Syeikh, Sheikh, (Arab: شيخ shaykh; (Urdu شیخ, Shiekh); j. شيوخ shuyūkh), ialah suatu perkataan atau istilah hormatan dalam bahasa Arab yang secara harfiahnya bererti "sarjana". Ia lazimnya digunakan untuk merujuk kepada orang tua suatu kaum, orang bijaksana yang dihormati, atau sarjana Islam. Gelaran ini umumnya merujuk kepada lelaki, ada juga bilangan kecil syeikh wanita dalam sejarah, Syeikha, Sheikha, ini umumnya merujuk kepada wanita.

Penggunaan keagamaan

Istilah ini lazim digunakan oleh Muslim bagi menyapa orang-orang berilmu dalam pelbagai bidang seperti ahli fikah, mufti, dan ahli hadis, dan secara amnya bagi menunjukkan rasa hormat kepada pihak berkuasa agama.

Istilah ini juga sedang dan telah digunakan di wilayah tertentu di bahagian Afika Islam, oleh raja-raja Muslim dalam kerajaan maharaja Bela Shangul di Ethiopia dan juga orang kenamaan Islam di Wollo, Tigray dan Eritrea. Di Somalia istilah ini merujuk kepada semua orang alim.

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.