diagram esoterik From Wikipedia, the free encyclopedia
Mandala (pinjaman bahasa Sanskrit मण्डल, maṇḍala – "bulatan" atau "lingkaran"[1]) terbentuk daripada susunan bulatan untuk menumpupusatkan perhatian minda seseorang semasa meditasi, ia lazim dalam kepercayaan Hindu Buddha.
Bentuk bulatan yang semakin memusat telah dijadikan penggambaran terhadap lingkungan pengaruh sesebuah kerajaan terhadap negara-negara sekeliling yang tidak ditentukan persempadanan mengikut bentuk muka bumi dan tetapi mengenai hubungan sesebuah kawasan itu dengan raja memerintah yang menjadi pusatnya.[2] Pendapat ini mula dicetuskan dalam karangan Arthashastra oleh Kautilya yang ditulis antara abad-abad ke-4 dan ke-2 sebelum Masihi di mana ia menerangkan konsep kelompok negeri yang bersekutu atau memusuhi sesebuah politi raja dalam suatu lingkaran iaitu Rajamandala.[3]
Kerajaan-kerajaan Bagan, Ayutthaya, Champa, Khmer, Srivijaya dan Majapahit boleh dikira mempunyai lingkaran berupa "mandala" yang tersendiri meriakkan pengaruh daripada pemerintahan raja-raja mereka yang merupakan pusat. Konsep ini turut dilanjutkan walaupun dengan meluasnya kedatangan Islam di Nusantara, misalnya pembentukan gabungan Negeri Sembilan abad ke-18 yang bertumpukan kepada Seri Menanti sebagai pusat yang diapit empat serambi dalam dan empat daerah luar.[4]
Candi Borobudur yang dibina di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia menyusun dari puncaknya membentuk corak mandala besar melambangkan kosmos atau alam semesta yang lazim ditemukan dalam falsafah atau kosmologi Buddha aliran Wajrayana-Mahayana; sepuluh pelataran yang dimiliki Borobudur menggambarkan tingkatan alam fikiran atau Bodhisattva[5] yang harus dilalui untuk mencapai kesempurnaan menjadi Buddha.
Mandala menjadi teras kosmologi Melayu diamalkan dalam pembinaan sesebuah istana diraja di mana persemayaman seseorang raja atau sultan merupakan asasnya lalu meriak kepada balairong seri, lalu ke pekarangan istana dan kemudian tembok istana. Pendekatan ini dilanjutkan kepada pembinaan kota diraja bermula dari istana dan taman semayam raja sebagai pusat sebelum dikelilingi kota diraja yang menempatkan para pembesar barulah kawasan dikelilingi kediaman dan tempat perniagaan para rakyat jelata.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.