Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bandar Raya Mexico atau Kota Mexico (Sepanyol: Ciudad de México ) ialah Wilayah Persekutuan (Sepanyol: Distrito Federal ), ibu negara dan bandar raya terbesar negara Mexico.[1] Ia juga bandar raya terbesar di benua Amerika dan kawasan metropolitan ketiga teramai penduduknya, selepas Tokyo dan Seoul. Ia merupakan entiti persekutuan dalam Mexico yang tidak menganggotai mana-mana 31 negeri Mexico, sebaliknya hakmilik seluruh persekutuan. Bandar Raya Mexico merupakan pusat politik, kebudayaan, pendidikan dan kewangan yang paling penting di negaranya.
Bandar Raya Mexico Ciudad de México |
|||
Latar langit Bandar Raya Mexico | |||
|
|||
Nama samaran: Ciudad de los Palacios | |||
Lokasi Bandar Raya Mexico di kawasan tengah Mexico | |||
Koordinat: 19°24′N 99°7′W | |||
---|---|---|---|
Negara | Mexico | ||
Entiti persekutuan | Daerah Persekutuan | ||
Boro | 16 delegaciones | ||
Diasaskan sebagai Tenochtitlan | k.k. 18 Mac 1325 | ||
Kerajaan | |||
- Ketua Kerajaan | Marcelo Ebrard (Templat:PRD party) | ||
Ketinggian | 7,349 kaki (2,240 m) | ||
Kepadatan (2005) | |||
- Bandar | 8,720,916 | ||
- Metro | 19,231,829 | ||
Zon masa | Zon Waktu Tengah (UTC-6) | ||
- Musim panas (DST) | Waktu Siang Tengah (UTC-5) | ||
1 Kawasan Daerah Persekutuan yang merangkumi kawasan-kawasan bukan bandar di selatan. | |||
Laman web: http://www.df.gob.mx |
Bandar raya ini merupakan salah sebuah pusat kewangan terpenting di Amerika Utara[2] dengan taraf bandar raya global "alpha"[3] yang terletak di Lembah Mexico, sebuah lembah besar di kawasan penara tinggi di tengah-tengah negara Mexico, pada aras tinggi 2,240 meter (7,350 kaki). Bandaraya ini terbahagi kepada 16 daerah.
Pada tahun 2009, kawasan Bandar Raya Mexico sebenar diduduki oleh sekitar 8.84 juta orang[4] di atas kawasan seluas 1,485 kilometer persegi (573 bt2).[5] Menurut takrifan paling terkini yang dipersetujui oleh kerajaan persekutuan dan negeri, jumlah penduduk kawasan metropolitan Bandar Raya Mexico ialah 21.2 juta orang,[4], menjadikannya kawasan metropolitan terbesar di rantau Amerika dan pengelompokan bandar kelima terbesar di dunia.[6]
Bandar Raya Mexico sahaja mencatatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak AS$390 bilion pada tahun 2008, oleh itu merupakan bandaraya kelapan paling kaya di dunia. Jika diambil kiranya seluruh kawasan metropolitan Bandar Raya Mexico, termasuk pusat perindustrian besar dalam zon metropolitan, KDNK kasar untuk seluruh kawasan metropolitan Bandar Raya Mexico adalah $531.4 bn.[7] Bandaraya Mexico sahaja menjana 21% KDNK negara Mexico pada $390 bn, manakala kawasan metropolitan pula menyumbangkan 34% jumlah KDNK negara dengan $531.4 bn.[8] Tepat pada tahun 2010, bandaraya sahaja mencatat KDNK per kapita sebanyak $47,396, berbanding dengan kawasan metropolitan yang pendapatan nominal per kapitanya hanya $29,258.[9]
Bandar raya ini asalnya dibina di atas sebuah pulau di Tasik Texcoco dengan nama Tenochtitlan oleh kaum Aztek pada tahun 1325. Kota lama ini hampir ranap sampai habis dalam apabila diserang pada tahun 1521, tetapi kemudiannya direka dan dibina semula berlandaskan piawaian pembandaran Sepanyol. Pada tahun 1524, ditubuhkannya perbandaran yang bernama México Tenochtitlán,[10] dan pada tahun 1585 ia diberi gelaran rasmi La Ciudad de México (Bandar Raya Mexico).[10] Bandar Raya Mexico berfungsi sebagai pusat politik, pentadbiran dan kewangan sebahagian besar empayar jajahan Sepanyol.[11] Selepas tercapainya kemerdekaan dari Sepanyol, Wilayah Persekutuan terbentuk pada tahun 1824.
Setelah bertahun-tahun menuntut autonomi politik yang lebih besar, pada tahun 1997, para warga kota akhirnya diberi hak untuk mengundi Ketua Kerajaan dan para wakil Dewan Undangan yang ekadewan.[12]
Kota yang kini bergelar Bandar Raya Mexico ini mula-mula diasaskan oleh kaum pribumi Mexica, juga dipanggik Aztek, pada tahun 1325. Kota lama Mexica ini kini dikenali dengan nama Tenochtitlan. Kaum Mexica merupakan antara golongan berbahasa Nahuatl yang berhijrah ke tempat ini di Lembah Mexico setelah kejatuhan Empayar Toltec. Kehadiran mereka ditentang oleh orang-orang asli yang sedia ada menduduki lembah itu, namun kaum Mexica berjaya mengasaskan sebuah kota di sebuah pulau kecil di sebelah barat Tasik Texcoco. Kaum Mexica sendiri juga membuat cerita tentang bagaimana kota mereka ditubuhkan, setelah dibimbing ke pulau tersebut oleh dewa utama mereka, Huitzilopochtli. Menurut cerita itu, dewa itu menandakan petempatan baru mereka dengan lambang berupa burung helang yang hinggap di atas kaktus nopal sambil menggondol seekor ular dengan paruhnya. Pada tahun 1325 hingga 1521, kota Tenochtitlan makin hari makin besar sehingga mendominasi negeri-negeri kota yang lain di keliling Tasik Texcoco, dan juga satu Lembah Mexico. Sewaktu ketibaan orang Sepanyol, Empayar Aztek sudah meliputi sebahagian besar Mesoamerika sejauh pantai Teluk Mexico dan Lautan Pasifik.
