Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Manati (bahasa Inggeris Manatee) (keluarga Trichechidae, genus Trichechus) ialah mamalia air besar yang kadangkala dikenali sebagai lembu laut. Trichechidae berbeza daripada Dugongidae dari segi bentuk tengkorak dan bentuk ekor. Ekor Manati berbentuk seperti sebilah pendayung, manakala ekor Dugong bercabang. Manati adalah maun, menghabiskan kebanyakan masa meragut di air cetek.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Manatees | |
---|---|
Arah jam, dari atas kiri: Manati India Barat, manati Amazon, manati Afrika | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Sirenia |
Keluarga: | Trichechidae |
Subkeluarga: | Trichechinae |
Genus: | Trichechus Linnaeus, 1758 |
Spesies jenis | |
Trichechus manatus Linnaeus, 1758 | |
Spesies | |
| |
Sinonim | |
|
Manati mendiami kawasan persisiran berpaya cetek di Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Lautan Karibbean.
Satu spesies (Trichechus senegalensis) mendiami di pantai barat Afrika, sejenis lagi (T. inunguis) mendiami pantai timur Amerika Selatan, dan yang ketiga (T. manatus) Hindia Barat. Manati Florida dianggap oleh sesetengah orang sebagai spesies tersendiri, tetapi ITIS menganggapnya sebagai subspesies T. manatus dan kini dianggap satu kelaziman. Ia mampu mencecah panjang sehingga 4.5 meter (15 kaki) atau lebih, dan hidup dalam air tawar dan masin. Manati pernah diburu untuk daging dan minyaknya tetapi sekarang dilindungi secara rasmi.
Manati Indian Barat adalah spesies terancam. Walaupun, ia tidak mempunyai pemangsa semulajadi, perkembangan manusia telah mengurangkan habitat semulajadinya di kawasan paya persisiran, dan banyak manatee tercedera disebabkan kipas motorbot. Manati sering memakan peralatan memancing fishing (mata kail, pemberat, dll.) ketika meragut. Bahan asing ini tidak kelihatan mengancam manatee, kecuali tali filament tunggal monofilament. Ia mampu menyumbat sistem penghadaman manatee dan membunuh manatee secara perlahan-lahan.
Manati seringkali berkumpul berhampiran stesen janakuasa, yang memanaskan air. Mereka menjadi bergantung kepada sumber haba buatan ini menyebabkan mereka berhenti berpindah ke kawasan panas disebabkan sumber air panan yang berkekalan ini. Masa kini, stesen janakuasa telah ditutup dan mengetahui bagaimana manatee bergantung kepada stesen janakuasa ini, Perkhidmatan Hidupan liar dan Perikanan US U.S. Fish and Wildlife Service sedang cuba mencari cara memanaskan air untuk manati.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.