Fedtri Yahya
Pengacara, personaliti televisyen, penulis lirik, penyampai radio, dan penerbit rancangan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ahmad Fedtri Yahya (lahir 2 Ogos 1981) merupakan seorang pengacara, penerbit, penulis lirik dan penyampai radio lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai personaliti TV3 dan salah seorang pengacara Malaysia Hari Ini. Biarpun pernah ditawarkan untuk bekerja di Radio Televisyen Malaysia (RTM), ASTRO dan TV AlHijrah dengan pulangan yang lumayan, Fedtri lebih selesa berkhidmat dengan TV3 yang diibaratkan sebagai rumah keduanya selain menjadi tempat beliau mencari sumber rezeki.
Remove ads
Kerjaya
Sebelum menyertai TV3, beliau pernah bekerja di Leo Burnett Worldwide. Sewaktu mula berkhidmat di TV3, beliau pada asalnya hanya bermula sebagai kakitangan intern semasa menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM). Selepas menamatkan pengajian di USM, Fedtri berkhidmat secara sepenuh masa di TV3, kemudian dipelawa menjadi pengacara Malaysia Hari Ini.[1]
Dalam tempoh perlanjutan kontraknya sebagai personaliti TV3, antara rancangan TV lain yang pernah dihoskan beliau ialah Dari Masjid Ke Masjid, Madrasah, Scoreboard, Kafe Aktif, Soal Jawab, Soal Rakyat, Majalah Tiga, Khurafat, Sebalik Malam, Jejak Rasul dan pelbagai lagi.[2] Selain itu, beliau juga pernah berlakon dalam filem Dunia Baru The Movie dengan membuat penampilan kameo.
Beliau juga aktif sebagai penulis lirik. Banyak menulis lirik lagu nama-nama besar seperti Noraniza Idris, Dato' Nora Ariffin, Dato' Sri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Liza Hanim, Awie, Ziana Zain, Zamani Ibrahim, Siti Nordiana, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Syamel, Hafiz Hamidun, dan ramai lagi.
Beliau juga aktif menjadi pengacara pelbagai majlis peringkat kebangsaan seperti Sambutan Hari Merdeka dan menulis buku bertajuk 'Haruman Puisi Cinta', 'Pantun Penyeri Pengantin', Mahkota Kiasan, Dari Cizre ke Sanliurfa, Kezaliman Cinta, Soalan Maut Untuk Ustaz. Beliau juga aktif menulis dalam majalah seperti Remaja, Gen-Q dan Tunas Cipta.
Sejak 2021, beliau menjadi juruhebah radio Buletin FM menerusi rancangan Ilham Sanubari.[3] Akan tetapi pada Mei 2022, beliau meninggalkan Buletin FM apabila kontrak beliau sebagai juruhebah di stesen radio itu tidak dilanjutkan.[4]
Pada Ogos 2021, beliau menerima Anugerah Tokoh Pendakwah Maal Hijrah - Pendakwah Kreatif oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.[5]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Fedtri dilahirkan di Pantai Remis, Perak dan merupakan anak bongsu daripada 4 beradik. Beliau ialah anak lelaki tunggal dan mempunyai tiga orang kakak. Fedtri juga merupakan salah seorang bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SMSKS) atau lebih dikenali sebagai KUSESS dan pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan 1998. Beliau ialah lulusan Sarjana Muda Komunikasi (Filem & Penyiaran) dengan minor Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau menerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor USM ketika istiadat Konvokesyen USM 2002.
Fedtri telah berkahwin dengan Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika sama-sama terlibat dalam Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.[6] Beliau dikurniakan empat anak, iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Remove ads
Diskografi
Filemografi
Filem
Drama
Televisyen
Remove ads
Radiografi
Radio
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
