From Wikipedia, the free encyclopedia
Kuil Hindu atau mandir (Sanskrit: मंदिर ), ialah sebuah rumah ibadat untuk umat Hindu. Kuil ini biasanya digunakan khusus untuk kegiatan keagamaan dan rohaniah.
Sebuah kuil Hindu dapat dibina sebagai sebuah struktur asing atau sebagai sebahagian sebuah bangunan. Suatu ciri kebanyakan kuil adalah kehadiran murti pada dewa Hindu untuk yang mana kuil itu didedikasikan. Kuil biasanya didedikasikan kepada satu dewa asas bergelar "dewa pengerusi" serta dewa bawahan lain yang berkaitan dengan dewa utama. Bagaimanapun, sesetengah kuil didedikasikan kepada beberapa dewa, dan sesetengahnya pula mempunyai tanda selain murti.
Setiap kuil boleh dibina dengan pelbagai cara, pelbagai gaya dan diselarikan dengan kebiaasan budaya setempat[1] namun hampir semua berkongsi idea dan tema teras yang ditunjukkan dalam ajaran ini.
Pada zaman Veda, masyarakat Hindu menyembah Tuhan dengan menggunakan api sebagai symbol-Nya. Di kawasan terbuka, mereka membina pentas, menyalakan unggun api, dan melakukan persembahan dan korban ke dalam api. Mereka tidak memerlukan kuil untuk bersembahyang.
Pertikaian masih wujud antara sejarahwan tentang permulaan kuil dalam masyarakat Hindu. Kemungkinan besar, kuil-kuil awal dibina dengan tanah atau kayu. Oleh itu, tentu kuil-kuil ini tidak dapat bertahan lama. Kemudian, bahan-bahan yang tahan lasak seperti batu-batan digunakan untuk membina kuil. Menurut suatu pendapat, kemungkinan besar, pembinaan kuil bermula pada kurun pertama Masihi.
Kuil-kuil Hindu biasanya dibina di tempat-tempat yang indah seperti tebing sungai, bukit-bukau, tepi tasik atau berhampiran laut. Terdapat juga kuil-kuil gua yang dibina dengan mengorek bukit.
Sesebuah kuil itu dianggap bersifat menghubungkan manusia, dewa-dewi dan ruang purusa sejagat dalam suatu tempat suci.[2]:bab 1[3]:bab 4 Oleh itu, semua ciri yang ada pada kuil ini cuba melambangkan rukun hidup anutan Hindu yang ideal dan ditekankan.[2]:bab 1
Binaan kuil ini diasaskan daripada tapak geometri khusus iaitu vastu-purusha-mandala: mandala adalah bulatan pusat, purusha difahamkan sebagai penunjukkan intipati alam, dan vastu adalah binaan yang didirikan.[3]:68-69. Mandala ini berada di luar suatu tapak dalaman utama bersegi empat menghala ke empat arah utama (utara, selatan, timur, barat): segi empat melambangkan kesempurnaan dan pengetahuan buatan manusia manakala bulatan mandala melambangkan sifat alam yang semulajadi lalu ia saling bergandingan dan saling menyokong.[4]
Kuil-kuil Hindu mempunyai ciri-ciri asas yang seragam seperti:
Gaya shikara ini biasanya berbeza antara India Utara dan India Selatan. Di India Selatan, gaya vimana digunakan untuk dom. Di India Utara pula, gaya nagara digunakan. Biasanya, kuil-kuil di India Selatan juga mempunyai sebuah pintu gerbang yang tinggi, berbentuk pagoda. Pintu gerbang ini dinamakan Gopuram. Kamar dalaman kuil dikenali sebagai garbha-griha (secara literal bermaksud “kamar rahim”). Kamar ini kelihatan seperti sebuah gua. Hati manusia disamakan dengan sebuah gua, di mana Tuhan bersemayam. Kecuali sami kuil, orang lain tidak dibenarkan untuk memasuki garbha-griha. Di sesetengah kuil, orang-orang boleh mengelilingi garbha-griha untuk melakukan pradakshina.
Ruang untuk orang ramai duduk dikenali sebagai nata-mandir. Pada suatu ketika dahulu, golongan devadasi (hamba-hamba Tuhan) menari dan bernyanyi di nata-mandir untuk menghiburkan Tuhan. Orang ramai biasanya berdiri atau duduk di sini untuk menyaksikan upacara pemujaan yang berlaku dalam garbha-griha. Di setengah-setengah kuil, ruang nata-mandir biasanya sebuah bangunan yang berasingan daripada garbha-griha.
Di anjung luar sesetengah kuil juga terdapat sebuah loceng besar. Orang ramai yang memasuki atau keluar kuil boleh membunyikan loceng ini sekali tiga.
Lawatan ke kuil bukan sesuatu yang wajib untuk orang-orang Hindu. Biasanya, di setiap rumah orang Hindu terdapat sebuah kamar atau tempat sembahyang. Oleh itu, hanya semasa upacara perayaan agama, biasanya orang Hindu melawat kuil. Akibatnya, kuil-kuil tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap penganut-penganut Hindu. Namun, kuil-kuil Hindu biasanya mengadakan kirtana (nyanyian lagu-lagu suci) atau ceramah agama untuk orang ramai.
Kuil dianggap tempat para penganut mempersembahkan barangan kepada dewa-dewi yang sering melindungi dan memberi kepada segenap masyarakat sejajar dengan apa yang disampaikan dalam kitab Bhagavata Purana.[5]
Ada sesetengah kuil yang ditetapkan sebagai acara mengadakan keraian, menyanjung seni dan budaya dalam bentuk muzik dan tarian serta menghidupkan usia seperti perkahwinan,[6] pemanjatan syukur anak baru lahir, sampailah ke kematian orang tersayang. Kuil-kuil juga pernah menjadi pusat utama jiwa yang menghidupkan dinasti atau kegiatan ekonomi yang pernah mekar dalam sesebuah kerajaan[3]:71-73 terutamanya pada zaman purba di India.[2]:58-60[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.