Setelah mendarat di Veracruz, Hernán Cortés mendapat khabar kewujudan sebuah kota agung yang menerima tentangan hebat dari orang ramai. Walaupun Cortés tiba di Mexico dengan bala tentera yang sedikit orangnya, namun beliau dapat memujuk ramai orang asli lain supaya membantunya menghancurkan Tenochtitlan.[13] Cortés mula-mula melihat Tenochtitlán pada 8 November 1519.[14] Sekali pandangnya, Cortés dan askar-askarnya tertawan oleh keindahan dan kebesarannya. Orang Sepanyol itu berarak di sepanjang tambak ke arah kota itu dari Iztapalapa. Walaupun Montezuma keluar dari pusat Tenochtitlán untuk menyambut kedatangan mereka sambil bertukar buah tangan, namun persahabatan antara mereka tidak kekal lama.[15] Cortés menahan Montezuma dalam rumahnya dengan tujuan merebut kekuasaan.[16] Ketegangan memuncak hingga malam 30 Jun 1520 – sewaktu perjuangan yang bergelar "La Noche Triste" – kaum Aztek memberontak terhadap penceroboh Sepanyol dan berjaya menangkap dan mengusir orang- Eropah itu dan sekutu Tlaxcaltec mereka.[17] Cortés berpakat semula di Tlaxcala. Orang Aztek menyangka orang Sepanyol sudah pergi buat selamanya. Mereka memilih seorang raja baru, Cuitláhuac, tetapi baginda mangkat selepas beberapa bulan akibat penyakit cacar, lalu diganti oleh Cuauhtémoc.[18] Cortés membuat keputusan untuk mengepung Tenochtitlán pada Mei 1521. Selama tiga bulan, warga kota itu menderita akibat kekurangan bekalan makanan dan air serta perebakan wabak cacar yang dibawa oleh orang Eropah itu.[13] Cortés dan sekutunya mendaratkan tentera mereka di selatan pulau itu lalu merempuh-rempuh ke arah kota itu, jalan demi jalan dan rumah demi rumah.[19] Akhirnya, Cuauhtémoc terpaksa menyerah kalah pada Ogos 1521.[13]
Kota Tenochtitlán teruk dibinasakan oleh pihak Sepanyol. Cortés mula-mula berdiam di Coyoacán, tetapi memutuskan untuk membina semula tapak kota Aztek itu untuk menghapuskan segala tinggalan kerajaan lama.[14] Cortés tidak menubuhkan sebuah wilayah taklukan yang bebas di bawah pemerintahan dirinya, sebaliknya beliau tetap taat setia kepada kerajaan Sepanyol. Wizurai pertama taklukan baru itu tiba di Bandar Raya Mexico 14 tahun kemudian. Ketika itu, kota itu bangkit sebagai sebuah negeri kota yang kuasanya menjangkau jauh ke luar sempadan kota yang ditetapkan itu.[20] Biarpun orang Sepanyol mengekalkan susun atur asas Tenochtitlán, namun mereka menggantikan kuil Aztek lama dengan gereja Katolik sambil menuntut istana-istananya sebagai hak milik mereka.[20] Tenochtitlán dinamakan semula sebagai "Mexico", sempena nama alternatif kota ini yang didapati lebih mudah disebut oleh orang Sepanyol.[14]
Kota Mexico berkembang pesat serentak dengan jumlah penduduknya, sehingga kawasannya menemui perairan tasik. Abad ke-16 menyaksikan pembinaan gereja baru bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kebanyakannya masih terlihat di pusat bandaraya bersejarah.[20] Dari segi ekonomi, Bandar Raya Mexico makmur kerana kegiatan perdagangan. Berbeza dengan Brazil mahupun Peru, Mexico mudah dihubungi dengan dunia Atlantik dan Pasifik. Kerajaan Sepanyol cuba menguasai segala perdagangan dalam kota itu, namun tidak berjaya sungguh.[21] Salah satu cara yang diambil oleh Sepanyol untuk memerintah seluruh kota itu ialah agama, tetapi di sini pun kejayaannya tidak besar juga. Amalan orang pribumi masih dikekalkan dan diterapkan dalam amalan Katolik Rom oleh orang asli, khususnya kultus Dara Guadalupe, yang tercetus oleh bayangan Siti Mariam di Bukit Tepeyac di utara sempadan kota pada tahun 1531; sesetengah cendekiawan berpendapat bahawa bayangan ini benar-benar berkesan kerana kewujudan kultus Aztek buat dewi ibunda Tonantzin sebelum peristiwa Penaklukan.[21]
Konsep kebangsawanan mekar di Sepanyol Baru dengan cara yang berbeza dengan tempat-tempat lain di benua Amerika. Orang Sepanyol bertembung dengan masyarakat yang seiras konsep kebangsawanan sesama mereka. Orang Sepanyol menghormati dan membesarkan darjah-darjah kebesaran pribumi. Dalam masa berabad-abad kemudian, seseorang yang membawa gelaran kehormat di Mexico tidak semestinya besar kuasa politiknya, kerana kuasanya terhad walaupun kaya dengan harta benda.[22] Konsep kebangsawanan di Mexico bukan berbentuk politik, bahkan berlandaskan sosial Sepanyol yang amat konservatif berasaskan pembuktian kelayakan keluarga. Kebanyakan keluarga ini membuktikan kelayakan mereka dengan menjadi sangat kaya di Sepanyol Baru di luar kota Mexico, kemudian membelanjakan pendapatannya di ibu kota, membina gereja, menyokong badan amal dan membina rumah agam yang mewah. Kegilaan membina-bina rumah yang paling mewah mencapai kemuncaknya pada separuh akhir abad ke-18. Kini masih kelihatan banyak rumah-rumah ini, maka Bandar Raya Mexico diberi jolokan “Kota Istana” oleh Alexander von Humboldt.[14][20][22]
Negara Mexico diisytiharkan merdeka oleh Agustín de Iturbide pada tahun 1821, setelah beliau bersama tenteranya berkawat ke dalam kota. Mula-mula, kerajaan Iturbide cuba mengekalkan sebanyak mana sistem lama yang boleh, tetapi akhirnya beliau terpaksa turun takhta, maka negara Mexico diisytiharkan sebagai republik pada tahun 1824, dengan Bandar Raya Mexico sebagai ibu negara.[23] Unrest followed for the next several decades, as different factions fought for control of Mexico.[24] Wilayah Persekutuan Mexico ditubuhkan oleh kerajaan baru menerusi penerimaan perlembagaan barunya, yang mana konsep Wilayah Persekutuan disesuaikan dari Perlembagaan Amerika Syarikat.[25] Sebelum ini, Bandar Raya Mexico berfungsi sebagai pusat kerajaan Negeri Mexico dan seluruh negara sekaligus. Peranan ibu negeri Mexico diambil alih oleh Texcoco, diikuti oleh Toluca.[26] Sewaktu berperang dengan Amerika Syarikat, tentera negara musuh itu berkawat ke arah Bandar Raya Mexico selepas menawan Veracruz.[27] Serangan ini memuncak dengan penggempuran Istana Chapultepec di ibu kota.[28] Peperangan ini berakhir dengan Perjanjian Guadalupe Hidalgo yang ditandatangani di utara jauh ibu negara.[29] Semenjak itu, Bandar Raya Mexico tidak terjejas oleh peristiwa-peristiwa seperti Perang Pembaharuan, sebaliknya ia terus mekar, terutama ketika negara ditadbir oleh Presiden Porfirio Díaz. Ketika ini, ibu kota Mexico membangunkan beraneka prasarana moden seperti jalan raya, sekolah, pengangkutan, dan sistem komunikasi. Walaupun begitu, pemerintah Mexico menumpukan sumber dan kekayaan negara ke dalam lingkungan kota, sehingga kawasan negara yang selebihnya dibiarkan merempat dalam kemiskinan, maka tercetusnya Revolusi Mexico.[24] Ketika ini, Bandar Raya Mexico meredah peristiwa La decena trágica (“10 Hari Tragis”), iaitu rampasan kuasa terhadap Presiden Francisco I. Madero dan Naib Presiden José María Pino Suárez. Victoriano Huerta, ketua jeneral Tentera Persekutuan mengambil kesempatan merampas kuasa dengan memaksa Madero dan Pino Suarez meletak jawatan. Kemudian, mereka berdua dibunuh dalam perjalanan ke penjara.[30]
Sejarah Bandar Raya Mexico sepanjang abad ke-20 hingga kini bertumpukan kepesatan pembangunan bandaraya ini serta kesannya terhadap persekitaran dan politik negara. Pada tahun 1900, Bandar Raya Mexico diduduki sekitar 500,000 orang.[31] Bandaraya ini mula meluas ke arah barat pada awal abad ke-20.[20] disusuli dengan pertumbuhan ke arah angkasa pada 1950-an, mulai pembinaan pencakar langit sulungnya, Torre Latinoamericana.[13] Temasya Sukan Olimpik 1968 menzahirkan pembinaan kemudahan sukan secara besar-besaran.[20] Pada tahun 1969, sistem Metro Bandar Raya Mexico dilancarkan.[13] Kependudukan bandaraya ini mulai meningkat secara mendadak pada 1960-an, apabila penduduknya melimpahi sempadan Wilayah Persekutuan hingga ke negeri jiran Mexico, terutama ke utara, barat laut dan timur laut. Dari tahun 1960 hingga 1980, jumlah penduduk bandaraya ini berlipat ganda hingga 8,831,079 orang.[20] Pada tahun 1980, separuh pekerjaan industri di seluruh Mexico terletak di Bandar Raya Mexico. Kerana pertumbuhan yang tak henti-henti itu, kerajaan Bandar Raya Mexico sukar menampung keperluan perkhidmatan warga kota. Para penduduk luar bandar pindah berduyun-duyun ke ibu kota demi melepasi kancah kemiskinan, tetapi mereka hanya merumitkan permasalahan ibu kota. Disebabkan ketiadaan projek perumahan, mereka mengambil alih kawasan tanah di keliling bandaraya dan membina kawasan melarat yang menjangkau berbatu-batu panjangnya[24], sehingga menyebabkan masalah pencemaran udara dan air yang cukup parah, di samping menyebabkan bumi kota makin terbenam kerana air bawah tanah digali secara berlebihan.[32] Walau bagaimanapun, pencemaran udara dan air dapat dikawal di sesetengah kawasan atas berkat rancangan kerajaan, pengubahsuaian kenderaan dan pemodenan pengangkutan awam.
