From Wikipedia, the free encyclopedia
José Manuel Reina Páez ialah seorang pemain bola sepak Sepanyol yang kini beraksi untuk kelab Milan dan bermain di posisi penjaga gol. Jose Reina lebih mesra dengan panggilan Pepe Reina ataupun José Reina.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | José Manuel Reina Páez[1] | ||
Tarikh lahir | 31 Ogos 1982 | ||
Tempat lahir | Madrid, Sepanyol | ||
Ketinggian | 1.88 m (6 ka 2 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Milan | ||
Nombor | 25 | ||
Kerjaya remaja | |||
EF Madrid Oeste | |||
1988–1999 | Barcelona | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1999 | Barcelona C | 3 | (0) |
1999–2000 | Barcelona B | 41 | (0) |
2000–2002 | Barcelona | 30 | (0) |
2002–2005 | Villarreal | 109 | (0) |
2005–2014 | Liverpool | 285 | (0) |
2013–2014 | → Napoli (pinjaman) | 29 | (0) |
2014–2015 | Bayern Munich | 3 | (0) |
2015–2018 | Napoli | 111 | (0) |
2018– | Milan | 4 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
1998–1999 | Sepanyol B16 | 9 | (0) |
1999 | Sepanyol B17 | 2 | (0) |
2000 | Sepanyol B18 | 1 | (0) |
2000–2003 | Sepanyol B21 | 20 | (0) |
2005– | Sepanyol | 36 | (0) |
2000 | Catalonia | 1 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 Mei 2019 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 Oktober 2017 |
Jose Reina lahir pada 31 Ogos 1982 di Madrid, Sepanyol. Bapanya ialah Miguel Reina Santos, penjaga gol Atletico Madrid.
Walaupun beliau lahir di Madrid, Pepe Reina memulakan kerjaya bola sepaknya dengan Barcelona dan beraksi buat kali pertama untuk pasukan Catalunya tersebut ketika berumur 18 tahun. Pepe Reina bermain menentang Liverpool semasa perlawanan separuk akhir Piala UEFA tahun 2001. Tetapi Pepe Reina tidak dapat menumpaskan Victor Valdes, penjaga gol utama di Barcelona dan ini mendorong Pepe Reina berpindah ke Villarreal secara pinjaman pada tahun 2002. setelah beraksi baik, perpindahannya dijadikan pindahan kekal pada tahun 2004.
Permainan baik Pepe Reina membolehkan Villarreal melayakkan diri bersaing buat kali pertamanya dalam Liga Juara-Juara untuk musim 2005-2006. Semasa di Villarreal juga, Pepe Reina mendapat reputasi sebagai pakar menyelamatkan sepak penalti apabila beliau menyelamatkan 7 daripada 9 sepak penalti yang diberikan menentang Villarreal dalam musim 2004-2005.
Liverpool mendapatkan perkhidmatan Pepe Reina sebagai pemain pada bulan Julai 2005, dengan bayaran £6 juta. Rafael Benitez memanggil Pepe Reina “penjaga gol terbaik di Sepanyol” Pepe Reina turun bermain buat pertama kali untuk Liverpool semasa perlawanan kelayakan pusingan pertama Liga Juara-Juara musim 2005-2006 menentang TNS.
Pepe Reina menggantikan Jerzy Dudek sebagai penjaga gol Liverpool apabila Jerzy Dudek mengalami kecederaan di siku pada permulaan musim 2005-2006. persembahan baik Pepe Reina akhirnya memaksa Jerzy Dudek ke bangku pemain simpanan walaupun selepas memaksa Jerzy Dudek sembuh dari kecederaannya. Pada musin 2005-2006, Pepe Reina bermain buat pertama kalinya untuk Sepanyol dalam perlawanan persahabatan menentang Uruguay. Sepanyol menang 2-0.
Liverpool melalui musim yang memberansangkan dalam tahun 2005-2006, dengan menjuarai Piala F.A.. Liverpooljuga memperbaiki kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris apabila Liverpool menamatkan musim pada tangga ketiga (berbanding tangga kelima dalam musim sebelumnya). Pepe Reina juga mencapai kejayaan peribadi.
Pada 3 Disember 2005, Pepe Reina berjaya mencapai “clean sheet” kali keenam berturut-turut semasa menentang Wigan Athletic untuk memecah rekod Liverpool bertanding dalam Liga Perdana Inggeris, mengatasi rekod David James yang dicapai dalam musim 1996-1997. Rekod baik ini berterusan sehingga 8 permainan berturut-turut sehingga James Beattie dari pasukan Everton F.C. menjaringkan gol pda 28 Disember 2005 dalam perlawanan yang akhirnya dimenangi Liverpool 3-1.
