ahli politik Palestin From Wikipedia, the free encyclopedia
Marwan Barghusi (juga dieja sebagai al-Barghuthi atau al-Barghouthi; Arab: مروان البرغوثي ; lahir 6 Jun1959) ialah seorang tokoh politik Palestin yang kini sedang ditahan dan dipenjarakan atau tuduhan membunuh oleh mahkamah Israel.[1] Beliau dikenali sebagai pemimpin dalam Intifadah Pertama dan Kedua. Barghusi pada suatu ketika menyokong proses pendamaian, tetapi kemudian kecewa dengan proses tersebut, dan selepas tiba tahun 2000 beliau menjadi pemimpin dalam Intifadah Kedua dari Tebing Barat.[1][2] Barghusi ialah pemimpin bagi Tanzim, sebuah cabang ketenteraan Fatah.[3]
Marwan Barghusi | |
---|---|
مروان البرغوثي | |
Anggota Majlis Perundangan Palestin[1] | |
Memegang jawatan 2006 Berkhidmat dengan 65 orang perwakilan senarai parti dari perlbagai parti politik Palestin yang lain | |
Kumpulan parlimen | Gerakan Fatah |
Dalam jawatan 1996[1] – 2006 Berkhidmat dengan Abdul Jawad Hamayyel, Qaddoura Faris, Abdul Fatah Hamayyel, Jamil Al-Tarifi, Azmi Al-Shuaibi, Ghazi Hanania | |
Kumpulan parlimen | Gerakan Fatah |
Kawasan pilihan raya | Ramallah |
Butiran peribadi | |
Lahir | Marwan Hasib Ibrahim Barghusi Arab: مروان حسيب ابراهيم البرغوثي 6 Jun 1959 Kobar,[1] Tebing Barat, Jordan |
Kerakyatan | Palestin[1] |
Parti politik | Fatah (1974–2005, 2006–kini)[1] Al-Mustaqbal (2005–2006) |
Pasangan | Fadwa Barghusi |
Anak-anak | 4 |
Pihak berkuasa Israel menggelar Barghusi sebagai pengganas, menuduh beliau mengarahkan banyak serangan, termasuklah pengeboman berani mati, yang mensasarkan orang awam dan tentera.[4] Barghusi pernah ditahan oleh Angkatan Pertahanan Israel pada 2002 di Ramallah.[1] Beliau dibicarakan dan disabitkan tuduhan membunuh, dan dikenakan lima hukuman penjara seumur hidup. Marwan Barghusi enggan mengemukakan pembelaan terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, kekal mengatakan perbicaraan terhadapnya itu adalah menyalahi undang-undang dan tidak sah.
Barghusi masih mempunyai pengaruh yang besar dalam Fatah walaupun dalam penjara.[5] Dengan populariti yang menjangkau lebih jauh daripada itu, terdapat beberapa spekulasi sama ada beliau boleh menjadi calon penyatuan dalam usaha untuk menggantikan Mahmud Abbas.[6]
Dalam rundingan pertukaran tawanan Palestin untuk askar Israel yang ditangkap Gilad Shalit, Hamas berkeras untuk memasukkan Barghusi dalam perjanjian pertukaran dengan Israel;[7][8] walau bagaimanapun, Israel tidak mahu akur dengan tuntutan tersebut. Walaupun laporan awal menyatakan bahawa beliau akan dibebaskan pada persetujuan antara Israel dan Hamas pada 11 Oktober 2011, ia kemudiannya idnafikan oleh sumber Israel.[9][10]
Pada November 2023, Barghusi menggesa Pihak Berkuasa Palestin untuk dengan segera menamatkan kerjasama keselamatan dengan Israel dan menyeru kepada Intifadah Ketiga menentang Israel.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.