Kerajaan autokrasi yang memerintah Bandar Raya Mexico sejak Revolusi ditoleransi ramai terutamanya kerana pembangunan ekonomi yang berterusan sejak Perang Dunia Kedua. Inilah hakikatnya sungguhpun kerajaan tidak mampu menguruskan masalah kependudukan dan pencemaran dengan sebaiknya. Meskipun demikian, perasaan tidak puas hati dan bantah-membantah tercetus pada 1960-an,membawa kepada pembunuhan tak terkira ramainya para mahasiswa yang membantah di Tlatelolco.[24]
Pada 19 September 1985, 7:19 pagi waktu tempatan, Bandar Raya Mexico dilanda oleh sebuah gempa bumi bermagnitud 8.1[33] pada skala Richter. Sungguhpun gempa bumi ini tidak sehebat yang seumpamanya di Asia dan kawasan Amerika Latin yang lain[34] namun ia membuktikan betapa teruknya sebuah kerajaan satu parti yang dilumpuhkan oleh kerenah birokrasi dan korupsi sendiri sehingga rakyat jelata bukan sahaja terpaksa menjalankan usaha mencari dan menyelamat sendiri, bahkan juga membina semula kawasan perumahan yang diranapkan jugaa.[35] Kemarahan rakyat ini akhirnya menyebabkan Cuauhtémoc Cárdenas, seorang ahli Parti Revolusi Demokratik, menjadi datuk bandar pertama yang diundi masuk oleh warga Bandar Raya Mexico pada tahun 1997. Cárdenas menjanjikan kerajaan yang lebih demokratik, sementara partinya mengakui sedikit sebanyak berjaya memerangi peperangan, pencemaran dan bermacam-macam masalah negara. Beliau meletak jawatan untuk merebut jawatan presiden negara pada tahun 1999.
Bandar Raya Mexico terletak di atas Lembah Mexico (atau Lembangan Mexico). Lembah tersebut terletak di Jaluran Gunung Berapi Trans-Mexico yang terletak di kawasan penara tinggi bahagian selatan tengah Mexico.[36][37] Altitud minimumnya adalah 2,200 meter (7,217 kaki) di atas paras laut dan dikelilingi oleh gunung-ganang biasa mahupun berapi yang mencecah ketinggian 5,000 meter.[38] Lembah ini tiada saluran penyaliran semula jadi untuk menyalurkan air sungai yang mengalir dari tepi gunung, maka bandaraya ini terdedah kepada kejadian banjir, sehingga terbinanya terusan dan terowong sebagai saluran buatan manusia sejak abad ke-17.[36][38] Bandaraya ini bertapak di atas bekas Tasik Texcoco.[36] Aktiviti seismik kerap berlaku di sini.[39] Tasik tersebut disalirkan hingga kering kontang sejak abad ke-17, maka bandaraya ini bertapak di atas tanah liat yang amat lencun. Tapak lencun ini semakin runtuh kerana air bawah tanah digali secaea berlebihan sejak awal abad ke-20, terutamanya sesetengah kawasan bandaraya yang tanahnya sudah terbenam sedalam sembilan meter. Kejadian bumi terbenam ini menimbulkan masalah bagi pengurusan air buangan kerana boleh menyebabkan banjir, terutamanya ketika musim tengkujuh.[38][39] Seluruh dasar sungai diturap dan kawasan hutan di bandaraya ini hanya tinggal di daerah selatan Milpa Alta, Tlalpan dan Xochimilco.[39]
Bandar Raya Mexico beriklim tanah tinggi subtropika (Pengelasan iklim Köppen Cwb), kerana lokasinya di kawasan tropika serta ketinggiannya. Kawasan rendah lembah ini kurang menerima curahan hujan berbanding kawasan tinggi di selatan; daerah rendah Iztapalapa, Iztacalco, Venustiano Carranza dan bahagian barat Gustavo A. Madero lazimnya lebih kering dan panas berbanding daerah tinggi selatan, Tlalpan dan Milpa Alta, yang terletak di kawasan pergunungan berpokok pain dan ok yang dikenali sebagai banjaran Ajusco.
Purata suhu tahunan berubah-ubah antara 12 hingga 16 °C (54 hingga 61 °F), bergantung pada altitud daerahnya. Suhu terendah yang biasanya dicatatkan pada bulan Januari dan Februari, mungkin mencecah −2 hingga −5 °C (28 hingga 23 °F), dan diiringi curahan salji di kawasan selatan Ajusco, manakala suhu maksimum pada akhir musim bunga dan musim panas boleh mencapai 32 °C (90 °F). Kerpasan di bandaraya ini paling tinggi pada musim panas, sehingga boleh turun hujan batu yang tebal. Lembah tengah Mexico jarang menerima salji pada musim sejuk; kali terakhir tercatatnya curahan salji adalah pada 5 Mac 1940 dan 12 Januari 1967.
Kawasan Lembah Mexico menerima sistem antisiklon yang angin lemahnya tidak membolehkan penyerakan bahan pencemar udara ke luar lembangan dari 50,000 industri dan empat juta kenderaan yang beroperasi di dalam atau sekitar kota raya.[40]
Kawasan ini menerima curahan hujan sebanyak 820 milimeter (32.3 in) setiap tahun yang tertumpu pada tempoh Jun hingga September/Oktober manakala bulan-bulan lain ketandusan kerpasan.[38] Kawasan ini mengalami dua musim utama, iaitu musim tengkujuh mulai bulan Jun hingga Oktober apabila angin meniupkan kelembapan tropika dari laut; dan musim kemarau mulai November hingga Mei, apabila udaranya lebih kering. Musim kemarau ini terbahagi lagi kepada kala dingin dari November hingga Februari, apabila tolakan jisim udara kutub dari utara memastikan udara kering; dan kala hangat dari Mac hingga Mei, apabila udara sekali lagi dikuasai angin tropika tetapi tidak cukup kelembapan untuk mencurahkan hujan.[41]
Data iklim untuk Bandar Raya Mexico | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 21.2 (70.2) |
22.9 (73.2) |
25.7 (78.3) |
26.6 (79.9) |
26.5 (79.7) |
24.6 (76.3) |
23.0 (73.4) |
23.3 (73.9) |
22.3 (72.1) |
22.2 (72.0) |
21.8 (71.2) |
20.8 (69.4) |
23.4 (74.1) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 5.8 (42.4) |
7.1 (44.8) |
9.2 (48.6) |
10.8 (51.4) |
11.7 (53.1) |
12.2 (54.0) |
11.5 (52.7) |
11.6 (52.9) |
11.5 (52.7) |
9.8 (49.6) |
7.9 (46.2) |
6.6 (43.9) |
9.6 (49.3) |
Purata curahan hujan, mm (inci) | 11.0 (0.43) |
4.3 (0.17) |
10.1 (0.40) |
25.9 (1.02) |
56.0 (2.20) |
134.8 (5.31) |
175.1 (6.89) |
169.2 (6.66) |
144.8 (5.70) |
66.9 (2.63) |
12.1 (0.48) |
6.0 (0.24) |
816.2 (32.13) |
Purata bilangan hari hujan | 2.3 | 2.1 | 3.1 | 7.9 | 12.7 | 17.7 | 23.4 | 22.8 | 18.9 | 9.5 | 4.4 | 2.6 | 127.4 |
Purata kelembapan relatif (%) | 51 | 47 | 41 | 43 | 51 | 63 | 69 | 69 | 70 | 64 | 57 | 54 | 56 |
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari | 240 | 234 | 268 | 232 | 225 | 183 | 176 | 176 | 157 | 194 | 232 | 236 | 2,555 |
Sumber 1: Pertubuhan Meteorologi Sedunia (PBB) (rekod 30 tahun)[42] | |||||||||||||
Sumber 2: Servicio Meteorológico Nacional (sun, RH untuk 1981–2000) |
Pada mulanya, sebahagian besar lembah ini terletak di bawah perairan Tasik Texcoco, sebuah sistem yang saling menyambungkan tasik air masin dan tawar. Bangsa Aztek membina daik untuk mengasingkan air tawar yang digunakan untuk bercucuk tanam di chinampa serta mencegah banjir berlaku kerap kali. Daik-daik tersebut musnah sewaktu Tenochtitlan diserang. Pada zaman penjajahan, orang Sepanyol kerap menyalirkan tasik untuk mencegah banjir. Kini, hanya tinggal sebahagian kecil tasik asal, yang terletak di luar Wilayah Persekutuan, di perbandaran Atenco, Negeri Mexico.
