empayar yang berpusat di pulau Jawa bahagian timur From Wikipedia, the free encyclopedia
Empayar Majapahit adalah satu empayar maritim bangsa Jawa berpusat di Jawa Timur yang ditubuhkan sekitar tahun 1293 hingga 1527 M. Empayar ini mencapai punca kejayaan menjadi empayar raya yang menguasai wilayah yang luas yang dikenali sebagai Nusantara pada masa kekuasaan Hayam Wuruk, yang berkuasa dari tahun 1350 hingga 1389.
Empayar Majapahit | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1293–1527 | |||||||||||
| |||||||||||
Cogan kata: Mitreka Satåtå (Jawa Kuno)ꦩꦶꦠꦿꦺꦏꦱꦠꦠ "Persaudaraan yang satu dengan dasar persamaan derajat" | |||||||||||
Status | Empayar | ||||||||||
Ibu negara | |||||||||||
Bahasa yang umum digunakan |
| ||||||||||
Agama | Siwa-Buddha (Hindu dan Buddha (agama resmi dinasti dan empayar)), Kejawen, Animisme, Islam (selepas runtuhnya Majapahit) | ||||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||||
Maharaja | |||||||||||
• 1293-1309 | Kertarajasa Jayawardhana | ||||||||||
• 1309-1328 | Jayanagara | ||||||||||
• 1328-1350 | Tribhuwana Wijayatunggadewi | ||||||||||
• 1350-1389 | Rajasanagara | ||||||||||
• 1389-1429 | Wikramawardhana | ||||||||||
• 1429-1447 | Dyah Ayu Kencana Wungu | ||||||||||
• 1447-1451 | Brawijaya I | ||||||||||
• 1451-1453 | Brawijaya II | ||||||||||
• 1453-1466 | Brawijaya III | ||||||||||
• 1466-1468 | Brawijaya IV | ||||||||||
• 1468-1478 | Brawijaya V | ||||||||||
Mahapatih | |||||||||||
• 1336–1364 | Gajah Mada | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
• Pertabalan Raden Wijaya | 10 November 1293 | ||||||||||
• Penaklukan Demak | 1527 | ||||||||||
Mata wang | Syiling emas dan perak, kepingan | ||||||||||
| |||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Indonesia Malaysia Singapura Brunei Thailand Timor Leste Filipina | ||||||||||
★ ungkapan ini berasal dari Kakawin Nagarakretagama karangan Empu Prapañca pada zaman keemasan kerajaan ini diperintah Mahapatih Gajah Mada. Tarikh penubuhan berdasarkan kiraan takwim Saka memadan kepada takwim Gregorius.[1] |
Empayar Majapahit adalah empayar terakhir yang mempunyai kekuasaan dalam kawasan Asia Tenggara Maritim dan dianggap sebagai empayar terbesar dalam sejarah Indonesia.[2] Menurut Negarakertagama, kekuasaannya terbentang luas dari Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan, hingga Indonesia timur. [3]
Empayar Majapahit diasaskan oleh Raden Wijaya. Baginda mjejejdjsma pengaruh Hindu Buddha dan melaksanakan sistem pentadbiran berasaskan Undang-undang Manu. Undang-undang Manu merupakan sumber bertulis yang menjelaskan peranan hakim membicarakan kes-kes awam.[perlu rujukan]
Raja Majapahit yang mengamalkan konsep devaraja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang Menteri. Maksud devaraja ialah wakil dewa untuk memimpin manusia. Empayar Majapahit mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk (Rajasanagara) dan dibantu oleh Mahapatih (Perdana Menteri) yang bernama Patih Gajah Mada.[perlu rujukan].
Kerajaan ini dinamakan sempena buah Pokok Maja yang termakan oleh seorang buruh kerahan Madura semasa berehat dari kerja membuka hutan di Tarik (lokasi tepatnya masih diperdebatkan[4]) atas arahan Raden Wijaya.[5]
Sebelum berdirinya Majapahit, Singhasari telah menjadi kerajaan paling kuat di Jawa lagi-lagi selepas mengalahkan Kerajaan Melayu di Sumatera pada tahun 1290 sampai meraih perhatian Kublai Khan penguasa Mongol kerajaan Yuan di tanah besar Cina; baginda mengirim utusan yang bernama Meng Chi[6] ke Singhasari dengan arahan menuntut ufti dan pengiktirafan kedualatannya. Kertanagara, penguasa kerajaan Singhasari yang terakhir enggan akur malah segera mencacatkan wajahnya dengn memotong telinganya.[6][7] Kubilai Khan marah sejurus mendapat khabar ini lalu mengirim ekspedisi besar-besaran 1000 kapal perang ke Jawa pada tahun 1293.
