Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rasul bin Dahri (Jawi: رسول بن دهري), atau Ustaz Rasul Dahri (lahir di Singapura, 27 Mei 1953 – meninggal di Johor Bahru, 19 Jun 2024 pada umur 71 tahun) ialah seorang ulama dan pendakwah kelahiran Singapura[1] yang giat menyebarkan agama Islam aliran salaf di Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Thailand melalui lisan dan tulisan.
Rasul Dahri | |
---|---|
Kunya | Abu Farouq |
Nama | Rasul bin Dahri |
Nasab | Rasul bin Dahri bin Saem bin Mohsen |
Lahir | Singapura | 27 Mei 1953
Wafat | 19 Jun 2024 71) Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor | (umur
Makam | Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tiram |
Negara | Singapura |
Pekerjaan | Penceramah, pendakwah |
Denominasi | Ahli Sunah Waljamaah, Salaf |
dipengaruhi oleh
| |
Penghargaan | Pingat Darjah Kebesaran Seri Sirajuddin Perlis (2005) |
Nama penuh beliau ialah Rasul bin Dahri bin Saem bin Mohsen.[2] Beliau juga digelar dengan kunyah Abu Farouq.[3] Ayahnya berketurunan Bugis dilahirkan di Indonesia dan ibunya berketurunan Cina dilahirkan di Muar, Johor, Malaysia. Rasul Dahri dilahirkan di Singapura pada 27 Mei 1953. Beliau memegang kewarganegaraan Singapura tetapi tinggal menetap bersama keluarganya (anak-anak dan isteri) di Johor Bahru, Malaysia sejak 1984 sehinggalah beliau meninggal dunia pada 19 Jun 2024 pada usia 71 tahun.
Rasul Dahri pernah belajar di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Singapura dan Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Pulau Pinang, Malaysia. Kemudian, beliau menyambung pengajiannya ke Maahad al-Haram al-Makki, di Mekah, Arab Saudi. Beliau menyambung pengajian di Universiti Raja Abdul Aziz, Mekah dalam bidang bahasa Arab dan di Universiti Umm al-Qura, Mekah dalam bidang syariah, dakwah & usuluddin. Beliau berada di Mekah, Arab Saudi selama sebelas tahun dari 1973 hingga ke penghujung tahun 1984.[4]
Guru-guru beliau
Semasa di Mekah, beliau sempat bersama Syeikh al-Muhaddis Abu Abdirrahman Muqbil bin Hadi al-Wadi'i di Maahad al-Haram dan bersama Syeikh Rabi' bin Hadi al-Madkhali di Universiti Ummul Qura. Beliau juga sempat berguru dengan beberapa orang syeikh semasa mereka mengunjungi Mekah ketika musim cuti, musim Haji atau di bulan Ramadhan, seperti Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Uthaimin, dan Syeikh Soleh Fauzan al-Fauzan. Beliau juga pernah berguru (hampir setahun lamanya) dengan Syeikh Alwi al-Maliki (mengikuti pengajiannya di dalam Masjid al-Haram, Mekah dalam bidang hadis) iaitu sebelum beliau diharamkan mengajar di Masjid al-Haram.[5]
Semasa Ustaz Rasul Dahri menuntut ilmu di Mekah, beliau sempat bertalaqi dengan beberapa orang syeikh. Ada di antara mereka mendorong, memberi semangat dan berpesan agar berdakwah dengan tulisan serta menterjemahkan kitab-kitab turath dan kitab-kitab tulisan para ulama Salaf as-Soleh di samping berdakwah dengan cara mengajar, berceramah atau berdakwah dengan lisan.
5. Syeikh Rabi' al-Madkhali, beliau mengambil PhD. (ketika itu) di Universiti Ummul Qura dan Ustaz Rasul Dahri sering bersamanya di perpustakaan universiti dan di majlis-majlis ilmu yang diadakannya dan juga semasa rehlah saifiyah. Beliau juga menggalakkan dan menunjuk ajar tatacara penulisan dan bagaimana menghasilkan tulisan yang ilmiyah.
6. Asy-Syeikh al-Muhaddis Abu Abdirrahman Muqbil bin Hadi al-Wadi'i, iaitu sebelum beliau meninggalkan Mekah terusir kerana fitnah yang dicetuskan oleh mereka-mereka yang bersifat hasad dan dengki terhadap ketegasan beliau menghadapi pelaku syirik dan bid'ah. Ustaz Rasul Dahri pernah menuntut bersama beliau di Ma'had yang selama setahun iaitu Ma'had al-Haram al-Makki, Mekah. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi sehingga memperolehi ijazah PhD.
Semasa di Mekah juga, beliau telah menimba ilmu dan bertalaqqi daripada beberapa masayeikh, antaranya ialah Syeikh Ahmad al-Mandili, Syeikh Yahya (dalam bidang ilmu-ilmu sanad, rawi dan jarah wa-ta'dil), mempelajari ilmu-ilmu tafsir, hadis, fiqh, usul fiqh, sirah dan ilmu-ilmu lain antaranya daripada Syeikh Syaid Sabiq, Syeikh Muhammad al-Ghazali, Muhammad Qutub, Syeikh at-Tantawi (penceramah radio Mekah), Syeikh Muhammad Mujahid as-Sawwaf, asy-Syeikh Abdurrahman al-Habannaka al-Maidani dan Syeikh Yamani.
Beliau diberi kesempatan juga oleh Allah Taala menghadiri kuliah-kuliah as-Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nasiruddin al-Albani dan asy-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di musim Haji, di bulan Ramadhan dan bulan cuti musim panas.
Rasul Dahri telah dianugerahkan pingat Darjah Kebesaran Seri Sirajuddin Perlis (2005)[6]
Rasul Dahri meninggal dunia pada 19 Jun 2024 di kediamannya di Ulu Tiram, Johor, Malaysia.[7]
Rasul Dahri pernah dipenjara di Johor Bahru pada 2016 dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Syariah Johor selepas didapati bersalah mengajar agama Islam tanpa tauliah dan menyebarkan fahaman bertentangan Ahli Sunah Waljamaah di Johor Bahru.[8]
Permohonan beliau untuk diiktiraf sebagai pengajar Islam di Singapura melalui Skim Pengiktirafan Asatizah juga telah ditolak oleh Majlis Ugama Islam Singapura pada 2017.[9]
Ustaz Rasul Dahri banyak menghasilkan buku-buku agama dalam bidang akidah, fikah, manhaj dan sebagainya. Antara buku-buku tersebut ialah:-
Tujuh buah buku Rasul Dahri telah diharamkan di Pulau Pinang, Malaysia pada 2004. Senarai buku tersebut ialah:[14]
Sembilan buah buku Rasul Dahri telah diharamkan di Singapura pada 2017. Senarai buku tersebut ialah:[15]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.