Kerajaan persekutuan dan tempatan telah melaksanakan pelbagai rancangan untuk membasmi masalah pencemaran udara, termasuk sentiasa memantau dan melaporkan keadaan alam sekitar, seperti tahap ozon dan nitrogen oksida.[43] Jika kedua-dua pencemar ini mencapai tahap kritikal, maka tindakan luar jangkaan terpaksa dilaksanakan, termasuk menutup kilang, mengubah waktu persekolahan, serta melanjutkan program sehari tanpa kereta program kepada dua hari seminggu.[43] Untuk mengawal pencemaran udara, kerajaan telah melaksanakan peningkatan teknologi perindustrian, pemeriksaan pengeluaran kenderaan yang ketat dua kali setahun, serta perumusan semula bahan api petrol dan diesel.[43] Data yang diperoleh daripada 36 balai pemantauan kualiti udara di ibu kota menunjukkan takat plumbum menurun 95% sejak tahun 1990, manakala sulfur dioksida jatuh 86%, carbon monoxide 74%, dan dan takat ozon kemuncak pula 57% sejak tahun 1991.[43] Pada tahun 1990, menurut skala pencemaran PBB yang menetapkan 100 sebagai paras maksimum sebelum masalah kesihatan teruk mulai berlaku, Bandar Raya Mexico berada pada takat 47.5, berbanding dengan 4.5 di Bandar Raya New York, dan 2.5 untuk Milan, Turin, dan Los Angeles. Pada tahun 1986, kawasan hutan bukan bandar di daerah-daerah selatan diisytiharkan sebagai Rizab Ekologi Negara oleh Presiden Miguel de la Madrid Hurtado. Kawasan-kawasan lain di Wilayah Persekutuan pula mendapat perlindungan pada tahun-tahun berikutnya.
Akta Perlembagaan Persekutuan 13 Januari 1824 dan Perlembagaan Persekutuan 4 Oktober 1824[44] membetulkan susun atur politik dan pentadbiran Negeri-Negeri Mexico Bersatu selepas Perang Kemerdekaan Mexico. Selain itu, Seksyen XXVIII dari Perkara 50 memberikan hak kepada Kongres baru untuk memilih tempat letaknya pusat kerajaan persekutuan. Maka lokasi tersebut diperuntukkan sebagai tanah persekutuan yang ditadbir oleh kerajaan persekutuan selaku pihak berwajib tempatan. Dua calon utama untuk dijadikan ibu negra ialah Bandar Raya Mexico dan Querétaro.[45] Walau apapun, terutamanya atas desakan wakil rakyat, Servando Teresa de Mier, Bandar Raya Mexico dipilih kerana menjadi pusat kependudukan dan sejarah negara, walaupun Querétaro lebih dekat dengan pusat negara secara geografinya. Justeru itu, pilihan ini dirasmikan pada 18 November 1824, dan Kongres merancangkan kawasan permukaan seluas dua farsakh persegi (8,800 ekar) yang terpusat di Zócalo. Kemudian, kawasan berkenaan dipisahkan dari Negeri Mexico, maka kerajaan negeri itu terpaksa berpindah dari Istana Pasitan (kini Muzium Perubatan Mexico) di kota itu, ke Texcoco. Kawasan ini tidak merangkumi pusat kependudukan bandar-bandar Coyoacán, Xochimilco, Mexicaltzingo dan Tlalpan yang kekal dalam lingkungan Negeri Mexico.[45]
Pada tahun 1854, Presiden Antonio López de Santa Anna membesarkan kawasan Wilayah Persekutuan hampir lapan kali ganda dari 220 km2 (80 bt2) yang asalnya kepada 1,700 km2 (660 bt2), mengilhakkan kawasan-kawasan luar bandar dan pergunungan untuk melindungi kawasan genting yang strategik di selatan dan barat daya untuk melindungi kota daripada ancaman luar (memandangkan Perang Mexico-Amerika Syarikat baru sahaja berlalu). Perubahan terakhir pada sempadan Wilayah Persekutuan dibuat pada tahun 1898 hingga 1902, untuk mengurangkan keluasannya kepada 1,479 km2 (571 bt2) dengan melaraskan sempadan selatan dengan negeri Morelos. Ketika itu, terdapat sejumlah 22 kawasan perbandaran dalam lingkungan Wilayah Persekutuan.
Walaupun Wilayah Persekutuan diperintah oleh kerajaan persekutuan melalui seorang gabenor yang dilantik, namun pihak-pihak berwajib perbandaran di dalamnya berkuasa autonomi, maka keduaan kuasa ini menimbulkan pertelagahan antara pihak perbandaran dan kerajaan persekutuan selama lebih seabad. Pada tahun 1903 sahaja, Porfirio Díaz banyak mengurangkan kuasa penguasa perbandaran di dalam Wilayah Persekutuan. Akhirnya, pada Disember 1928, kerajaan persekutuan memutuskan untuk membubarkan semua perbandaran di dalam Wilayah Persekutuan. Sebagai ganti sistem perbandaran, Wilayah Persekutuan dibahagikan kepada satu “Jabatan Pusat” dan 13 delegaciones (daerah) yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Wilayah Persekutuan. Jabatan Pusat ini disepadukan oleh bekas perbandaran was Bandar Raya Mexico, Tacuba, Tacubaya dan Mixcoac.
