Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kerajaan Fatimiyah atau al-Fātimiyyūn (Arab: الفاطميون ) merupakan sebuah kerajaan khilafah Islam bermazhab Syiah yang memerintah kawasan Afrika Utara, Mesir dan Syam bermula dari 5 Januari 910 sehingga 1171. Dinasti ini berdiri setelah jatuhnya Dinasti Aghlabiyah dan bermula di Qairawan. Golongan elit pemerintah kerajaan ini merupakan penganut mazhab Ismailiyah dari mazhab Syiah. Pemimpin kerajaan ini juga merupakan Imam Syiah Ismailiyyah, dan oleh yang demikian, mempunyai kepentingan keagamaan kepada Syiah Ismailiyyah. Mereka juga merupakan sebahagian dari rantai pemegang jawatan khalifah, yang diakui kebanyakan Muslim. Ini merupakan satu-satunya zaman di mana Imam Syiah dan khilafah Islam bersatu selepas pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib.
Dinasti Fatimiah الدولة الفاطمية ad-Dawlah al-Fāṭimiyya | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
909–1171 | |||||||||||||||||||||||||
Bendera | |||||||||||||||||||||||||
Ibu negara | |||||||||||||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Arab (bahasa dominan dan pertuturan) Judeo-Arab (bahasa Arab dengan tulisan Hebrew) Berber Latin Afrika | ||||||||||||||||||||||||
Agama | Syiah Ismailiyah | ||||||||||||||||||||||||
Kerajaan | Khilafah | ||||||||||||||||||||||||
Khalifah | |||||||||||||||||||||||||
• 909–934 (pertama) | al-Mahdi Billah | ||||||||||||||||||||||||
• 1160–1171 (terkhir) | al-'Āḍid | ||||||||||||||||||||||||
Era Sejarah | Zaman Pertengahan Awal | ||||||||||||||||||||||||
• Didirikan | 5 Januari 909 | ||||||||||||||||||||||||
• Pengasasan Kaherah | 8 Ogos 969 | ||||||||||||||||||||||||
• Dibubarkan | 1171 | ||||||||||||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||||||||||||
969[1][2] | 4,100,000 km2 (1,600,000 bt2) | ||||||||||||||||||||||||
Populasi | |||||||||||||||||||||||||
• | 6,200,000 | ||||||||||||||||||||||||
Mata wang | Dinar | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Negara kini |
Kerajaan Fatimiyyah dikatakan amat bertoleransi dengan orang Yahudi dan Kristian Qibti di samping orang Islam aliran lain.
Pada zaman 'Ubaydullah al-Mahdi pucuk pimpinannya ialah al-Mahdi sendiri sebagai khalifah yang mengaku berketurunan Ismail (imam yang diakui Ismailiyah sebagai penerus Ja'afar As-Sadiq). Pada zaman anak beliau, al-Qa'im sehingga al-Mu'iz, kuasa khalifah berada adalah di tangan para wazirnya yang berketurunan Barbar. Pada zaman al-'Aziz pula pengaruh Turki mula masuk. Pada waktu ini juga berlaku persaingan antara orang Turki dengan orang Barbar.
Kerajaan ini berakar hasil suatu pergerakan Syiah Ismailiyah yang wujud pada abad ke-9 oleh Imam Ismailiyah ke-8, Abd Allah al-Akbar[3] di Salamiyah, Syria; beliau menyatakan diri mempunyai pertalian dengan susur galur keturunan Nabi Muhammad melalui puteri baginda Fatimah al-Zahra dan suaminya Ali bin Abi Talib.[4] Pergerakan ini dianggap menyeleweng oleh Kerajaan Abbasiyah; maka Abdullah dan anaknya Abdullāh al-Mahdī Billah melarikan diri ke Sijilmasa[3] (kini di Maghribi).
Kerajaan ini didirikan pada 909 oleh Abdullah al-Mahdi di kawasan Ifriqiya (kini Tunisia); beliau mengesahkan kekuasaannya dengan Dengan cepat kendali Abdullāh al-Mahdi meluas ke seluruh Maghreb, sebuah wilayah merangkumi negara-negara moden Maghribi, Aljazair, Tunisia dan Libya yang diperintah dari ibu kota Mahdiyah.
