi menurut undang-undang di bidang kuasa tertentu. Di United Kingdom, pemilikan dikawal di bawah Akta Anjing Berbahaya 1991 dan di Trinidad dan Tobago di bawah Akta Kawalan Anjing 2014.[7] Pengecualian spesifik daripada mahkamah British diperlukan untuk memiliki dan mengimport anjing Tosa secara sah di United Kingdom.[8]
Baka ini diharamkan atau dibatasi secara undang-undang di peringkat kebangsaan di negara-negara berikut:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.