Pada tahun 1941, daerah Jeneral Anaya digabungkan dengan Jabatan Pusat yang kemudiannya dinamakan semula "Bandar Raya Mexico" (maka namanya dipulihkan, tetapi tidak pula perbandaran autonomi itu). Pada tahun 1941 hingga 1970, Wilayah Persekutuan terbahagi kepada 12 delegaciones dan Bandar Raya Mexico. Pada tahun 1970, Bandar Raya Mexico pula dibahagikan kepada empat delegaciones berbeza, iaitu Cuauhtémoc, Miguel Hidalgo, Venustiano Carranza dan Benito Juárez, maka jumlah delegaciones bertambah kepada 16. Semenjak itu, seluruh Wilayah Persekutuan yang terbentuk menjadi sebuah kawasan bandar yang tunggal hasil pergabungan kesemua delegacionesnya, sudah dianggap bersinonim dengan Bandar Raya Mexico secara de facto. Bagaimanapun, tiadanya ketetapan de jure meninggalkan satu kekosongan undang-undang yang menimbulkan perbahasan yang tandus sama ada berlakunya satu konsep menelan yang lain ataupun konsep Bandar Raya Mexico sudah tidak wujud lagi. Pada tahun 1993, situasi ini dileraikan oleh pindaan pada Perkara 44 Perlembagaan, yang mana Bandar Raya Mexico disamakan dengan Wilayah Persekutuan. Pindaan ini kemudiannya diperkenalkan dalam perkara kedua Statut Kerajaan Wilayah Persekutuan.[46]
Wilayah Persekutuan tiada perlembagaan seperti negeri-negeri dalam Kesatuan, sebaliknya mempunyai sebuah Statut Kerajaan. Dalam perubahan terbaru dalam taraf autonomi, belanjawan diuruskan di peringkat setempat, yakni diusulkan oleh ketua kerajaan, kemudian diluluskan oleh Dewan Undangan. Meskipun begitu, Kongres Kesatuanlah yang menetapkan had maksimum hutang awam dalaman dan luaran yang dikeluarkan oleh Wilayah Persekutuan.[47]
Pada tahun 2006, pilihan raya diumumkan untuk jawatan ketua kerajaan dan wakil-wakil Dewan Undangan. Ketua kerajaan dipilih untuk penggal 6 tahun tanpa peluang dipilih semula. Jawatan ini dianggap sebagai jawatan eksekutif kedua terpenting di negara.[48]
Dewan Undangan Bandar Raya Mexico terbentuk sama seperti dewan-dewan undangan lain di Mexico, dengan perwakilan tunggal dan berkadar sekali, menjadikannya sistem undian sejajar. Wilayah Persekutuan dibahagikan kepada 40 kawasan pengundian yang seimbang kependudukannya, dan setiap satunya memilih seorang wakil yang bergelar “timbalan uninominal” menerusi sistem pemenang undian terbanyak. Seluruh Wilayah Persekutuan itu sendiri membentuk sebuah kawasan pengundian tunggal yang diwakili oleh 26 “timbalan plurinominal” yang dipilih secara berkadar, sejajar dengan pemilihan 40 wakil setempat. Biarpun perkadaran terhad kepada perwakilan berkadar sahaja, namun ditentukannya beberapa batasan untuk mengelakkan berlakunya parti yang terlebih perwakilan, iaitu: setiap parti tidak boleh menguasai lebih 63% kerusi, baik uninominal mahupun plurinominal. Pada pilihanraya 2006, Parti Revolusi Demokratik meraih majoriti mutlak dalam pilihanraya uninominal langsung dengan memenangi 34 daripada 40 kerusi undian terbanyak. Oleh itu, PRD tidak diberikan kerusi plurinominal demi mematuhi undang-undang yang melarang perwakilan berlebihan. Dewan Undangan sekarang terdiri daripada:
Parti Politik | Undian terbanyak |
Perwakilan berkadar |
Total |
---|---|---|---|
Parti Revolusi Demokrasi | 31 | 3 | 34 |
Parti Tindakan Negara | 9 | 6 | 15 |
Parti Revolusi Institusi | 8 | 8 | |
Parti Buruh | 5 | 5 | |
Parti Hijau Ekologi Mexico | 3 | 3 | |
Parti Perikatan Baru | 1 | 1 | |
Jumlah | 40 | 26 | 66 |
Sejak separuh akhir abad ke-20, pihak pentadbiran kerajaan Bandar Raya Mexico sering mengejar politik yang lebih liberal berbanding seluruh negara, sama ada dengan sokongan kerajaan persekutuan mahupun undang-undang yang baru diluluskan oleh Dewan Undangan. Pada tahun 2007, Wilayah Persekutuan menjadi entiti persekutuan kedua dalam negara yang meluluskan perkahwinan sama jantina, selepas negeri Coahuila, dan juga yang pertama untuk membenarkan lawatan konjugal untuk banduan homoseksual[49] Pada April 2007, Bandar Raya Mexico menjadi entiti persekutuan pertama yang mengizinkan pengguguran selain kes rogol dan sebab ekonomi, supaya si ibu boleh memohon pengguguran atas apa jua sebab sebelum minggu ke-12 kehamilannya.[50] Pada Disember 2009, Wilayah Persekutuan menjadi bandaraya pertama di Amerika Latin yang menghalalkan perkahwinan sama jantina.
Untuk memudahkan pentadbiran, Wilayah Persekutuan terbahagi kepada 16 "municipios" atau daerah perbandaran. Walaupun tidak bersamaan sepenuhnya dengan kawasan perbandaran, namun kesemua 16 daerah ini telah menikmati kuasa autonomi yang mencukupi. Sejak tahun 2000, ketua kerajaan masing-masing dipilih secara langsung menerusi sistem undian terbanyak (sebelum ini, mereka dilantik oleh ketua kerajaan Wilayah Persekutuan). Memandangkan seluruh Bandar Raya Mexico diuruskan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan, kebanyakan perkhidmatan bandar dibekalkan atau disusun oleh Kerajaan Wilayah Persekutuan, bukannya pihak pentadbiran daerah masing-masing, sedangkan di negeri-negeri, perkhidmatan sedemikian ditawarkan oleh pihak perbandaran. 16 daerah perbandaran bandar raya itu adalah:
1. Álvaro Obregón |
9. Iztapalapa |
Daerah-daerah perbandaran ini terbentuk daripada ratusan colonias atau kejiranan yang tiada autonomi bidang kuasa atau perwakilan. Istilah “colonias” (koloni) ini mungkin timbul pada akhir abad ke-19, dan awal abad ke-20, apabila salah sebuah usaha pembangunan bandar terawal di luar teras kota diduduki oleh sebuah koloni Perancis.
Di Bandar Raya Mexico letaknya antara hospital swasta terunggul di negara; antaranya Hospital Ángeles, Hospital ABC dan Médica Sur. Institusi penjagaan kesihatan awam negara untuk pekerja sektor swasta, IMSS, mendirikan kemudahan utamanya di Bandar Raya Mexico, termasuk Pusat Perubatan Negara dan Pusat Perubatan La Raza, dan mendapat belanjawan tahunan lebih 6 bilion peso. IMSS dan institusi-institusi kesihatan awam lain, termasuk ISSSTE (Institut Keselamatan Sosial Pekerja Sektor Awam) dan Kementerian Kesihatan Negara (SSA) turut mendirikan kemudahan perubatan besar di ibu kota, antaranya Institut-Institut Negara untuk Kardiologi, Nutrisi, Psikiatri, Onkologi, Pediatrik, Pemulihan dan sebagainya.
Bank Dunia telah menaja sebuah projek pembasmian pencemaran udara melalui peningkatan pengangkutan awam, sementara kerajaan Mexico mula menutup kilang-kilang yang didapati banyak mencemar. Mereka telah melupuskan bas diesel serta memandatkan kawasan bahan cemar baru bagi kereta baru; mulai tahun 1993, semua kereta baru mesti dipasangkan penukar bermangkin yang mengurangkan pelepasan bahan cemar. Trak pula hanya boleh menggunakan gas petroleum cair (LPG).
Selain itu, pembinaan sistem rel bawah tanah dimulakan pada tahun 1968 untuk membantu membasmi masalah pencemaran udara serta meringankan kesesakan lalulintas. Kini, landasannya berjumlah 201 km panjangnya dan mengangkut lebih 5 juta orang sehari. Tambangnya dikekalkan rendah supaya orang ramai digalakkan menggunakan sistem rel ini. Tren menjadi teramat sesak ketika waktu puncak sehingga pihak berkuasa menyediakan gerabak khas untuk wanita.
Berkat dari usaha-usaha sebegini, kualiti udara di Bandar Raya Mexico kian meningkat, apabila udaranya semakin bersih berbanding tahun 1991, apabila kualiti udara diisytiharkan sebagai ancaman kesihatan awam sepanjang 355 hari dalam setahun.