Pada tahun 972, angkatan pimpinan Jawhar aṣ-Ṣiqillī Al-Mu'izz id-Dinillah menewaskan dinasti Ikhsyidiyah yang bertempat di sana. Pihak Fatimiyah menawan kota Fustat lalu membangunkan suatu kota baharu bernama Kaherah (القـــاهــرة al-Qāhirat "Sang Penunduk").[5] Mereka turut mara menakluk wilayah-wilayah sekitarnya hingga mereka berkuasa dari Tunisia ke Suriah dan malahan menyeberang ke Sicilia dan Italia selatan.
Mesir menjadi pusat kekuasaan kerajaan ini yang mencakupi Afrika Utara, Sisilia, pesisir Laut Merah Afrika, Palestin, Suriah, Yaman, dan Hijaz;[6][7] pusat perdagangan ia meliput luas kedua-dua Laut Tengah dan Lautan Hindi.
Kerajaan Fatimiyah dilihat jauh lebih cekap dalam urusan pentadbiran mereka berbanding kerajaan sezamannya di Eropah kerana penumpuan pelantikan pegawai-pegawai ia yang lebih berdasarkan kecekapan berbanding keturunan. Anggota cabang lain dalam Islām, seperti Sunni, sepertinya diangkat ke kedudukan pemerintahan sebagaimana Syi'ah. Toleransi dikembangkan kepada non-Muslim seperti para penganut Kristian dan Yahudi yang mendapatkan kedudukan tinggi dalam pemerintahan berdasarkan kepada kemampuan (pengecualian pada sikap umum toleransi ini termasuk "Mad Caliph" Al-Hakim bi-Amrillah).
Pada 1040-an, Ziriyah (gabenor Afrika Utara pada masa Fatimiyah) memerdekakan diri dari kerajaan Fatimiyah dan berpindahnya mereka ke Islām Sunnī, yang menimbulkan serangan Banū Hilal yang menghancurkan. Setelah 1070, Fatimiyah mengendalikan pesisir Syam dan bagian Suriah terkena serangan bangsa Turki, kemudian Pasukan Salib, sehingga wilayah Fatimiyah menyempit sampai hanya meliputi Mesir.
Zengid Nūr ad-Dīn memerintahkan panglimanya Salahuddin Ayyubi menakluk Mesir pada 1169, membentuk Dinasti Ayubiyyah Sunni.
Kata "Imām" sebagaimana yang digunakan dalam Islām Shīˤa berarti pemimpin pengganti dalam komunitas muslim dari keturunan langsung Ali bin Abi Talib.
Templat:Ismailis
Selepas khalifah al-'Āḍid, pemerintah Fatimiyyah diturunkan dari takhta pemerintahan di Mesir oleh Ayyubiyyah. Satu kejadian di mana sebuah keluarga yang berasal daripada Fas mendakwa pewaris Fatimiyyah melalui Idris yang mana telah mengahwini wanita Berber, terutamanya keluarga Idrisid dan Rbati dari Maghribi. [perlu rujukan] Kebanyakan kumpulan-kumpulan "Tayyibi" (Alavi, Hebtiahs, Atbai Malak, Dawoodi) juga mendakwa mereka adalah pewaris kepada Fatimiyyah. Puak Taiyabi (Dawoodi Bohra yang mana merupakan kumpulan majoriti) mendakwa para Da`i mereka (lihat senarai Dai dari Dawoodi Bohra) adalah pewaris sebenar ke-21 Imam Taiyab abi al-Qasim, anak lelaki kepada Imam ke-20, Imam Mansur al-Āmir bi-Aḥkām Allāh (khalifah ke-10 Fatimiyyah) (gelaran Da`i diasaskan oleh Ratu Yaman Sulayhid (Arwa al-Sulayhi). Dai terkini bagi masyarakat Dawoodi Bohra adalah Dr. Syedna Mufaddal Saifuddin.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.