Gilad Shalit

From Wikipedia, the free encyclopedia

Gilad Shalit

Gilad Shalit (Ibrani: גלעד שליט, rumi: Gilˁad Šaliṭ, lahir 28 Ogos 1986) ialah seorang askar dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Beliau berasal dari Mitzpe Hila di Galilea Barat, dan memiliki kewarganegaraan ganda Israel dan Perancis.[1] Gilad merupakan tentara Israel pertama yang ditangkap oleh pihak keselamatan Palestin sejak Nachson Wachsman pada 1994.[2]

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Gilad Shalit
גלעד שליט
Thumb
Shalit sedang menelefon dengan ibu bapanya, selepas tiba di Israel pada 18 Oktober 2011
Kelahiran (1986-08-28) 28 Ogos 1986 (umur 38)
Nahariya, Israel
WarganegaraIsrael
Perancis
PendidikanSekolah Tinggi Manor Kabri
PekerjaanKolumnis sukan
Terkenal keranaDitawan di Israel oleh pejuang Palestin, dan ditahan selama lima tahun sehingga dibebaskan sebagai pertukaran untuk 1,027 tahanan Palestin.
AnugerahWarganegara kehormat Paris, Rom, Miami, New Orleans, Baltimore dan Pittsburgh
Kerjaya ketenteraan
KesetiaanIsrael
PerkhidmatanTentera Israel
PangkatSarjan Mejar
UnitKor Perisai
Tutup

Pada pagi hari Ahad, 25 Jun 2006, Shalit ditangkap oleh pihak Hamas Palestin yang menyerang sebuah pos tentera di Israel setelah melintasi perbatasan Genting Gaza selatan masuk ke Israel melalui sebuah terowong bawah tanah yang mereka gali berdekatan Kerem Shalom. Dalam penyerangan pagi itu, dua tentera Pasukan Pertahanan Israel terbunuh dan empat lainnya tercedera, tidak termasuk Shalit, yang mengalami patah tangan kiri dan luka ringan di bahunya.[3]

Pada 2008, kerajaan Israel telah menawarkan pelepasan 450 tahanan Palestin sebagai ganti Gilad Shalit.[4] Akhirnya pada 11 Oktober 2011, dengan pengantara Jerman dan Mesir, Hamas bersetuju membebaskan Gilad dengan pertukaran 1,027 tahanan Palestin di Israel.[5][6] Fasa pertama terjadi pada 18 Oktober, dengan Israel membebaskan 477 tahanan dan Hamas memindahkan Gilad ke Kaherah.[7] Dalam fasa kedua, dijadualkan pada Disember 2011, 550 lagi tahanan akan dilepaskan.[8] Persetujuan ini merupakan antara pertukaran tahanan terbesar yang pernah dibuat Israel, memandangkan ia bersetuju membebaskan 1,027 tahanan untuk seorang askarnya – harga tertinggi pernah dibayar Israel untuk seorang askar.[9]

Usaha pembebasan

Para penangkap Shalit mengeluarkan sebuah pernyataan pada Isnin, 26 Jun 2006, menawarkan maklumat tentang Shalit apabila Israel setuju untuk membebaskan semua perempuan tahanan Palestin dan tahanan di bawah 18 tahun.[10] Pernyataan ini berasal dari Briged Izzuddin Al-Qassam (sayap tentera parti Palestin yang berkuasa, Hamas), Jawatankuasa Perlawanan Rakyat (termasuk anggota-anggota Fatah, Jihad Islam, dan Hamas), dan sebuah kelompok lainnya yang sebelumnya tidak dikenal, yang menyebut dirinya Tentera Islam. Pada 1 Julai, pihak Palestin mengeluarkan tuntutan lain kepada pihak Israel, agar membebaskan 1,000 tahanan Palestin (selain seluruh tahanan perempuan dan muda usia seperti yang dituntut sebelumnya) dan mengakhiri serangannya di Gaza, yang dimulai pada 28 Jun, tiga hari setelah penculikan itu.[11] Dua hari kemudian, mereka mengeluarkan kata dua 24 jam untuk memenuhi tuntutan-tuntutan mereka, dan mengeluarkan ancaman, meskipun tidak jelas isinya, apabila Israel menolak memenuhinya.[12] Namun, beberapa jam kemudian Israel secara rasmi menolak kata dua itu, dan menyatakan bahawa "tiada perundingan untuk membebaskan para tahanan."[13]

Penculikan Shalit telah dilaporkan secara meluas sebagai insiden yang memicu Operasi Hujan Musim Panas, meskipun sumber-sumber lain telah menunjukkan bahawa sehari sebelumnya, 24 Jun, dua warga awam Palestin, Osama Muamar dan adik lelakinya Mustafa Muamar diculik oleh IDF di Al Shouka, berdekatan Rafah.[14][15]

Segera setelah penculikan itu, duta besar Vatican untuk Israel, Biskop Agung Antonio Franco, mengusahakan pembebasan Shalit melalui sebuah gereja Katolik yang berpangkalan di Gaza, walaupun gagal.[16]

Pasukan-pasukan Israel masuk ke Khan Yunis pada 28 Jun 2006 untuk mencari Shalit. Menurut David Siegel, seorang juru cakap di Kedutaan Besar Israel di Washington, D.C., "Israel telah melakukan segala sesuatu yang dapat dilakukannya dalam mengusahakan semua kemungkinan diplomatik dan memberikan Mahmud Abbas kesempatan untuk mengembalikan warga Israel yang diculik... Operasi ini dapat dihentikan dengan segera, asalkan Gilad Shalit dibebaskan."[17]

Pada 29 Jun komandan Komando Israel Selatan, Aluf Yoav Galant, mengukuhkan bahawa Shalit masih berada di Gaza. Menteri Kehakiman Israel, Haim Ramon, menambahkan bahawa Shalit ditahan di Gaza Selatan, tepatnya. Koresponden tentera untuk Dewan Siaran Israel mendakwa bahawa Shalit saat ini ditahan di Rafah, dan bahawa tiada tanda-tanda bahawa ia masih hidup. Juru bicara IDF Brigjen. Miri Regev menyatakan bahawa "kami tidak yakin bahawa ia masih ditahan di Gaza Selatan ".[18]

Pada 1 Julai BBC melaporkan bahawa Shalit mungkin telah mendapatkan perhatian media, kemungkinan untuk luka-luka di perut dan punggungnya. Hal ini telah disangkal oleh pihak Palestin.[19] Pemerintah Israel juga telah mengancam bahawa "langit akan runtuh" jika Shalit dilukai.[20]

Pada 6 September 2006, Mesir dilaporkan melakukan perundingan dengan Hamas atas nama Israel untuk pembebasan Shalit.[21] Seminggu kemudian, para penengah Mesir menerima surat yang ditulis oleh Gilad sendiri yang isinya menyatakan bahawa keadaannya baik-baik sahaja. Tulisan tangannya dikukuhkan sebagai tulisan tangan Koperal Shalit.[22]

Pada 2008, kerajaan Israel akhirnya menawarkan pelepasan 450 tahanan Palestin sebagai ganti Gilad Shalit.[4] Akhirnya pada 11 Oktober 2011, dengan pengantara Jerman dan Mesir, Hamas bersetuju membebaskan Gilad dengan pertukaran 1,027 tahanan Palestin di Israel.[5]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.