Bandar Raya Mexico ialah salah sebuah pusat ekonomi terkemuka di Amerika Latin. Kawasan ibu kota sahaja (Wilayah Persekutuan) menyumbangkan 21.8% daripada KDNK negara.[51] Menurut kajian yang dijalankan oleh PricewaterhouseCoopers, Bandar Raya Mexico mencatatkan KDNK sebanyak $315 bilion, menjadikannya bandaraya kelapan terbesar di dunia selepas kotaraya Tokyo, New York, Los Angeles, Chicago, Paris, London dan Osaka/Kobe, dan juga yang terkaya di rantau Amerika Latin.[52][53][54] Justeru, Bandar Raya Mexico sahaja menjadi ekonomi ke-30 terbesar di dunia.[55] Bandar Raya Mexico ialah penyumbang terbesar kepada KDNK perindustrian negara (15.8%) dan juga penyumbang terbesar KDNK sektor perkhidmatan negara (25.3%). Disebabkan tanah luar bandar yang terhad di kawasan selatan yang banyak dilindungi oleh undang-undang alam sekitar, sumbangan Wilayah Persekutuan kepada sektor pertanian adalah yang terkecil di kalangan semua entiti persekutuan dalam negara.[51] Bandar Raya Mexico menikmati salah sebuah ekonomi yang paling pesat membangun di dunia dan KDNK-nya dijangkakan berganda menjelang tahun 2020.[56]
Jika diukurnya KDNK seluruh kawasan metropolitan, Bandar Raya Mexico ialah bandaraya terkaya di negara dan seluruh Amerika Latin. Mengikut Laporan Pembangunan Insan UNDP-MHDI 2009, Bandar Raya Mexico mencatat indeks 0.937, setanding dengan Republik Korea. Tahap perbelanjaan isi rumah di Bandar Raya Mexico menyaingi purata isi rumah di Jerman atau Jepun. Rumah tangga di ibu kota ada purata 3.7 orang ahli, kurang berbanding purata negara 4.0 orang.
Pembaharuan ekonomi yang dilakukan oleh Presiden Carlos Salinas de Gortari meninggalkan kesan yang besar kepada bandaraya ini, hasil penswastaan sebilangan perniagaan, termasuk bank. Beliau juga menandatangani Perjanjian Perdagangan Percuma Amerika Utara (NAFTA). Ini menyebabkan pemencaran[56] dan anjakan asas ekonomi Bandar Raya Mexico dari sektor perkilangan kepada perkhidmatan, setelah banyak kilang yang berpindah ke Negeri Mexico dan ke arah sempadan utara. Kerajaan juga menggalakkannya dengan insentif cukai dan peraturan alam sekitar baru untuk perkilangan dalam Wilayah Persekutuan.[57]
Mengikut sejarah, khususnya sejak zaman pra-Sepanyol, lembah Anáhuac menjadi salah sebuah kawasan yang paling padat dengan penduduk di Mexico. Menurut banci 1921, sewaktu Bandar Raya Mexico hanya diduduki kurang sejuta orang, 54.78% penduduk kota dianggap sebagai kaum Mestizo (campuran Pribumi dan Eropah), 22.79% dianggap kaum Eropah, dan 18.74% lagi dianggap Pribumi.[58]
Sehingga 1980-an, Wilayah Persekutuan merupakan entiti persekutuan yang teramai penduduknya di Mexico, tetapi semenjak itu, jumlah penduduknya kekal sekitar 8.7 juta. Pertumbuhan bandaraya ini menjangkaui sempadan Wilayah Persekutuan hingga 59 kawasan perbandaran di negeri Mexico dan satu lagi di negeri Hidalgo.[59] Dengan jumlah penduduk sekitar 19.8 juta orang (2008),[60] ia merupakan bandar gabungan yang paling ramai penduduknya di dunia. Sungguhpun begitu, kadar pertumbuhan tahunan Kawasan Metropolitan Bandar Raya Mexico agak rendah berbanding pengelompokan bandar lain yang seumpamanya di negara Mexico,[61] satu fenomena yang mungkin sekali disebabkan dasar pemencaran demi alam sekitar. Kadar penghijrahan bersih Wilayah Persekutuan pada tahun 1995 hingga 2000 adalah negatif.[62]
Kaum pribumi yang membentuk 18.74% kependudukan kota, berhijrah dari serata negara Mexico ke ibu kota untuk mencari nafkah. Bahasa-bahasa Náhuatl, Otomí, Mixteco, Zapoteco, dan Mazahua merupakan bahasa pribumi yang paling ramai penuturnya di Bandar Raya Mexico.[63]
Selain itu, Bandar Raya Mexico menjadi tempat tinggal komuniti ekspatriat dan penghijrah yang besar, terutamanya dari Amerika Selatan (khususnya Argentina, bahkan juga dari Chile, Uruguay, Colombia, Brazil dan Venezuela), tetapi juga dari Eropah (khususnya Sepanyol dan Jerman, ada juga dari Perancis, Itali, Poland dan Romania),[64][65] Timur Tengah (khususnya Lubnan dan Syria),[66] dan Asia (terutamanya China dan Korea Selatan).[67] Walaupun tidak terdapat perangkaan rasminya, namun setiap komuniti ini boleh dikatakan ramai orangnya. Bandar Raya Mexico ialah tempat yang paling ramai Warganegara Amerika Syarikat yang tinggal di luar AS. Pada tahun 1999, Biro Hal Ehwal Konsulat AS menganggarkan seramai 440,000 orang warga AS tinggal di Kawasan Metropolitan Bandar Raya Mexico.[68][69]
Majoriti (90.5%) penduduk Bandar Raya Mexico beragama Katolik Rom, lebih tinggi daripada peratusan seluruh negara, namun jumlahnya makin menurun sedikit akhir-akhir.[70] Selain itu, warga-warga kota Mexico ini juga menganut agama-agama Protestan, Yahudi, Buddha dan Islam, dan bermacam-macam lagi amalan falsafah, termasuk ateisme.
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
National Museum of Art | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Ciudad de México |
Nama rasmi | Ciudad de México |
Sebahagian dari | Greater Mexico City |
Inskripsi | 1987 (sesi ke-11) |
Keluasan | 1,485 km2 (1.598×1010 ka2) |
Laman sesawang | http://www.cdmx.gob.mx |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Empayar Mexico Pertama, Sepanyol Baru, Mexico, Mexico |
Koordinat | 19°25′10″N 99°08′44″W |
sunting · sunting di Wikidata |
Pusat Bersejarah (Centro Histórico) dan “taman terapung” Xochimilco di daerah selatan telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Antara mercu-mercu tanda terkemuka di Pusat Bersejarah ini termasuk Plaza de la Constitución (Zócalo), dataran pusat utama yang letaknya Gereja Besar Metropolitan dan Istana Negara, tinggalan zaman Sepanyol yang berdekatan dengan saki-baki kuil Aztek, Templo Mayor (“Kuil Utama”). (Templo Mayor ditemui pada tahun 1978, ketika kerja menggali tanah dijalankan untuk memasang kabel elektrik bawah tanah.)
Mercu tanda yang paling terkenal di Bandar Raya Mexico ialah tugu emas Malaikat Kemerdekaan yang didirikan di lebuh agam yang bernama Paseo de la Reforma, setelah dibina atas titah Maharaja Maximilian dari Mexico berasaskan Champs-Élysées di Paris. Lebuh ini direka di atas laluan tertua di benua Amerika pada abad ke-19, untuk menghubungkan Istana Negara (pusat kerajaan) dengan kediaman maharaja, Istana Chapultepec. Kini, lebuh ini menjadi daerah kewangan utama di mana letaknya Bursa Saham Mexico dan beberapa ibu pejabat korporat. Sebuah lagi lebuh terkemuka ialah Avenida de los Insurgentes, yang merupakan antara lebuh-lebuh terpanjang di dunia pada 28.8 km (17.9 bt).