Pepe Reina menjadi tajuk perbincangan musim 2005-2006 apabila dilayangkan kad merah 5 Februari 2006 semasa perlawanan liga di antara Liverpool dan Chelsea, bila mana Pepe Reina membuat satu tackle sumbang ke atas Eidur Gudjohnsen apabila menjadi sweeper. Dalam keadaan pengadil hendak mengambil tindakan melayangkan kad kuning kepadanya, Pepe Reina ditohmah oleh Arjen Robben yang menimbulkan marah Pepe Reina. Dalam keadaan marah tersebut, Pepe Reina menaikkan tangannya ke muka Robben dan tetapi Robben jatuh mengelupur seperti amat kesakitan. Pengadil diperdaya dan melayangkan kad merah kepada Pepe Reina. Kad merah tersebut mengakibatkan Pepe Reina digantung 3 perlawanan. Pihak media mengecam Robben kerana lakonan keterlaluannya yang menyebabkan Pepe Reina dibuang padang. Liverpool tewas 2-0.
Pada 16 April 2006, Pepe Reina menyambut penampilannya kali ke-50 untuk Liverpool dengan satu lagi “clean sheet” dan mentabalkan Pepe Reina sebagai penjaga gol yang memboloskan bilangan gol paling sedikit dalam 50 penampilan pertama, satu rekod yang sebelumnya dipegang oleh lagenda Liverpool, Ray Clemence dalam musim 1970–71. Ray Clemence melepaskan 32 gol sementara Pepe Reina melepaskan 29 gol dalam 50 permainan pertama mereka.
Pada bulan Mei 2006, Pepe Reina diberikan anugerah “Sarung Tangan Emas” Liga Perdana kerana berjaya mencapai kejayaan 20 “clean sheet” dalam musim 2005-2006 mengatasi Edwin van der Sar dari Manchester United (18) dan Petr Cech dari Chelsea (17). [3]
Pada 13 May 2006 dalam perlawanan akhir Piala F.A. menentang West Ham, Pepe Reina menunjukkan permainan hambar dan melepaskan 3 gol disebabkan oleh kesilapan individu. West Ham mendahului Liverpool 3-2 hingga ke saat-saat terakhir permainan apabila Steven Gerrard menjaringkan gol penyamaan Liverpool. Dalam masa tambahan, Pepe Reina membuat satu tampanan yang kritikal dan memaksa permainan ditentukan dengan sepak penalti. Pepe Reina menyelamatkan 3 daripada 4 sepak penalti West Ham dan Liverpool muncul juara Piala F.A. musim 2005-2006.
Kelab | Musim | Liga Perdana | Piala F.A. | Piala Liga | Eropah | Lain-Lain | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
App | Cl.S. | App | Cl.S. | App | Cl.S. | App | Cl.S. | App | Cl.S. | App | Cl.S. | ||
Liverpool FC | 2006-07 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 1 | 0 | 2 | 0 |
2005-06 | 33 | 20 | 5 | 2 | 0 | 0 | 13 | 7 | 2 | 1 | 53 | 30 | |
Total | 33 | 20 | 5 | 2 | 0 | 0 | 14 | 7 | 3 | 1 | 55 | 30 | |
Kelab | Musim | La Liga | Copa del Rey | - | Eropah | Lain-Lain | Jumlah | ||||||
App | Goals | App | Goals | App | Goals | App | Goals | App | Goals | App | Goals | ||
Villarreal | 2004-05 | 38 | 0 | 0 | 0 | - | - | 19 | 0 | 0 | 0 | 57 | 0 |
2003-04 | 38 | 0 | 0 | 0 | - | - | 15 | 0 | 0 | 0 | 53 | 0 | |
2002-03 | 33 | 0 | 0 | 0 | - | - | 4 | 0 | 0 | 0 | 37 | 0 | |
FC Barcelona | 2001-02 | 11 | 0 | 1 | 0 | - | - | 4 | 0 | 0 | 0 | 16 | 0 |
2000-01 | 19 | 0 | 7 | 0 | - | - | 7 | 0 | 0 | 0 | 33 | 0 | |
FC Barcelona B | 2000-01 | 11 | 0 | 0 | 0 | - | - | 0 | 0 | 0 | 0 | 11 | 0 |
1999-00 | 30 | 0 | 0 | 0 | - | - | 0 | 0 | 0 | 0 | 30 | 0 | |
Overall Total | 213 | 0 | 12 | 0 | 0 | 0 | 63 | 0 | 3 | 0 | 292 | 0 | |
Villarreal Pemenang
Liverpool Pemenang
Naib Juara
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.