From Wikipedia, the free encyclopedia
Erich Friedrich Wilhelm Ludendorff (kadang kala dipanggil von Ludendorff)[1] (9 April 1865 – 20 Disember 1937) ialah seorang jeneral Jerman, pemenang dalam Pertempuran Liège, dan dalam Pertempuran Tannenberg. Mulai Ogos 1916, pelantikan beliau sebagai Kuartermaster Jeneral Pertama (Asisten Ketua Staf 1) menjadikan beliau pemimpin (bersama dengan Paul von Hindenburg) gerakan perang tentera darat Jerman semasa Perang Dunia Pertama, sehinggalah perletakkan jawatannya pada bulan Oktober 1918.[2][3]
Erich Ludendorff | |
---|---|
Nama lahir | Erich Friedrich Wilhelm Ludendorff |
Kelahiran | 9 April 1865 Kruszewnia berhampiran Posen, Provinsi Posen, Kerajaan Prusia |
Meninggal dunia | 20 Disember 1937 72) Munich, Jerman Nazi | (umur
Kesetiaan | Empayar Jerman |
Perkhidmatan | Tentera Darat Imperial Jerman |
Tahun perkhidmatan | 1883–1918 |
Pangkat | General der Infanterie |
Arahan | Briged 14 Infantri, Kuartermaster Jeneral 1 |
Pertempuran | Perang Dunia I Revolusi Jerman |
Anugerah | Pour le Merite, Grand Cross of the Iron Cross |
Selepas perang, Ludendorff menjadi seorang ketua nasionalis yang terkemuka dan seorang penganjur legenda tikam dari belakang iaitu tentang pengkhianatan pihak Marxisme dan Republikan terhadap Tentera Darat Jerman dalam Perjanjian Versailles. Beliau mengambil bahagian dalam kudeta Wolfgang Kapp pada tahun 1920 dan Beer Hall Putsch Adolf Hitler yang gagal pada tahun 1923. Pada tahun 1925 beliau bertanding untuk jawatan presiden menentang rakan sekerjanya, Paul von Hindenburg (Ludendorff menuduh Hindenburg meraih kepujian yang sepatutnya milik Ludendorff ekoran kejayaannya menentang Rusia.[2][4] Dari tahun 1924 hingga 1928 beliau mewakili Parti Kebebasan Rakyat Jerman di dalam Parlimen Jerman. Selepas Perang Dunia Pertama Ludendorff mengembangkan konsep "Perang total"; beliau menerbitkan buku berjudul Der Totale Krieg (Perang Total) pada tahun 1935—dalam buku ini beliau menunjukkan pendapat yang keseluruhan kekuatan fizikal dan moral negara harus digembleng oleh sebab keamanan hanya merupakan tempoh antara peperangan.[5] Ludendorff merupakan penerima darjah-darjah Grand Cross of the Iron Cross dan Pour le Merite.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.