Di taman Chapultepec letaknya Istana Chapultepec, kini sebuah muzium atas bukit yang menghadap taman itu dan berbilang muzium, tugu, zoo negara dan Muzium Antropologi Negara (yang menempatkan batu takwim Aztek). Sebuah lagi hasil seni bina yang menakjubkan ialah Muzium Kesenian Halus, sebuah bangunan teater/muzium marmar putih yang begitu berat sehingga beransur-ansur terbenam ke dalam tanah lembut di bawahnya. Pembinaannya bermula ketika zaman kepresidenan Porfirio Díaz, tetapi terhenti setelah diganggu oleh Revolusi Mexico pada 1920-an. Antara tapak-tapak lain yang tidak kurang pentingnya termasuk Plaza Tiga Budaya di kejiranan Tlatelolco, serta tempat keramat dan Basilika Siti Maryam Guadalupe. Terdapat perkhidmatan bas dua tingkat “Turibus” yang mengitari tapak-tapak bersejarah sebegini, dilengkapi sistem audio termasa yang memerikan tapak-tapak yang dilaluinya dalam berbilang bahasa.
Bandar Raya Mexico mendapat khidmat Sistema de Transporte Colectivo Metro, sistem metro yang terbesar di Amerika Latin pada 207 km. Semenjak dilancarkan pada tahun 1969, sistem ini diperluas kepada 11 aliran dengan 175 stesen, diikuti aliran ke-12 yang sedang dibina pada jarak 25 km. Sebuah sistem rel subbandar yang dikenali sebagai Tren Suburbano (serupa dengan KTM Komuter) mula beroperasi pada tahun 2008 untuk menghubungkan pusat bandaraya dengan pinggir bandar di utara. Sistem metro ini adalah antara yang paling sibuk di dunia kerana mengangkut sekitar 4.5 juta orang sehari.[71] Perkhidmatan metro ini banyak ditanggung oleh subsidi, oleh itu tambangnya adalah yang terendah di dunia dengan harga sekitar 3.00Mex$ bagi setiap perjalanan, dan mengangkut penumpang ke merata tempat di kota raya ini dari pukul 05:00 pagi hingga tengah malam. Bagaimanapun, sistem Metro tidak melepasi sempadan Wilayah Persekutuan, maka dilaksanakannya rangkaian laluan bas mikro atau peseros yang menyeluruh dan diuruskan oleh syarikat swasta yang dibenarkan mengendali bas asalkan mematuhi piawaian mutu perkhidmatan tertentu.
Kerajaan bandaraya juga mengendali sebuah rangkaian bas besar yang tambangnya tidak banyak melebihi tambang metro. Juga terdapat pengangkutan elektrik selain metro dalam bentuk laluan bas troli dan Alihan Ringan Xochimilco yang dikendali oleh Servicio de Transportes Eléctricos. The central area's last streetcar line (tramway, or tranvía) closed in 1979, but the reintroduction of streetcars to the historic city center is planned.[72] Aliran bus rapid transit yang pertama di bandaraya ini, iaitu Metrobús, mula beroperasi pada Jun 2005, di sepanjang Avenida Insurgentes. Aliran kedua dibina di sepanjang Eje 4 Sur, dan dibuka pada Disember 2008,[73] manakala aliran ketiga dibuka pada Februari 2011, untuk memberikan kemudahan kepada Eje 1 Poniente di antara Tenayuca dan Metro Etiopía.[74] Setelah bas mikro dikeluarkan dari laluan Metrobús, diharapkan supaya Metrobús boleh mengurangkan pencemaran dan juga masa perjalanan penumpang.
Bandar Raya Mexico mendapat khidmat Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Raya Mexico (Kod IATA: MEX). Lapangan terbang ini adalah yang terbesar dan paling sibuk lalulintasnya di Amerika Latin, dengan penerbangan setiap hari ke Amerika Utara, tanah besar Mexico, Amerika Tengah dan Karibia, Amerika Selatan, Eropah dan Asia. Aeroméxico (Skyteam) dan Mexicana (Oneworld) berpangkalan di lapangan terbang ini, serta membuat perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan bukan Mexico yang terbang ke serata dunia. Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Raya Mexico digunakan oleh lebih 26 juta penumpang setahun.[75] Lalulintasnya melampaui kapasiti semasa lapangan terbang ini yang selama ini pernah memusatkan kebanyakan besar lalulintas udara di negara ini. Selain LTA Bandar Raya Mexico, juga terdapat Lapangan Terbang Antarabangsa Lic. Adolfo López Mateos (Kod Lapangan Terbang IATA: TLC) yang terletak di bandar Toluca, Negeri Mexico dengan sekitar 4.5 juta penumpang yang diangkut setiap tahun.
Bandar Raya Mexico mempunyai empat buah stesen bas utama (Utara, Selatan, Observatorio, TAPO) yang menyediakan kemudahan bas merantau di dalam dan luar negara. Di sini juga ada sebuah stesen keretapi yang digunakan untuk tujuan perdagangan dan industri (kehadiran tren penumpang tidak dirasai di Mexico). Sistem rel subbandar Tren Suburbano menyediakan kemudahan di kawasan metropolitan di luar batasan metro, kepada kawasan perbandaran seperti Tlalnepantla dan Cuautitlán Izcalli, dengan sambungan ke Chalco dan La Paz pada masa akan datang.
Pada akhir 1970-an, kebanyakan jalan raya utama direka semula sebagai ejes viales (paksi jalan); jalan sehala berisi padu tinggi yang merentasi Bandar Raya Mexico dari sisi ke sisi. Rangkaian eje viales ini berasaskan grid separa Cartes, di mana paksi-paksinya dipanggil Eje 1 Poniente (Paksi Barat 1), Eje Central (Paksi Tengah), Eje 1 Oriente (Paksi Timur 1), sebagai contoh jalan utara-selatan, dan Eje 2 Sur (Paksi Selatan 2) dan Eje 3 Norte (Paksi Utara 3), sebagai contoh jalan timur-barat. Dua lebuh raya keliling berfungsi menghubungkan titik-titik di dalam bandaraya dan kawasan metropolitan, iaitu: Circuito Interior (lingkaran dalam) dan Periférico (pinggiran), yang bersambung dengan sebatang lebuh raya yang lurus, iaitu Viaducto (jejambat) (yang menghubungkan barat dengan timur, dari Observatorio ke Lapangan Terbang). Lalulintas dalam sistem ini begitu padat sehingga terpaksa dibinanya sebuah lebuh raya bertingkat di atas dan selari dengan sebahagian Periférico pada tahun 2003. Lebuh raya bertingkat ini diberi jolokan segundo piso ("tingkat dua") Periférico.
Di Bandar Raya Mexico terdapat program alam sekitar yang dipanggil Hoy No Circula (“Jangan Pandu Hari Ini”, atau “Sehari Tanpa Kereta”), yang mana kenderaan yang nombor platnya berakhir dengan angka-angka tertentu sahaja dibenarkan berjalan pada hari-hari tertentu sebagai langkah mengurangkan pencemaran dan kesesakan lalulintas.
Bola sepak ialah sukan yang paling popular dan mendapat liputan TV paling meluas di Mexico. Antara tempat-tempat perlawanan bola sepak di Bandar Raya Mexico termasuklah Stadium Aztek, pangkalan pasukan bola sepak kebangsaan Mexico dan kelab América, yang mampu memuatkan 140,000 peminat, Stadium Olimpik di Ciudad Universitaria, pangkalan UNA.M., yang boleh diduduki 63,000 pengunjung. Estadio Azul, yang boleh menampung 35,000 orang terletak di Pusat Dagangan Dunia di kejiranan Nochebuena, sebagai pangkalan Cruz Azul. Ketiga-tiga pasukan ini bertapak di Bandar Raya Mexico dan beraksi di (Divisi Pertama).
Negara ini pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun 1970 dan 1986, maka Stadium Aztek ialah satu-satunya Stadium yang menganjurkan dua kali perlawanan akhir dalam sejarah Piala Dunia.
Bandar Raya Mexico merupakan bandaraya Amerika Latin pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, iaitu Sukan Olimpik pada tahun 1968, setelah mengatasi bidaan Buenos Aires, Lyon dan Detroit. Ia juga pernah menjadi tuan rumah Sukan Pan Amerika pada tahun 1955 dan 1975.
