Suku Mandailing adalah salah satu Etnik di Indonesia, penyebaran penduduknya terpusat di Sumatera Utara. Suku ini juga tersebar hingga Malaysia.
Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Indonesia Sumatera Utara (1.035.000) Sumatera Barat (214.000) Riau (210.000) Jakarta (80.000) Malaysia (30.000)[1] | |
Bahasa | |
Bahasa Mandailing | |
Agama | |
Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Minangkabau Angkola |
Orang Mandailing didefinisikan sebagai mereka yang bermarga Nasution, Lubis, Pulungan, Batubara, Rangkuti, Daulae, Parinduri, Dalimunte, dan Matondang sahaja seperti ketetapan Mahkamah Tertinggi Folks Road Batavia 1926 dan keturunan yang berpecah daripada sembilan marga tadi (i.e. Mardia daripada Rangkuti). Orang Mandailing adalah berbeza dengan orang Batak yang tinggal di Mandailing atau disebut Batak Angkola yang terdiri daripada marga seperti Hasibuan, Harahap, Siregar, Daulay, dan Dalimunthe. Mereka berasal dari pedalaman pantai barat Sumatera dan Tapanuli Selatan di utara Sumatera, Indonesia.
Lingkungan hidup mereka meliputi gunung-ganang dengan sistem perairan dan dataran rendah persawahan. Mata pencarian mereka termasuk getah, kulit kayu manis, kopi dan melombong emas. Mereka terkenal dengan tradisi persuratan dan sembilan gendang besar yang disebut Gordang Sambilan.
Meskipun Mandailing sering dikaitkan dengan Batak, namun rata-rata orang Mandailing menolak tanggapan ini. hal ini disebabkan karena istilah batak merupakan ciptaan Belanda di zaman penjajahan. Sehingga Raja-Raja di Mandailing pernah menggugat pemerintah kolonial Belanda pada era 1920an dan gugatan tersebut dimenangkan oleh Raja-Raja di Mandailing, bahwa Mandailing bukan sub dati Batak dan bukan berasal dari Batak.
Patung Sangkalon yang menjadi lambang keadilan dalam masyarakat Mandailing sering disalah anggap oleh masyarakat luar. Patung yang dipanggil 'si pangan anak si pangan boru' yang bermaksud 'si pemakan anak lelaki, si pemakan anak perempuan' ini dijadikan tohmahan bahawa kaum Mandailing adalah kaum pemakan daging manusia. Padahal maksud sebenar perumpamaan ini ialah setiap keadilan mesti ditegakkan meskipun terpaksa membunuh anak sendiri.
Marga
Biasanya, orang Mandailing boleh dikenali melalui pemakaian marga pada namanya. Perkataan marga atau clan itu berasal dari bahasa Sanskrit. Varga ertinya warna. Dalam hal ini marga bermaksud kelompok atau puak orang yang berasal dari satu keturunan. Hal ini samalah sebagaimana amalan kaum-kaum lain seperti orang Arab memakai nama suku dan orang Tionghoa memakai nama seh mereka.
Antara marga orang Mandailing yang biasa dikenali di Malaysia dan Indonesia ialah Nasution, Lubis, Pulungan, Daulae, Batubara, Rangkuti, Parinduri, Mardia, Dalimunte, dan Matondang. Marga Batak Mandailing pula, terdiri daripada Hasibuan, Harahap, Siregar, Simalungun, Sinambela, Simanjuntak, Sinaga, dan Siotang, Namun kini pemakaian marga pada nama orang Mandailing di Malaysia sudah semakin kurang dan hampir pupus. Hal ini disebabkan kebanyakan mereka sudah tidak begitu memahami tradisi dan asal usul keturunan atau sengaja menghilangkan identiti Mandailing kerana faktor-faktor tertentu. Faktor perkahwinan dengan wanita bukan Mandailing juga menyebabkan hilangnya penggunaan 'marga', meskipun sepatutnya anak tersebut masih berhak menggunakan nama marga mengikut bapanya.
Seperti kebanyakan masyarakat di dunia, masyarakat Mandailing adalah patriarki, iaitu mengikut nasab atau keturunan sebelah bapa. Hal ini menyebabkan hanya anak lelaki sahaja yang akan menjadi penyambung marga bapanya, yakni akan mewariskan marga tersebut kepada anak-anaknya. Bagi anak perempuan pula, mereka kekal dengan marga bapanya walaupun setelah berkahwin. Hal ini berbeza dengan wanita Cina atau Inggeris yang menggunakan nama keluarga suaminya. Namun wanita Mandailing tidak mewariskan marga tersebut kepada anak-anak mereka.
Sejarah penghijrahan
Menurut Basyral Hamidy Harahap, orang Mandailing yang merantau ke semenanjung tanah melayu memiliki sifat-sifat keberanian, berilmu agama, elmu hadatuon (ilmu pendukunan) dan memiliki semangat ingin maju. Penghijrahan beramai-ramai dipercayai berlaku selepas Perang Padri (1816-1833). Selain itu keinginan untuk menuntut ilmu agama, berniaga, membawa diri kerana perselisihan faham di kalangan ahli-ahli keluarga atau menghindarkan penjajahan Belanda juga menjadi faktor kedatangan mereka ke semenanjung.
Kegiatan ekonomi
Orang Mandailing damripada marga Nasution dan Pulungan dikenali sebagai pedagang emas. Batak Mandailing terutamanya marga Harahap adalah penternak dan pedagang kuda yang terkenal.
Tokoh/Ulama Islam
- Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri
- Tuan Haji Abdullah Abbas Nasution
- Syeikh Abdul Qadir bin Shabir al-Mandaili, mengajar di Masjidil Haram, Mekah.
- Syeikh Abdul Qadir bin Abdullah al-Mandaili, salah sebuah hasil karyanya ialah Tarjamah Matil Ajrumiyah.
- Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthallib al-Mandaili, beliau memulakan pendidikannya daripada Syeikh Wan Ibrahim (Pak Cu Him), Pondok Gajah Mati, Kedah.
- Syeikh Abdul Ghani bin Abdul Hamid al-Mandaili al-Khalidi an-Naqsyabandi berasal dari Kampung Cu Badak, Mandailing, Sumatera Utara kemudian pindah ke Selangor dan membina semula masjid Kampung Selayang.
- Syeikh Ja'far, termasuk salah seorang murid Syeikh Ahmad al-Fathani yang ditugaskan belajar di Universiti al-Azhar Mesir.
- Syeikh Juneid Thola Rangkuti (1886 - 1948) dimakamkan di Kp. Lamo Huta Namale Tarlola Sibanggor,
- Syekh Zakaria Nasution (1860-1915) dimakamkan di Kp. Aek Mual Kecamatan Siabu Mandailing Natal, dan sebahagian anak muridnya bermukim di desa Aek Mual sampai sekarang
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.