Pelakon, penyanyi, pengarah dan penulis lirik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Muhamad Ismaizal Yusoof (lahir 12 Ogos 1982) atau lebih dikenali sebagai Azma Aizal Yusoof ialah pelakon, penyanyi, pengarah dan penulis lirik Malaysia.[1] Pada awal penglibatannya dalam bidang seni, Azma lebih dikenali sebagai Isma Yusoof.
Azma Aizal Yusoof | |
---|---|
Kelahiran | Muhamad Ismaizal bin Yusoof 12 Ogos 1982 |
Nama lain | Isma Yusoof |
Pendidikan | Filem Animasi |
Pusat pendidikan | Universiti Multimedia |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2006–kini |
Ibu bapa | Hamidah Abdullah (ibu) |
Kerjaya lakonan Azma bermula melalui drama RTM Sutun 2 pada 2006. Drama bersiri Merah Putih merupakan arahan pertama Azma lakonan Zahiril Adzim, Ellyas Abdullah dan Dira Abu Zahar pada 2009.[2] Selain itu, Azma turut mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan untuk siaran TV3. Azma turut mengarahkan iklan televisyen untuk Naelofar Hijab.
Azma pernah terlibat dengan penyalahgunaan ganja dan pernah dimasukkan ke pusat pemulihan di Sungai Besi, iaitu Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Juang Abadi (Persada) atau yang kini dikenali sebagai Puspen selama dua minggu pada 2009. Azma turut pernah dimasukkan ke wad psikiatri akibat gangguan bipolar tahap satu pada tahun yang sama. Blok 404 ialah filem arahan pertama Azma pada 2018.
Pada tahun 2015, Azma bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara. Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh Azma.[3]
Tahun | Filem | |||
---|---|---|---|---|
Pengarah | Pelakon | Nota | ||
2009 | Setem | Tidak | Ya | Sebagai Aryanto |
2011 | Dilarang Masuk | Tidak | Ya | Sebagai Ronnie |
2013 | Tanda Putera | Tidak | Ya | Sebagai Mohamed Tawfik Ismail |
2014 | Dollah Superstar | Tidak | Ya | |
2018 | Blok 404 | Ya | Tidak | Filem arahan pertama |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.