From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Meru (Sanskrit: मेरु, Bahasa Tibet: ཪི་རྒྱལ་པོ་རི་རབ་, Sumeru, Sineru atau Mahameru; yang bererti "Meru Agung") ialah gunung suci dalam kosmologi Hindu dan kosmologi Buddha serta kosmologi Jain, dan dianggap sebagai pusat alam semesta, kedua-dua fizikal dan metafizikal rohani. Gunung ini adalah tempat kediaman para dewa, terutama dewa Brahma dan dewa-dewa lain.[1]
Disebutkan bahawa gunung ini setinggi 84,000 yojana (sekitar 1.082 juta kilometer). Banyak kuil dan candi Hindu dan Jain dibina dalam bentuk simbolik menyerupai gunung suci ini. Dalam kosmologi Buddha, gunung suci pusat alam semesta dipanggil Sumeru.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.