19 Jun
tarikh From Wikipedia, the free encyclopedia
19 Jun merupakan hari ke-170 (hari ke-171 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 195 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
Hari ini merupakan Juneteenth di beberapa negeri di Amerika Syarikat.
Hari ini merupakan Hari Bapa Sedunia.
Peristiwa

- 1179 - Pertempuran Kalvskinnet berlaku di luar Nidaros, Norway. Earl Erling Skakke terbunuh dan pertempuran mengubah rentak perang saudara.
- 1269 – Raja Louis IX dari Perancis memerintahkan kesemua orang Yahudi yang ditemui di tempat awam tanpa memakai lencana pengenalan kuning didenda sepuluh livre perak.
- 1306 – Pasukan tentera Earl Pembroke mengalahkan tentera Bruce dari Scotland di Pertempuran Methven.
- 1770 – Emanuel Swedenborg melaporkan telah menyiapkan Kedatangan Kedua Christ di dalam kerja beliau sendiri yang bertajuk Agama Sebenar Kristian.
- 1807 – Laksamana Dmitry Senyavin memusnahkan armada Uthmaniyyah di dalam Pertempuran Athos.
- 1846 - Permainan besbol pertama menggunakan peraturan moden dimainkan di Hoboken, New Jersey, A.S.
- 1865 - Pengisytiharan Pembebasan sampai ke Galveston, Texas - peristiwa ini memulakan tradisi perayaan Juneteenth.
- 1867 - Maharaja Maximilian I (gambar) dihukum tembak mati di Querétaro.
- 1953 - Warganegara A.S. Julius dan Ethel Rosenberg menjalani hukuman mati kerana didapati menjadi perisik Kesatuan Soviet.
- 1961 - Kuwait mengisytiharkan kemerdekaan daripada United Kingdom.
- 1970 - Perjanjian Kerjasama Paten ditandatangani, menyediakan satu prosedur seragam untuk memfailkan permohonan paten.
- 1978 - Garfield, ciptaan pelukis kartun Jim Davis, muncul buat pertama kalinya dalam lerang komik pensindiketan.
- 2005 - Cuma enam kereta berlumba dalam Grand Prix Amerika Syarikat Formula Satu di Indianapolis Motor Speedway di Indianapolis, Indiana selepas penyertaan lain ditarik balik atas isu keselamatan tayar Michelin.
- 2010 - Banjir meluas di selatan China mengorbankan lebih 210 orang, dengan sekitar 110 lagi masih hilang dan ribuan kehilangan tempat tinggal.
- 2012 - Yousaf Raza Gillani dibatalkan kelayakan daripada menjadi Perdana Menteri Pakistan kerana sabit bersalah menghina mahkamah.
- 2017 - Universiti Teknologi Malaysia, mencipta sejarah melalui produk dan pemindahan teknologi membran gentian geronggang bagi merawat air terawat di Pusat Perawatan Air di Kuwait Institute for Scientific Research (KISR).
Kelahiran
- 1595 – Hargobind, guru Sikh ke-6 (meninggal 1644)
- 1623 – Blaise Pascal, ahli matematik dan fizik Perancis (meninggal 1662)
- 1861 – José Rizal, wartawan, penulis dan penyajak Filipina (meninggal 1896)
- 1906 – Ernst Boris Chain, ahli biokimia Jerman dan pemenang Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (meninggal 1979)
- 1909 - Osamu Dazai, penulis Jepun (meninggal 1948)
- 1941 – Václav Klaus, ahli ekonomi dan Presiden Republik Czech ke-2
- 1945 – Aung San Suu Kyi, ahli politik Burma dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel
- 1947 – Salman Rushdie, penulis novel dan esei India
- 1959 - Christian Wulff, Presiden Jerman ke-9
- 1978 – Zoe Saldana, pelakon Amerika Syarikat
Kematian
- 1820 – Joseph Banks, penulis dan botanis Inggeris (b. 1743)
- 1865 – Evangelos Zappas, dermawan dan peniaga Yunani (lahir 1800)
- 1993 – William Golding, novelis dan penyajak British, pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan (lahir 1911)
- 2016 – Anton Yelchin, pelakon Amerika Syarikat (lahir 1989)
- 2024 - Ustaz Rasul Dahri, seorang ulama dan pendakwah di Malaysia
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.