Autódromo Hermanos Rodríguez dekat Foro Sol pernah menganjurkan Grand Prix Mexico Formula 1 pada tahun 1962 hingga 1970, dan 1986 hingga 1992, the track hosted the Formula 1 Mexican Grand Prix.
Salah sebuah universiti paling berprestij di benua Amerik, Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico (UNAM), terletak di Bandar Raya Mexico. Ia merupakan universiti terbesar di benua Amerika Utara yang dihadiri lebih 306,000 orang pelajar dari pelbagai bangsa dan latar belakang. Antara bekas penuntutnya termasuk tiga pemenang Hadiah Nobel, beberapa usahawan Mexico dan ramai presiden Mexico. UNAM menjalankan 50% kajian sains Mexico dan kehadirannya terasa di seluruh negara dengan kampus-kampus satelit, balai-balai cerap dan pusat-pusat penyelidikan. The National Autonomous University of Mexico ranks 195th in the Top 200 World university ranking published by The Times Higher Education Supplement in 2009.[76] The sprawling main campus of the university, known as Ciudad Universitaria, was named a World Heritage Site by the UNESCO in 2007.
Institusi pendidikan tinggi kedua terbesar ialah Institut Politeknik Negara (IPN) (yang merangkumi Centro de Investigación y de Estudios Avanzados (Cinvestav), tempat penyelidikan tahap tinggi untuk pelbagai bidang sains dan teknologi. Antara institusi-institusi pengajian tinggi yang lain di bandaraya ini termasuk Universiti Autonomi Metropolitan (UAM), Institut Teknologi Autonomi Mexico (ITAM), Institut Teknologi dan Pendidikan Tinggi Mexico (ITESM, 3 kampus), Universiti Panamericana (UP), Universiti La Salle, Universtiti Lembah Mexico (UVM), Universiti Anáhuac, Universiti Antarabangsa Alliant, Universiti Iberoamerika, Maktab Mexico (Colmex), Universiti Autonomi Bandar Raya Mexico (UACM), Maktab Bebas Undang-Undang dan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Ekonomi, (CIDE). Universiti-universiti swasta yang paling berprestij di negara, termasuk Institut Teknologi Autonomi Mexico dan Universiti Panamericana mendirikan kampus utama di Bandar Raya Mexico. Selain itu, Universiti California yang berprestij juga membuka kampus “Casa de California” di kota ini.[77] The Universidad Tecnológica de México is also in Bandar Raya Mexico.
Bandar Raya Mexico merupakan pusat industri televisyen, muzik dan perfileman utama di Amerika Latin, dan juga pusat industri media cetakan dan penerbitan buku terpenting di Mexico. Berpuluh-puluh surat khabar harian diterbitkan di kota ini, termasuk El Universal, Excélsior, Reforma dan La Jornada, tidak lupa juga Milenio, Crónica, El Economista dan El Financiero. Majalah utama pula termasuk Expansión, Proceso, Poder, dan puluhan terbitan hiburan seperti Vanidades, Quién, Chilango, TV y Novelas, serta versi tempatan Vogue, GQ, dan Architectural Digest.
Dua syarikat media terbesar di dunia berbahasa Sepanyol, Televisa dan TV Azteca, beribu pejabat di Bandar Raya Mexico, dan menerima persaingan dari rangkaian tempatan yang lain seperti Canal 11, Canal 22, Cadena Tres, Teveunam dan 11 saluran capaian percuma.
Bandar Raya Mexico juga pusat peneraju industri pengiklanan. Sebilangan besar firma pengiklanan antarabangsa membuka pejabat di sini, termasuk Grey, JWT, Leo Burnett, Euro RSCG, BBDO, Ogilvy, Saatchi & Saatchi, dan McCann Erickson. Sektor ini juga diisi oleh banyak firma tempatan, seperti Alazraki, Olabuenaga/Chemistri, Terán, Augusto Elías, dan Clemente Cámara, dan lain-lain.
Terdapat 60 stesen radio yang beroperasi di bandaraya dan banyak lagi rangkaian pemancaran radio komuniti setempat.
Bandar raya ini merupakan pusat kebudayaan dan muzik popular. Terdapat bermacam-macam tempat yang menganjurkan persembahan muzik berbahasa Sepanyol mahupun bahasa lain. Antaranya, Auditorium Negara 10,000 kerusi yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran artis pop dan rock ternama yang berbahasa Sepanyol dan Inggeris, serta ramai kumpulan seniman terhandal di dunia. Tempat-tempat lain yang tidak kurang hebatnya untuk persembahan pop termasuk Teatro Metropolitan, Palacio de los Deportes, dan Stadium Foro Sol.
Centro Nacional de las Artes (Pusat Kesenian Negara) di bahagian selatan Bandar Raya Mexico, juga menyediakan tempat acara muzik, teater dan tarian. Kampus utama UNAM, juga di bahagian selatan bandaraya, merupakan pangkalan Centro Cultural Universitario (CCU, Pusat Kebudayaan Universiti). CCU juga menempatkan Perpustakaan Nasional, Universum yang interaktif, Museo de las Ciencias, [78]ruang konsert Sala Nezahualcóyotl, beberapa teater dan pawagam, dan Muzium Universiti Seni Kontemporari (MUAC) yang baharu. [79]
Bandar Raya Mexico menawarkan beraneka pengalaman jamu selera di mana terdapat banyak restoran yang mengkhusus masakan setempat 31 negeri di Mexico, di samping juga kedai makan yang menawarkan berbagai-bagai masakan antarabangsa. Bandar Raya Mexico ialah salah sebuah daripada sebilangan kecil bandaraya di dunia yang mempunyai sekolah memasak dan restoran Le Cordon Bleu sekali.[80] Kampusnya didirikan atas perkongsian[81] dengan Universiti Anahuac;[82] kedua-duanya bersama mengurniakan Sijil Le Grand Diplôme berprestij kepada para penuntutnya yang cemerlang.[83] Restoran Perancis/Mexico[84] yang diuruskan oleh maktab tersebut terletak di Avenida de los Insurgentes dan bernama Le Cordon Bleu Casa de Francia, sebuah restoran mewah yang dibuka dalam bekas wisma Kedutaan Perancis di Bandar Raya Mexico.[85]
Bandar raya Mexico secara tradisi dikenali sebagai la Ciudad de los Palacios ("Bandar raya Istana"), nama samaran yang dikatakan diberikan oleh Baron Alexander von Humboldt ketika beliau mengunjungi kota ini pada abad ke-19.
Semasa pentadbiran López Obrador, satu nama samaran yang baru diperkenalkan, iaitu la Ciudad de la Esperanza atau "Bandar Raya Harapan". Nama ini digantikan pula dengan nama Capital en Movimiento, "Ibu Kota dalam Bergerakan" oleh pentadbiran Marcelo Ebrard yang baru-baru ini dipilih.
Bandar raya Mexico dikenali dalam bahasa basahan sebagai Chilangolandia sempena nama samaran tempatannya (chilangos).[86] Sesetengah orang mendakwa bahawa istilah "chilango" merujuk kepada pekerja-pekerja yang datang ke bandar raya Mexico untuk mencari pekerjaan, manakala yang lain berpendapat bahawa nama itu berasal daripada perkataan cili yang ditanam oleh orang Mexica. Nama "Chilango" telah diterima oleh sesetengah kelas bandar yang muda di bandar raya ini. Terdapat juga sebuah majalah yang dipanggil Chilango yang memberi liputan tentang tempat-tempat hiburan yang banyak terdapat di bandar raya ini serta juga perkara-perkara lain yang berkait. Penduduk bandar raya Mexico biasanya dipanggil capitalinos (untuk merujuk kepada bandar raya ini sebagai ibu negara) atau lebih terkini, defeños (sebagai rujukan kepada D.F. singkatan pos Daerah Persekutuan dalam bahasa Sepanyol).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.