Pada ketika ini, Raden Wijaya yang baru membuka tanah setelah diampunkan Jayakatwang yang menumpaskan kerajaan Kertanegara mentua pada ketika itu mengambil kesempatan ini Wijaya bersekutu dengan pasukan Mongol untuk bertempur melawan Jayakatwang. Setelah berhasil menjatuhkan Jayakatwang, Raden Wijaya berbalik menyerang sekutu Mongolnya sehingga memaksa mereka menarik pulang kembali pasukannya secara kalang-kabut karena mereka berada di negeri asing.[8][9]
Penguasa Majapahit semasa zaman kegemilangannya ialah semasa zaman pemerintahan Hayam Wuruk, yang memerintah dari tahun 1350 hingga 1389.[perlu rujukan]
Majapahit ialah kerajaan Hindu-Buddha yang terakhir dan masyhur di Nusantara. Kerajaan ini didahului oleh kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang di pulau Sumatra.[perlu rujukan]
Pengasas Majapahit, Raden Wijaya, merupakan menantu kepada Kertanegara, Raja Kerajaan Singhasari yang juga berpusat di Jawa. Selepas Singhasari mengusir Srivijaya dari Jawa secara keseluruhannya pada tahun 1290, kekuasaan Singhasari mula menjadi perhatian Kublai Khan di China dan dia mengirim duta untuk mengutip ufti.[perlu rujukan]
Kertanagara, pengasas kerajaan Singhasari, menolak untuk membayar ufti dan menghukum wakil Khan yang dianggap pencuri. Khan menghantar 1000 buah kapal untuk menyerang Jawa tahun 1293.[perlu rujukan]
Pada ketika itu, seorang pemberontak dari Kediri, Jayakatwang, telah membunuh Kertanagara dan merampas takhta Singhasari. Raden Wijaya mengambil kesempatan berpakat dengan tentera Mongol untuk menumpaskan Jayakatwang bagi merampas semula takhta dan menuntut bela kematian Kertanegara. Kemudian, Raden Wijaya menyerang hendap tentera Mongol serta memaksa tentera Mongol untuk berundur keluar dari Pulau Jawa dalam keadaan kelam-kabut. Seterusnya Raden Wijaya mengasaskan Kerajaan Majapahit, sempena nama buah maja yang pahit.[perlu rujukan]
Gajah Mada, seorang patih dan bupati Majapahit dari 1331 ke 1364, memperluas kekuasaan-kekuasaan ke pulau-pulau sekitarnya. Beberapa tahun selepas kematian Gajah Mada, angkatan laut Majapahit menawan Palembang dan menakluk daerah terakhir kerajaan Srivijaya.[perlu rujukan]
Walaupun pengasas Majapahit melebarkan kekuasaan mereka ke tanah seberang di seluruh Nusantara dan membinasakan kerajaan-kerajaan jiran, tumpuan mereka adalah untuk menguasai dan memonopoli perdagangan komersil antara pulau.[perlu rujukan]
Ketika Majapahit didirikan, pedagang Muslim dan para mubaligh mula memasuki Nusantara. Selepas mencapai puncaknya pada abad ke-14, tenaga Majapahit beransur-ansur lemah dan perang saudara merebut takhta (dikenali sebagai Perang Paregreg) yang bermula dari tahun 1401 dan berlangsung selama empat tahun melemahkan Majapahit. Setelah ini Majapahit ternyata tidak dapat menguasai Nusantara lagi.[perlu rujukan]
Kehancuran Majapahit terjadi kira-kira pada sekitar tahun 1500-an meskipun di Jawa ada sebuah khronogram atau candrasengkala yang berbunyi: sirna hilang kretaning bumi. Sengkala ini kononnya ialah tahun berakhirnya Majapahit dan harus dibaca sebagai 0041 = 1400 Saka => 1478 Masihi. Maksud sengkala ini ialah “sirna hilanglah kemakmuran bumi (Majapahit)”. Menurut catatan Babad Tanah Jawi, Majapahit ditumpaskan oleh Kesultanan Demak pada tahun 1527. Pengasas Kesultanan Demak, Raden Patah, ialah putera Raja Majapahit terakhir, Brawijaya V dengan gundik Indocina (Suku Cham atau Fersi inglish negeri Cham Vietnam Modern). Selepas berakhirnya Majapahit di tangan Kesultanan Demak, para kerabat dan ningrat (bangsawan) Majapahit yang enggan memeluk Islam telah lari ke Pulau Bali.[perlu rujukan]Battle of Kota Tinggi
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.